Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cabaran 30 hari tidur awal

Entri 249 : Politik

 Semalam saya tidur lambat  10 lebih dan bangun awal pukul 4 pagi. Untuk pengetahuan saya bangun tanpa bantuan penggera. Saya pun tidak pasti mengapa setakat ini saya mampu bangun awal. Saya bersahur dan berniat untuk puasa akan tetapi puasa saya terbatal pada waktu Asar. Ya, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kebetulan saya berbual dengan rakan yang mempunyai perasaan yang sama. Kerja makan gaji jika tidak berniat untuk menaiki tangga korporate maka akan berakhir seperti saya dipergunakan. Antara perkara-perkara yang dikongsi; log masa dengan alasan untuk perancangan dan memastikan pekerja tidak overload. Tetapi login masa lebih atau hujung minggu tidak pula ditanya , yang ditanya eh kenapa masa yang dilog cuma dua atau tiga jam. Saya log masa secara detail kerana mereka nak guna untuk perancangan kononnya, malah saya lihat majoriti pekerja log hour mereka tetapi perancangan masih lagi ke laut. Bila ditanya, oh ya kerana segelintir orang masih tidak log masa. Adakah peran

Entri 248 : Mengamuk

 Hari yang super emosional buat saya. Baru jer lepas hempuk laptop.  Semalam masuk tidur pukul 10.40 dan bangun pukul 5 pagi. Good job at waking up early but kena kerja keras sikit untuk masuk tidur awal. Hari ini perancangan lari sedikit. Saya habis perbincangan pukul 7 lebih dan kemudian mendraft nota dan tiba-tiba Microsoft outlook saya tertutup dan tak ada auto save. Bukan hanya Outlook , Word juga menjadi gila. It keeps duplicate. Jadi selamat tinggallah pada nota saya yang hampir siap. Berang saya dibuatnya, ketakutan kucing-kucing saya bertempiaran bila saya mengamuk. Masa sudah menunjukkan pukul 7.20 . Saya boleh saja sambung esok tetapi ada perkara lain yang membuatkan saya fikir lebih baik saya siapkan sekarang. Hint *politik* Akhirnya dalam mengamuk-ngamuk tu, saya shutdown laptop. Solat dan makan roti sambil menangis. Nota tadi dah siap pun cuma tinggal nak touch up , letak recipient saja. Lesap dan tak boleh recover. Saya benci Window. Kan?!! Akhirnya saya turn on balik la

Entri 247 : Overwhelmed

 Saya google makna overwhelme yang keluar ialah 'terharu'. Jadi kita guna dulu perkataan overwhelme ini kerana hari ini saya tak berasa terharu. Semalam saya masuk tidur secara anggaran pukul 10.15 . Pada mulanya saya sudah masuk tidur pukul 9.30 tetapi saya terleka melihat handphone. Ya, bukan senang nak consistent kan. Pagi tadi saya bangun pukul 6 dan solat subuh. Pukul 9 saya perlu membawa Pandan ke klinik untuk vaksin tahunan, Hari pertama boleh solat, hari pertama bekerja. Keputusan sekecil seperti nak lipat baju sekarang nak masak apa untuk tengahari dan juga lampu UV flashlight yang saya beli online sampai. Lampu UV Flashlight sangat berguna untuk mengesan kucing saya maka teruja saya dibuatnya. Leka saya menyuluh sana sini.  Puas hati kalau boleh pastikan rumah betul-betul bersih. Sebenarnya walaupun overwhelme saya masih lagi positif kerana masih mencuri masa untuk menulis. Saya cuba memenuhkan poket masa saya seminit dua dengan melakukan perkara yang berfaedah sebelu

Entri 246 : Rupanya hari ini cuti

Semalam saya masuk tidur awal 9.30 begitu perancangannya. Bergolek-golek di atas katil, berzikir dan membaca buku selintas lalu. Dodol seperti biasa melompat ke atas katil dan mengurut kepala saya sehingga dia puas. Untuk pengetahuan, kucing urut kepala menyakitkan walaupun kukunya sudah ditrim. Saya pernah membaca tentang tabiat tersebut dan dikatakan kucing melakukan perkara tersebut apabila dia berasa selesa. Apabila Dodol mengurut kepala saya, saya rasa dia seolah-olah dia memberi amaran supaya saya sentiasa sedar bahawa dia adalah boss padahal tak perlu pun kerana memang mereka adalah tuan dan puan besar dalam rumah ini. Tahu-tahu sudah pukul 10 malam. Sebab itulah kena masuk tidur awal kerana terlelap adalah sesuatu yang luar kawalan kita. Saya harap saya tertidur sebelum pukul 12. Pagi ini saya terbangun pukul 5, saya terjaga apabila Dodol menguis-nguis sesuatu di tepi tong sampah. Saya boleh mengagak sebabnya. Ralat kerana baru semalam saya mop lantai dan pagi-pagi begini saya

Entri 245 : Nak keringkan baju atau nak tidur

Hari Ketiga - Cabaran tidur awal  23 Okt 2022 Hari ini hari ketiga saya cuba untuk tidur awal. Hari pertama saya masuk tidur pukul 10.15 pm. Saya terbangun keesokannya pagi pukul 7 tanpa penggera, yang kelakarnya saya bangun tanpa melihat jam dan mati-mati saya ingatkan saya terbangun pukul 8 pagi. Setelah menyelesaikan beberapa rutin baru saya perasan saya terbangun awal setelah beberapa lama saya terbangun lambat. Oh saya sedang haid ya. Malam semalam, saya cuba masuk tidur pukul 9 malam. Agak mencabar juga kerana Pandan mengajak saya main dan saya bangun untuk melayaninya. Tetapi saya cuba masuk tidur pukul 9.30 malam. Pagi tadi saya terjaga pukul 3 pagi kerana Pandan mengejutkan saya. Untuk pengetahuan jarang sekali Pandan masuk ke bilik dan mengejutkan saya. Pandan jarang masuk ke bilik tidur setelah Dodol seperti menguasai kawasan bilik tersebut. Saya fikir Pandan kurang sihat tetapi saya sudah membuat temu janji pada 25 Oktober nanti di klinik veterinar. Dek kerana terlampau awa

Entri 244 : Tidur awal

 Saya terbangun pukul 3 lebih kerana terbau kencing kucing, saya belum kenal pasti dari mana mungkin apabila siang sedikit baru saya cari kerana lampu terpadam. Setiap kali saya pasang mentol baru mesti terbakar, sama ada sesuatu yang tak kena tentang rumah ini atau satu flat ini mengalami masalah yang sama saya tak pasti. Saya cuma membuat andaian kerana unit yang sebelum ini pun sama. Hari ni pasang esok terbakar.  Kebelakangan ini saya agak tertekan, rutin saya entah ke mana. Hidup saya seperti tidak ada tujuan. Semua buku-buku yang saya baca adalah tentang setting gol dan sebagainya. Tetapi permasalahan sebenar dalam hidup ialah setting goal. Masa kecil, gol adalah untuk menghabiskan sekolah dan mendapat pekerjaan yang baik. Mudah kan. Masih dicapai walaupun gol tersebut bukanlah disetkan oleh diri sendiri. Dalam umur seperti saya , kebanyakan gol orang lain berkisar anak-anak. Malah ketika menghadiri kelas motivasi itulah masalah kebanyakan orang; anak dan pasangan. Untuk orang ya