Nurindah menebuk lubang botol plastik minyak masak yang sudah kosong dan dipotong muncungnya. Dia membuat beberapa lubang dengan dawai panas.Setelah itu dia menjinjing bekas tersebut ke belakang rumah. Tanah gambut di belakang rumahkelihatan hitam, lembut dan subur. Dia mengorek tanah tersebut dengan penyodok dan memasukkannya ke dalam bekas yang dibuat dari botol minyak tadi. Beberapa ekor cacing tanah menggeliat saat Nurindah mengganggu kediaman mereka.Sesekali Nurindah berdecit kesakitan apabila jarinya terkapit di antara penyodok dan pemegang kayu. Kucing jantan yang bernama Adik sesekali mengerling ke arah Nurindah dari bawah pokok manggis, sambil memejam mata cuba untuk tidur. Nurindah meratakan tanah di dalam bekas, kemudian menabur beberapa biji betik ke atasnya. Ini kali ketiga seumur hidup Nurindah menanam betik. Kali pertama pokok betik yang ditanam sewaktu dia di sekolah rendah.Pokok itu tumbuh subur, tinggi dan lebat bunganya tapi tak pernah berbuah.Kata ibu, itu pokok...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com