Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Entri 177 : Daya tahan

Hei kamu, Ya, kamu sahabatku. Dengar aku bicara dengan kamu! Kamu yang selalu bersedih dan gelisah. Kamu yang selalu memikirkan dugaan hidup yang tidak jemu-jemu. Kamu yang merasakan diri kamu terkurung di dalam gua yang gelap. Ternanti-nanti bila ada cahaya. Kamu yang sudah penat meraba-raba di dalam gelap. Letih, haus dan lapar. Kamu yang memikirkan, "Sudah tidak ada jalan keluar, mungkin aku harus mati saja di sini." Ya, untuk kamu.  Kamu sebenarnya penat, berehatlah sebentar. Gua ini gelap jalannya kamu tidak nampak tetapi Dia tahu jelas. Walaupun gua ini gelap dan tidak selesa, paksakan dirimu untuk berehat. Bukankah Tuhanmu melenakan pemuda-pemuda kesayanganNya beratus-ratus tahun di dalam gua? Ada jalan keluar, cuma kamu perlukan rehat. Setelah fikiran kamu lapang, nanti mungkin kamu akan mendapat ilhamnya.  Tuhan tidak akan menciptakan kamu sia-sia. Kamu cuma diuji konflik yang sama seperti mereka yang beriman. Dia memilihmu untuk menerima konflik ini. Ucapkan Alhamdu

Entri 176 : Drama

Apa persamaan drama kesultanan tidak kira dinasti di China, Melayu, Turki mahupun serata dunia. Saling berbunuhan sesama sendiri berebut takhta  Lebih malang kebanyakan angkara drama yang diplotkan oleh wanita Permaisuri, gundik-gundik, pegawai istana semua bersekongkol Tak ada tangan suci di dalam istana semua berlumuran darah Ironisnya hamba-hamba perempuan sama ada yang dirampas dari keluarga sendiri Dijadikan gundik, berebut-rebut untuk dipilih ditiduri raja Apa pengajaran yang boleh didapati? Berhati hati memilih mereka yang hendak ditiduri Berhati hati memilih mereka yang menyuapkan makanan Berhati hati menjaga hati mereka Kerana jika ada dendam hatta sebesar kuman Maka tidurmu akan dihantui igauan Makan mu tidak akan mengenyangkan Engkau hanya menjadi boneka Atau buah catur yang menentukan hidup mati Tetapi mereka yang menentukan siapa yang menang

Entri 175 : Di Sini

Bangun melihat jendela  Kadang cerah kadang hujan  Tertanya sendiri apa istimewanya hidup  Melihat mereka ghairah berlumba  Ada cita-cita  Bagusnya perasaan itu  Perasaan yang mahu hidup sepenuh penuhnya  Kerana dia tidak sedar bila hilangnya perasaannya  Dia melihat jendela  Mungkin inilah perasaan banduan di penjara  Mungkin lebih baik dari dirinya  Sekurang-kurang warden masih memantau rutin  Dia sudah jemu dengan nasihat dan motivasi  pilih kawanmu,  kamu adalah siapa kawan mu  dia melihat kiri kanan tiada siapa tiada siapa  Jangan putus asa   Terus terus jalan  Bagaimana jika sudah 10, 20, 30 , 50 tahun dia meneruskan  Jalannya masih sama  Mungkin sampai waktu dia harus menetap  Tidak memikirkan destinasi  Siapa kamu sekarang akan menentukan siapa kamu di masa hadapan  Dia disoal  Penat dia mahu memikirkan bakal di mana dan siapa  Sejarah orang-orang hebat dibaca setiap kali  Dia tidak mahu menjadi orang-orang hebat itu  Kerana sudah lama dimomok dengan cerita cerita mereka  Seda

Entri 174 : Ibu Betina

Kita sedia maklum dunia yang kecil ini masih lagi diselubungi misteri. Sebagai manusia yang mendiam di daratan yang semakin lama semakin tenggelam, masih banyak perkara yang di bumi ini masih jauh dari pengetahuan kita. Hutan, pergunungan dan lautan ... sentiasa ada yang baru kita tahu dan pengetahuan itu tidak akan habis walaupun semua titisan di lautan dijadikan dakwat untuk kita mencatatnya. Kita manusia, tidak boleh menghabisi ilmu tentang seekor nyamuk pun untuk seumur hidup. Sentiasa ada penemuan baru, sentiasa takkan habis. Kita mungkin tenggelam dahulu sebelum mendapatkan pengetahuannya. Nun di sudut dunia, ada satu taman negara di Afrika di mana mendiamnya haiwan-haiwan yang bakal pupus Salah satunya ialah singa Afrika, dikatakan cuma tinggal 20,000 dan mungkin makin berkurang lagi. Haiwan yang semakin pupus tidak pernah bertambah, semakin pupus dan hilang dan muncul semula dalam  dongengan.  Pemanasan global, kepupusan fauna dan flora, pelupusan plastik yang tidak pupus-pupus

Entri 173 : 2021

Selamat tahun baru. Masih terkenangkan tahun lepas? Oh, tahun lepas sangat produktif. Saya banyak menghadiri kursus, saya juga banyak membaca dan banyak melanggani apps, youtube yang berfaedah. Kursus apa? Motivasi, perancangan masa, perancangan kewangan, memperbaiki cara hidup oh ada juga penulisan. Oh penulisan, minat menulis? Haah, minat sangat. Oh, mesti tiap-tiap hari menulis.  Oh takdela. Ada blog tapi itupun seminggu sekali. Sibuk? Ya, sebab pergi kursus semua tu. Setengah kursus ada homework , kalau tak pergi kursus pun saya banyak playlist podcast , video yang berkaitan. Banyak betul tu. Bagus, jadi tahun ini mungkin sedia untuk menulis? Entah, saya juga dah sign up kelas mengaji, kelas bahasa Arab dan juga ada satu kursus perniagaan. Oh, jadi sudah tidak ada minat menulis. Ada, perasaan menulis nak tu membuak-buak. Tapi setiap kali nak menulis atau idea untuk menulis saya kena hadir kursus. Bila saya ada masa, idea pula tak datang. Dalam sehari berapa jam yang ada untuk me