Tangannya mendial, mahu menelefon kawannya. Namun malam-malam begini mungkin sahabatnya yang jauh sibuk. Melayan anak dan suami. Hasratnya mati begitu saja. Dia mahu mendial lagi. Mahu mendengar cerita.Tetapi jika sang sahabat bertanya apa perkembangan barunya kini, apa yang mahu dijawab.Dia tidak ada cerita.Ceritanya hambar belaka. Lantas dia meletak gagang, biarlah telefon itu kaku di situ.Dia tidak ada cerita.
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com