Nurindah keletihan saat dia mengangkut barang masuk ke rumahnya di tingkat tiga. Dua tiga hari ini kerjanya mengangkut barang sahaja hingga dia terasa seperti jantungnya seperti mahu berhenti.Jika dia kaya, mungkin dia ada pembantu untuk menolong dia saat-saat begini. Kelihatan seorang lelaki seperti berlegar-legar di pintu rumah jirannya.Nurindah buat tidak peduli sehinggalah lelaki tersebut bertanya, “ Kakak, rumah ini ada olang kah?” Nurindah terpinga-pinga, dia sendiri tidak perasan.”Umm..rasanya ada.” Dia sendiri baru pindah, tapi dia tahu rumah di sebelahnya berpenghuni, satu keluarga dengan anak-anak yang masih lagi kecil. “Dua tiga hari ini rumah ini ada olang kah?” Lelaki itu bertanya, merenung tepat ke arah Nurindah. Nurindah gugup.”Maaf , tak perasan pula saya. Kenapa?” Dan dia terlanjur bertanya kenapa, padahal tak sepatutnya dia mengambil tahu hal orang. “ Opps.. maaf.” Nurindah serba salah apabila melihat muka lelaki tersebut seperti serba salah. Lelaki itu diam lama....
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com