Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel siri 10 terpilih

Entri 199 : Jawapan

Dia terjaga di awal pagi tanpa deringan loceng. Bukan pertama kali. Telinganya menangkap bunyi burung-burung berkicau. Dia merenung langit yang cerah  tak berbintang.  "Seronoknya tidur sambil melihat langit." Nah, doanya dikabulkan sekarang. Tidurnya berlangitkan bintang, nyalakan anjing yang bertekak berebut kawasan kadang menyapa lenanya dan kicauan burung mengusap telinganya. Sebenarnya bintang ada di situ, di langit yang sama tetapi tidak kelihatan di mata kasar dek lampu-lampu di dunia. Dia terasa sunyi sekali namun dia tidak mengharapkan sesiapa di sisinya kerana setakat ini seorang pun tidak akan memahami jalan fikirnya. Walau ibunya sendiri. Aneh. Sambil dia merenung langit yang kosong, dia terfikir sahabat-sahabat gua yang mengasingkan diri dari dunia mungkin sunyi. Mungkin di dalam gua mereka terkenangkan kehidupan harian mereka ke pasar, bekerja. Tetapi sahabat gua tidak keseorangan, mereka sama-sama mengasingkan diri  berkumpulan. Bibirnya menyebut  zikir, zikir

Entri 198 : Singkat

Terima kasih kerana mengingatkan aku harga hidup bukan pada singkat atau panjangnya umur tetapi memenuhinya dengan syukur sehingga suatu saat kita dijemput pergi Terima kasih kerana mengingatkan aku Saat aku memercik air ke kelopak-kelopakmu yang mengering Mengutip kelopak-kelopakmu yang harum Itulah hidup kita yang akan ada kesudahan Sehingga saat itu tiba dan kau pergi dulu Dirimu akan menyatu bersama tanah dan membaja demi yang hidup Terima kasih kerana menjadi penyejuk hatiku dalam masamu yang singkat itu Nota Penulis : Doa Iman Ya Allah hidupkan kami dengan iman Ya Allah matikan kami dalam iman Ya Allah bangkitkan kami dengan iman Dan masukkan ke syurgamu dengan iman Selamat Hari Arafah

Entri 187 : Anak Tentera

Sekitar tahun 1989 di sebuah perkampungan kecil bernama Binjul. Seingatnya pada waktu itu tidak ada bekalan elektrik. Bekalan air juga tidak ada, penduduk cuma bergantung pada air bukit dari Lata Bukit Hijau yang sejuknya seperti ais mencucuk ke tulang. Ibunya seorang suri rumah dan ayahnya seorang tentera yang selalu tidak berada di rumah. Apabila mereka pindah di rumah lama dua tingkat, penduduk kampung tertanya-tanya siapakah penghuni rumah yang dikatakan berhantu itu? Dia sendiri tidak pernah melihat atau mendengar apa-apa yang aneh, cuma rumahnya jarang dikunjungi orang selain saudara mara. Bapa mertua ibu yang dipanggil Che selalu datang melawat terutama jika ayah berada di luar kawasan. Kadang-kadang air bukit tak mengalir kerana kemarau. Ibu terpaksa mengangkut air di perigi di belakang rumah. Jika cuaca panas, air perigi itu menjadi kering dek kemarau dan mereka terpaksa berjalan ke perigi lain  yang jauhnya hampir satu kilometer. Dia masih ingat pagi-pagi dalam keadaan gelap

Entri 146 : Saya perasan

15052020 Hari ini cubalah mula menulis dengan perkataan , 'Hari ini saya perasan...' Hari ini saya perasan sudah dua tiga hari saya tidur lewat sebab tak boleh tidur. Simptom PMS barang kali. Setiap tahun begitulah polanya, awal Ramadhan dan hujung Ramadhan saya tidak dapat berpuasa dek aktiviti penyelenggaraan badan yang berlaku setiap bulan. Saya rasa emosi terganggu, tiba tiba rasa sedih macam nak menangis. Bila diteliti rupanya bulan merah mengambang. Saya terfikir, jikalah setiap kali bulan merah begini kejadiannya bagaimana pula kalau mengandung? Tentulah emosi lagi tidak menentu. Bukan senang rupanya kalau Allah sudah cipta roh kita dalam badan yang bertanggungjawab untuk melahirkan manusia. Walaupun belum tentu berpeluang untuk beranak, penyelenggaraan bulanan  berjalan seperti biasa. Saya memikirkan dalam keadaan emosi yang ke Laut Cina Selatan ini, Allah memberi saya kelepasan untuk tidak berpuasa, solat ataupun membaca alQuran. Seperti Alla

Entri 144 : Hikayat Orang Kaya Tak Boleh Tidur

Benar sekali.Dalam semua masalah, masalah inilah yang menimpa Orang Kaya. Bila malam menjelma, Orang Kaya masih terkial kial memejam mata. Cemburu dia melihat anak-anak dan isteri tidur, hatta tergolek jatuh katil sekalipun tak sedar. Maka mencari-carilah Orang Kaya ini petua untuk tidur lena, bukan tidur-tidur ayam. Badan letih tapi tak boleh tidur. Didesaknya si isteri dan anak-anak menekan Google , scroll Facebook dan mencari petua petua di segenap alam maya yang membolehkan Orang Kaya tidur seperti orang lain. "Cubalah bersedekah" Cadang isterinya. Muka Orang Kaya merah menyala. "Bukankah aku sudah bersedekah banyak, lihat ada Youtube channel lagi semata mata untuk bersedekah."Marahnya. "Tapi bang, tu meriyak bang!" "Amboi, asal yang kau nampak tu riak aku la yer." Bengang si Orang Kaya ini. Itulah manusia ; bila kita sedekah diam diam tak ada siapa tahu  kata kedekut. Bila buat heboh heboh kata riak pula. Memang Orang Kaya su

Entri 131 : Cahaya

Anak-anak diutuskan untuk mengajar kita akan nikmat-nikmat kecil yang kita lupa untuk syukuri. Untuk kita perlahankan sedikit hidup kita yang serba kalut ini.Untuk kita terus berdoa dan tidak putus asa. Ya Allah jadikanlah… Dalam hatiku cahaya Dan pada pandanganku cahaya Dan pada pendengaranku cahaya Dan dari kananku cahaya Dan dari kiriku cahaya Dan di atasku cahaya Dan di bawahku cahaya Dan di depanku cahaya Dan di belakangku cahaya Dan muliakan aku (dengan) cahaya Amin.

Entri 128 : Sebaik baik wanita

Saat sang anak bercerita tentang seorang budak baru di sekolah yang busuk dan berkutu, emak cuma membalas. "Ajaklah dia datang ke rumah nanti." Sang anak yang baru belajar berkawan, tidak faham mengapa budak berbaju lusuh kuning, busuk dan berkutu itu disuruh datang ke rumah. Dia masih ingat kanak-kanak yang bermata kecil berwarna coklat, malah rambutnya juga agak coklat terutama bila terkena sinar matahari. Emak tak banyak cakap, memandikan anak tersebut bersama anak-anaknya. Disyampu dan disikatnya rambut budak itu sambil anak anak yang lain ketawa. Kutu kutu luruh beremut maka anak anak yang lain menjerit kegelian sambil menindih kutu kutu tersebut. Emak masak. Lauk yang ada tidak seberapa. Ikan dikerat kecil-kecil, emak cuma merasa kuah.Senang hati melihat anak-anak makan. Emak capai sehelai baju sekolah lama anaknya yang sudah tidak muat. Disuruh kawan baru anaknya cuba. Anak kecil itu berpusing-pusing menggayakan uniform sekolah rendah berwarna biru gelap.

Entri 122 : Sarapan

Khamis, hari kedua dia berada di Malaysia setelah 11 hari mengembara. Masih berusaha membetulkan rutin harian yang ditinggalkan seminggu lebih. Jerebu dijangka bertambah teruk hari ini. Pagi pagi sesudah membasuh kain dia bergegas ke pejabat. Memakai topeng muka N95 setiap kali ke luar rumah bukanlah rutin yang menyenangkan. Tetapi lebih baik pakai dari sakit. Lapar, dalam perjalanan dia memikirkan sarapan apa. Dikerlingnya jam, baru pukul 8.30 pagi. Wahh masih awal pagi ini. Kenapa perutnya lapar benar? Semua gerai tutup! Pelik. Dia melintasi Starbuck yang betul betul di tingkat bawah pejabatnya - perlu dielakkan di waktu hujung bulan begini terutamanya apabila dia sudah berbelanja bagai nak rak di Ho Chi Minh tempoh hari. Sanggup dia menuruni tingkat B1 dan singgah di News.com . Rak roti kosong , samada roti segera atau tidak. Pelik sekali. Masih awal tetapi kenapa semua sarapan yang diidamkan licin? Dia mengerling ke jam sekali lagi. Aduh, rupanya waktu jam Fitbit ma

Entri 64 : Asing

Kebelakangan ini semuanya terasa sempit, sesak dan rimas.Tekanan membunuh rasa bersyukur. Masalah peribadi menerpa, kerja di pejabat menimbun.Masa ini juga , ada isu dalam sistem.Nurindah mengeluh, kerjaya sebagai jurutera perisian memang antara bukan kerjaya isteri idaman.Siapa mahu isteri yang kerjanya tidak tentu, balik rumah pun kadang-kadang menatap komputer.Siapa mahu?  Ah, mungkin  kerana dia bujang jadi semua kerja ditugaskan untuknya. 'Kamu kan bujang, jika kamu balik awal pun buat apa?Macam kami ni dah kahwin, susah...banyak benda perlu diuruskan.Anak isteri perlu dijaga.'  Rasa mahu ditampar saja suara yang berbunyi itu.Jika bujang ini hidupnya sangat mudah kenapa kamu tergedik sangat mahu kahwin dulu? Berontaknya dalam hati.Kalau kahwin sekadar mahu lari dari tanggungjawab,mana pergi keberkatan.Aneh pula ya bila syarikat mengadakan  business trip ke luar negara, pandai pula menawarkan diri.Berbulan pun tak apa.Ke mana pergi anak isteri yang dijadikan isu du

Entri 61 :Namanya Siti...

Saat baru pulang dari kerja.Tekanan menyesak dada dan idea bergasak sama .Ditulis di Kapasitor.net untuk reviu yang bermanfaat. Namanya Siti... Namanya Siti.Umurnya 33 tahun.Mereka menggelarnya andartu. Hidup di masa kecilnya susah.Adik beradik ramai, 13 belas orang.Ayahnya pesara tentera dan tidak bekerja selepas itu.Apabila ditanya kenapa,dia menjawab."Ahh.. aku sudah puas bekerja selama ini.Kamu semua tak tahu, cuba sekarang kamu pula yang rasa." Dia marah-marah. Ibu tidak melawan, syurga kan di bawah tapak kaki suami.Berdosa besar bagi sang isteri hatta memasamkan mukanya sekalipun terhadap suami.Bukankah kaum perempuan adalah yang paling ramai di neraka?   Maka ibu bersusah payah mencari kerja.Anak-anak terpaksa ditinggalkan di rumah.Ibu bertukar dari satu tempat kerja ke tempat yang lain.Tidak serasi.Pernah dia bekerja di kilang kayu.Tangannya mengelupas dan menjadi kasar.Habuk-habuk menyebabkan dia batuk berdarah,maka dia terpaksa berhenti.   Pernah dia menjual nasi l

Entri 21: Hati yang mendengar

Nurindah mengucapkan salam.Tak ada jawapan.Dia membuka pintu, kelihatan seorang gadis merenung di luar jendela.Nurindah mengucap salam.Sunyi.Tiada respon, mungkin dia sedang bergayut di telefon. Nurindah menekan punat tv. Gadis itu datang , menonton sekali. “Seorang je ke kat rumah hari ni?” Nurindah berbasa basi. Gadis itu buat tak dengar.Sedikit Nurindah tersinggung.Pekakkah budak ni?Sombong benar. “Yang lain ke mana?” Nurindah memancing lagi. Kebetulan gadis itu menoleh. Dia menunjukkan jari ke telinga dan mulut , kemudian menggoyangkan jarinya ke kiri ke kanan berulang kali sambil tersenyum. “Eh?’ Nurindah tidak percaya. Gadis itu berulang kali memberi isyarat yang sama. Maka fahamlah Nurindah, rakan barunya ini istimewa. Tidak dapat mendengar dan juga bercakap.Pekak dan bisu.Terasa bersalah kerana berburuk sangka. Dan perkenalan mereka bermula dengan tulisan-tulisan di atas kertas. Gadis itu bernama Yana, boleh menulis walaupun ayatnya agak tungging terbalik. Dan Nurindah mula