Dia merenung ke luar jendela . Pemandangan negeri Kedah dari atas memang menakjubkan.Beberapa kepulan awan nipis memutih seperti gula kapas berarak perlahan lahan menambahkan keindahan.Petak petak hijau,sungai sungai kecil sangat jelas disuluhi matahari pukul 10.00. Sudah beberapa bulan Malaysia dilanda jerebu maka pemandangan jelas seperti kristal ini adalah sesuatu yang dirindui. Gadis Cina di sebelahnya khusyuk menonton filem.Tadi mereka sama sama menunggu siapakah yang bakal duduk di kerusi nombor 26F tetapi masing masing lega kerana insan tersebut tidak muncul muncul . Mendapat tiga kerusi untuk dua orang di dalam kapal terbang kelas ekonomi memang mengujakan. Dia beranjak ke kerusi 26F,menikmati pemandangan sambil memikirkan apa yang patut ditaip . Sedang gadis di sebelahnya pula beranjak ke kerusi tengah, menarik meja di kerusi yang di sebelah lagi dan mengatur laptopnya kemas kemas.Dia menyiapkan panggung wayang kecilnya.Masing masing menyelesakan diri untuk p...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com