Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel covid project

Entri 194 : Suamiku Berhantu

 "Kasihan Shima. Kerja sampai lewat malam lepas tu balik nak menguruskan anak. Suami tak nak tolong langsung you ." Nora mengadu pada Yati. Dia mencapai kek pisang dan mengunyah perlahan. Kek pisang dan teh panas, hui terangkat. Yati memang suka menjamu orang makan. Kalau duduk dengan Yati lama-lama boleh jadi gemuk. Yati cuma mengangkat kening, dia kenal Shima. Selalu bercerita masalah rumah tangganya pada Nora. Nora memang pendengar yang baik dan dia juga memang senang menunjukkan simpati. Mungkin kerana itu Shima suka bercerita dengannya. "Biarkanlah jangan dilayan sangat cerita rumah tangga orang." Nasihat Yati sambil menyambung menaip. Ada beberapa nota yang perlu disiapkan. " I takut dia stress nanti  mental illness sebab tu I dengar." tukas Nora, teh panas diteguknya. "Susah betul nak dapat suami baik sekarang ni. You bayangkan dia balik lewat kerja kemudian terpaksa bangun pukul tiga pagi nak menguruskan suami dan anak-anak.  Eh you tak kas

Entri 192 : Pelampung

 "Hei Nur, kamu tahukah cerita tentang konflik di Tebing Barat yang berlaku baru-baru ini?" Mesej Fabian beberapa hari yang lalu masih tidak terjawab. Fabian, pelajar di Kolej King berhampiran mengajaknya berjumpa pagi ini. "Aku ke sana nanti, bolehlah aku bawa kamu bersiar-siar di sekitar Hampstead Heath Park." kata Fabian bila mengetahui Nurindah menginap di London selama dua minggu. Nurindah memasukkan sebuah buku tebal bersama-sama sebotol air kosong ke dalam beg kulit yang berwarna coklat lusuh. Pertanyaan Fabian masih bergelumang di benaknya. Semalaman dia tidak lena tidur dan pagi ini dia bangun awal kerana mereka sudah berjanji untuk berjumpa di Masjid dan Pusat Islam Brent. Pagi Sabtu yang cerah, bilik Maria masih lagi gelap saat dia membuka pintu untuk keluar. Mungkin tuan rumahnya itu masih lagi tidur. Dia menghembus tapak tangan dan menggosoknya berulang kali. Musim panas di London tidak berupaya menghangatkan tubuhnya. Dia membayangkan dirinya seperti l

Entri 191 : Entiti

 Dia sedar siapa dirinya namun dia sudah nekad. Dia mesti menghubungi Doktor Azrin walau apa cabaran sekalipun kerana ada jiwa suci yang perlu diselamatkan. Segalanya bermula beberapa bulan yang lalu saat Siti Nurbaya singgah bercuti di rumahnya.  "Indah, rumah kamu ni keraslah. Semalam aku terdengar suara ketawa dari bilikmu." Nurbaya memberitahu dan dengan pantas dia menafikan. "Aku tidak pernah dengar atau lihat apa-apa yang pelik. Jangan cuba-cuba takutkan aku." Dia memberi amaran, siapa tidak kenal sepupunya Nurbaya mulut puaka.  Nurbaya ialah anak Pak Tua yang dikenali alim dan pakar dalam ilmu-ilmu mistik. Nurbaya selalu melawat Indah namun jarang sekali Indah ke rumah Pak Tua. "Bukan aku tak mahu melawat Pak Tua tapi rumah kau tu sunyi. Sudahlah sunyi dalam hutan pula tu. Seram weh." Begitu jawapan Indah separuh bergurau. Sebenarnya dia kurang selesa kerana Pak Tua selalu berbual tentang perkara-perkara seram seperti dunia luar, makhluk pelik dan s

Entri 188 : Putih

"Puan, saya hendak bercakap tentang program Rumah Kebajikan Annur  tu boleh?" Zaril , seorang pemuda kurus tinggi berkelulusan multimedia kelihatan gugup berhadapan dengan Puan Nurindah. Puan Nurindah dikenali sebagai seorang yang tegas dan kadang-kadang anginnya tak menentu. Jika putih katanya putihlah, jarang sekali hendak berubah warna menjadi hitam. Bertuah kalau sesiapa dapat mengubah warnanya. Namun Zaril tak ada pilihan, pasukannya yang mengendalikan program ini tidak bersetuju dengan arahan terbaru ini.  Arahan terbaru kali ini tidak  membenarkan live atau upload apa sahaja rakaman program di sosial media dan semua jenis medium komunikasi. Hanya jurukamera yang ditugaskan dibenarkan untuk merakam peristiwa dan segala hasil kerja seperti montaj mesti diteliti dahulu sebelum diterbitkan. Tidak dibenarkan swafoto atau apa sahaja. Malah sesiapa yang didapati merakam tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan tegas. "Duduk." Puan Nurindah berhenti menaip. Dia mere

Entri 187 : Anak Tentera

Sekitar tahun 1989 di sebuah perkampungan kecil bernama Binjul. Seingatnya pada waktu itu tidak ada bekalan elektrik. Bekalan air juga tidak ada, penduduk cuma bergantung pada air bukit dari Lata Bukit Hijau yang sejuknya seperti ais mencucuk ke tulang. Ibunya seorang suri rumah dan ayahnya seorang tentera yang selalu tidak berada di rumah. Apabila mereka pindah di rumah lama dua tingkat, penduduk kampung tertanya-tanya siapakah penghuni rumah yang dikatakan berhantu itu? Dia sendiri tidak pernah melihat atau mendengar apa-apa yang aneh, cuma rumahnya jarang dikunjungi orang selain saudara mara. Bapa mertua ibu yang dipanggil Che selalu datang melawat terutama jika ayah berada di luar kawasan. Kadang-kadang air bukit tak mengalir kerana kemarau. Ibu terpaksa mengangkut air di perigi di belakang rumah. Jika cuaca panas, air perigi itu menjadi kering dek kemarau dan mereka terpaksa berjalan ke perigi lain  yang jauhnya hampir satu kilometer. Dia masih ingat pagi-pagi dalam keadaan gelap

Entri 185 : Empati

Emak masuk terus menonong ke arah Nurindah yang sedang membaca AlQuran. "Kamu tahu tak? Adik kamu tinggalkan mak kat Tawar. Gamak dia tinggalkan mak." Emak mengadu, diikuti dengan hilai tawa Aishah yang masuk bersama bungkusan barang-barang yang dibeli tadi. "Kamu tinggalkan emak?" Nurindah mengangkat kening ke arah Aishah sedang emak terus menuju ke dapur dengan muncung yang panjang.  Aishah masih terbahak-bahak sambil memegang perut ketawa. "Shah mati-mati ingatkan emak dah masuk dalam kereta. Shah cuma perasan emak tak ada bila dah sampai kat Kampung Masjid."  Aishah mula bercerita. Apabila emak menutup pintu setelah membeli ayam, Aishah bertanya ,"Emak nak beli santan tak?" Emak diam tak menjawab, Aishah menyangka mood emak tak berapa bagus maka Aishah pun terus memandu kereta. Sepanjang perjalanan Aishah berbual dengan emak walaupun emak diam sepanjang jalan. Nuh yang turut mengikut mereka langsung tak mahu duduk diam. Sekejap dia bergerak

Entri 180 : Che Salmah vs Che Yah

Che Salmah kehairanan kenapa orang menjauhi dia. Orang tidak menyahut dan seolah-olah memulaukan dia. Dia menulis status di Facebook "Tak apalah kalau orang tak suka, yang penting Allah suka." Ada beberapa like. Kemudian dia menaip lagi. "Aku ni tak baik, orang lain semua orang baik. Aku seorang saja jahat. Tak apa Allah itu Maha Adil." Ada beberapa like. Tetapi bukan dari mereka yang terdekat, mereka yang sepatutnya terasa dengan status-status yang dikemas kini.  Begitu hari-harinya berlalu. Kehairanan, kenapa orang tidak suka aku? Aku seorang yang bercakap benar, kenapa? Malah bukan sekadar di Facebook, di Whatsaap dan apa saja. Sudah tiada siapa yang menyahut.  Dia menganggap mereka kejam dan sengaja memulaunya sedangkan mereka sebenarnya keliru dan tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk menenangkannya. Kerana setiap kali mereka berkata, ada sahaja yang tidak kena. Putar semula. Dia seorang yang berumur mungkin 40 an. Seorang yang berhati baik sebenarnya cuma kata

Entri 139: Kereta

23 Mac 2020 Isnin "Apa yang kita dapat hari ini, segala kemudahan dan keselamatan. Mungkin kerana doa datuk moyang atau doa sesiapa sahaja untuk kita yang dimakbulkan Allah" Pagi pagi dia sudah bangun solat  Subuh dan bersiap siap. Hari ini tugasan utamanya adalah untuk membeli barang barang yang sudah disenaraikan semalam.17 barang semuanya. Dia memilih untuk memakai  jubah hitam yag paling ringkas, selendang  yang tak perlu dipin. Alasannya balik nanti senang untuk ditanggalkan.Duit pun diasingkan dalam dompet kecil, malah dia memutuskan utuk memakai beg tangan yang paling lusuh. Ya, supaya tak meyesal bila terpaksa dinyah-bakteriakan and mengakibatkan lusuh dan rosak. Hari ini hari ke-enam mungkin, dia sudah hilang kira. Sampai sahaja di deretan kedai  Taman Melati, dia membuat penilaian kasar. Terdapat empat buah kedai, tiga buah daripadanya adalah kedai runcit yang ada menjual barangan basah dan satu daripadanya ialah KK Mart yang cuma menjual barang-barang k

Entri 121 : Dia yang pilih

Emak susah hati. Abah susah hati. Abang Ngah susah hati. Angah susah hati. Dia susah hati. Semua susah hati. Lembu korban yang ditempah berbulan lalu masih tak kunjung tiba. Mulanya dijanjikan dua hari sebelum raya, kemudian setelah ditanya menjadi sehari sebelum hari raya dan hari ini hari raya. Belum nampak lagi susuk lembu. Hendak dimarah tukang jual, bukan pertama kali mereka membeli. Korban ditetapkan hari raya kedua. Saudara mara dipanggil, tentulah yang paling laju sebelah emak.Mereka faham yang korban ini pertama kali bagi emak.Jadi tak kisahlah berkonvoi sejauh 20 km lebih dari Cheruk Bemban demi memudahkan urusan korban emak. Tapi yang penting lembunya di mana? Dari pagi raya sehingga lanjut petang. Emak sudah bincang dengan saudara maranya yang boleh tolong buat korban sebab ini pertama kali keluarga ini buat korban. Dah terbayang-bayang bagaimana susahnya nak rebahkan lembu.Buatnya lembu mengamuk macam mana? "Takpa kak, lepaih kami habih di sini kami t

Entri 12: Seadanya

Malam itu kelasnya berjalan seperti biasa.Najmi dan Wafi tidak hadir. “Mereka malas cikgu.”Beritahu Rizal. Nurindah agak kehairanan.Inilah kali pertama pelajarnya ponteng. “Cikgu tak marah?”Tanya Danish. “Bukan cikgu yang rugi. Cikgu tak rugi apa-apa.”Sebenarnya jauh di sudut hati dia berasa sedikit kecewa. “Cikgu nanti kalau mereka datang, cikgu rotanlah.”Rizal mencadangkan. Nurindah menggeleng.”Apa kamu mahu cikgu jadi garang ke?” “Baguslah cikgu, kalau garang.Cikgu ni baik sangat.”Danish merungut. Nurindah tersengih.Sebenarnya dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjadi guru yang baik. Dia tidak pernah didedahkan tentang profisyen perguruan.Dia cuma menurut kata hati. “Nanti kalau cikgu betul-betul rotan baru tau.”Nurindah mengusik. Lima belas minit berlalu.Muhammad mengangkat tangan.”Cikgu, saya nak pergi tandas.” Nurindah mengerutkan dahi, Muhammad buat muka kasihan. “Ok.Lima minit sahaja.” Kelas berlalu dengan budak-budak keluar masuk.Seperti ada

Entri 11: Lelah

Nurindah cuba memahami soalan Maryam.Maryam yang bakal menduduki UPSR sabar menunggu Nurindah.Pelajar-pelajar yang lain menyalin karangan yang Nurindah tulis di papan putih.Namun ada yang berborak, bergaduh hingga sesekali Nurindah terpaksa menegur, “Shhhh....” “Cikgu!!Tengok Najmi ni curi pemadam saya.”Baiti menjerit memukul tangan Najmi dengan pembaris. “Apa hal pula?” Keadaan kelas mula bertukar menjadi riuh rendah. “Dia cakap saya senget cikgu.”Najmi tidak mahu mengalah, ditepisnya tangan Baiti. “Hangpa ni tatau hormat cikgu langsung.”Ada suara menyampuk. “Baiti gedik cikgu.”Dan suara-suara tersebut bertambah ramai. Nurindah menggeleng kepala.Kelas seperti mahu pecah apabila Baiti dan Najmi saling menolak meja sambil menjerit-jerit. “Sudah.Hentikan.”Suara Nurindah tenggelam timbul. “Hentikan Baiti,Najmi!”Suara Nurindah tenggelam dalam jeritan pelajar-pelajarnya. Suara mereka yang terlibat dan suara-suara saksi bercampur baur. Keadaan menjadi semakin genting saat

Entri 9:Hanya Ingin Bermanja

Bunyi cengkerik jelas bersahut-sahutan apabila Nurindah menyuluh lorong kecil   yang hanya muat sebagai laluan motosikal.Nurina memaut lengannya erat, berjalan beriringan menuju ke rumah nenek mereka. Sudah sebulan lebih Nurani batuk, segala ubat farmasi dan klinik seakan tidak memberi apa-apa kesan.Kali ini ibu mahu menggunakan cara tradisional untuk mengubat Nurani,anaknya yang kedua selepas Nurindah.Sebagai kakak sulung Nurindah tak dapat lari dari tanggungjawabnya apatah lagi sejak dia bekerja di negeri asalnya.Hampir setiap minggu Nurindah akan balik menguruskan pelbagai urusan keluarganya. Nurina makin menyempit sesekali Nurindah terpaksa berjalan di atas semak dek kerana lorong yang terlampau sempit.”Jalan di belakang Along boleh tak?Jalan ni sempit.” Nurina memegang lengan Nurindah, makin erat.Nurindah seperti terhoyong hayang dibuatnya.”Biarlah, Nana nak bermanja dengan Along.”Bidas Nurina yang sememangnya dalam semua adik beradik dialah yang paling kuat membidas.Ada saj

Entri 8: Mawar untuk Nurindah

“Cikgu, ajarlah saya sampai darjah enam.” Baiti memegang tangan Nurindah saat mereka menyaksikan beberapa penghuni asrama berlatih nasyid. “Kalau diizinkan Tuhan.”Nurindah menepuk bahu Baiti.Hatinya sedikit lega melihat Baiti ceria berbanding beberapa hari yang lalu.Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia boleh berada di situ memandangkan dia cuma pekerja kontrak.Mungkin sampai akhir tahun ini, mungkin sampai bila-bila.Mungkin, dia cuma menyerahkan hidupnya di tangan Tuhan kerana sesetengah perkara dia tidak   mampu untuk mengatasinya. “Dah, jom masuk kelas.”Nurindah bangun setelah melihat beberapa orang pelajarnya sudah sampai. Nurindah mengeluarkan buku-bukunya tatkala Baiti menjerit.”Eii..cikgu ni tak senonoh!” Nurindah   terkejut, segera diteliti apa yang direnung Baiti.Baiti dengan Maryam ketawa kecil manakala beberapa pelajar lelaki   kebingungan. Sesuatu yang berwarna merah jelas kelihatan di balik beg birunya   yang jarang.Nurindah menjegilkan mata, adakah itu?Tuala wa