Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 13:Siapa tahu

Lelaki tua yang seperti kurang siuman itu, memunggah sampah dan berbau busuk.Semua orang melarikan diri apabila dia mendekati.Siapa tahu, dia sebenarnya seorang ayah yang bertanggungjawab yang sanggup melakukan apa sahaja yang halal demi keluarganya. Dan seorang lagi lelaki kacak, berbau harum berpakaian rapi.Semua orang tertarik, siapa tahu yang dia tidak pernah ambil peduli tentang tanggungjawabnya. Dia seorang wanita yang cantik, lemah lembut .Semua orang terpikat padanya, tapi siapa tahu dia sentiasa menduakan suaminya dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimilikinya Dan seorang wanita lagi…buruk dan dia bukanlah wanita idaman, semua orang mahu menjauhinya tapi siapa tahu dia sebenarnya dia penghuni syurga. Siapa tahu kan?Kerana semuanya soal hati…

Entri 12: Seadanya

Malam itu kelasnya berjalan seperti biasa.Najmi dan Wafi tidak hadir. “Mereka malas cikgu.”Beritahu Rizal. Nurindah agak kehairanan.Inilah kali pertama pelajarnya ponteng. “Cikgu tak marah?”Tanya Danish. “Bukan cikgu yang rugi. Cikgu tak rugi apa-apa.”Sebenarnya jauh di sudut hati dia berasa sedikit kecewa. “Cikgu nanti kalau mereka datang, cikgu rotanlah.”Rizal mencadangkan. Nurindah menggeleng.”Apa kamu mahu cikgu jadi garang ke?” “Baguslah cikgu, kalau garang.Cikgu ni baik sangat.”Danish merungut. Nurindah tersengih.Sebenarnya dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjadi guru yang baik. Dia tidak pernah didedahkan tentang profisyen perguruan.Dia cuma menurut kata hati. “Nanti kalau cikgu betul-betul rotan baru tau.”Nurindah mengusik. Lima belas minit berlalu.Muhammad mengangkat tangan.”Cikgu, saya nak pergi tandas.” Nurindah mengerutkan dahi, Muhammad buat muka kasihan. “Ok.Lima minit sahaja.” Kelas berlalu dengan budak-budak keluar masuk.Seperti ada

Entri 11: Lelah

Nurindah cuba memahami soalan Maryam.Maryam yang bakal menduduki UPSR sabar menunggu Nurindah.Pelajar-pelajar yang lain menyalin karangan yang Nurindah tulis di papan putih.Namun ada yang berborak, bergaduh hingga sesekali Nurindah terpaksa menegur, “Shhhh....” “Cikgu!!Tengok Najmi ni curi pemadam saya.”Baiti menjerit memukul tangan Najmi dengan pembaris. “Apa hal pula?” Keadaan kelas mula bertukar menjadi riuh rendah. “Dia cakap saya senget cikgu.”Najmi tidak mahu mengalah, ditepisnya tangan Baiti. “Hangpa ni tatau hormat cikgu langsung.”Ada suara menyampuk. “Baiti gedik cikgu.”Dan suara-suara tersebut bertambah ramai. Nurindah menggeleng kepala.Kelas seperti mahu pecah apabila Baiti dan Najmi saling menolak meja sambil menjerit-jerit. “Sudah.Hentikan.”Suara Nurindah tenggelam timbul. “Hentikan Baiti,Najmi!”Suara Nurindah tenggelam dalam jeritan pelajar-pelajarnya. Suara mereka yang terlibat dan suara-suara saksi bercampur baur. Keadaan menjadi semakin genting saat

Entri 10: Haruman Yang Tak Dapat Dilupakan

Suasana bank di waktu tengahari memang sibuk.Kebanyakan pekerja akan mencuri waktu makan untuk menguruskan hal kewangan masing-masing. Nurindah duduk menunggu giliran sambil matanya memerhati kan seorang kanak-kanak lelaki yang berlari-lari anak di tempat menunggu. “Mama! Mama! Did you see that bird??!!” Pekiknya keriangan. Ibunya cuma menggeleng, senyum. ”Shhh..come here.” Sang anak berlari mendapatkan ibunya yang sedang menunggu giliran.Dia menyembamkan mukanya ke ribaan ibunya. Sang ibu mengusap rambut anak lelakinya.”Your hair smell nice.” “I hate it.” Sahut sang anak.”I hate that smell.” “Why?Children shampoo is nice what?” “I like people shampoo.Children shampoo not nice.”Sang anak merungut. Nurindah tersenyum, nyaris dia mahu ketawa mendengar rungutan sang anak itu. “Children shampoo is smell nice.” “Children shampoo is cheap.I like people shampoo.”Sang anak tidak mahu mengalah. “Children shampoo is more expensive compare to people shampoo.Beside, you a

Entri 9:Hanya Ingin Bermanja

Bunyi cengkerik jelas bersahut-sahutan apabila Nurindah menyuluh lorong kecil   yang hanya muat sebagai laluan motosikal.Nurina memaut lengannya erat, berjalan beriringan menuju ke rumah nenek mereka. Sudah sebulan lebih Nurani batuk, segala ubat farmasi dan klinik seakan tidak memberi apa-apa kesan.Kali ini ibu mahu menggunakan cara tradisional untuk mengubat Nurani,anaknya yang kedua selepas Nurindah.Sebagai kakak sulung Nurindah tak dapat lari dari tanggungjawabnya apatah lagi sejak dia bekerja di negeri asalnya.Hampir setiap minggu Nurindah akan balik menguruskan pelbagai urusan keluarganya. Nurina makin menyempit sesekali Nurindah terpaksa berjalan di atas semak dek kerana lorong yang terlampau sempit.”Jalan di belakang Along boleh tak?Jalan ni sempit.” Nurina memegang lengan Nurindah, makin erat.Nurindah seperti terhoyong hayang dibuatnya.”Biarlah, Nana nak bermanja dengan Along.”Bidas Nurina yang sememangnya dalam semua adik beradik dialah yang paling kuat membidas.Ada saj

Entri 8: Mawar untuk Nurindah

“Cikgu, ajarlah saya sampai darjah enam.” Baiti memegang tangan Nurindah saat mereka menyaksikan beberapa penghuni asrama berlatih nasyid. “Kalau diizinkan Tuhan.”Nurindah menepuk bahu Baiti.Hatinya sedikit lega melihat Baiti ceria berbanding beberapa hari yang lalu.Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia boleh berada di situ memandangkan dia cuma pekerja kontrak.Mungkin sampai akhir tahun ini, mungkin sampai bila-bila.Mungkin, dia cuma menyerahkan hidupnya di tangan Tuhan kerana sesetengah perkara dia tidak   mampu untuk mengatasinya. “Dah, jom masuk kelas.”Nurindah bangun setelah melihat beberapa orang pelajarnya sudah sampai. Nurindah mengeluarkan buku-bukunya tatkala Baiti menjerit.”Eii..cikgu ni tak senonoh!” Nurindah   terkejut, segera diteliti apa yang direnung Baiti.Baiti dengan Maryam ketawa kecil manakala beberapa pelajar lelaki   kebingungan. Sesuatu yang berwarna merah jelas kelihatan di balik beg birunya   yang jarang.Nurindah menjegilkan mata, adakah itu?Tuala wa

Entri 7: Cinta tak kenal usia

“Cikgu kelas ada tak?”Danish berlari mendapatkan Nurindah. “Ada.”Sahut Nurindah, membetulkan beg biru yang berisi buku-buku. “Anak-anak sekolah rendah, masuk perpustakaan. Cikgu dah datang.”Pakcik, salah seorang warden asrama menyuruh mereka. “Mana Baiti?” Pakcik bertanya apabila   kelibat Baiti tidak kelihatan dalam kumpulan kanak-kanak tersebut.”Isk...isk Baiti ni selalu buat hal.”Pakcik separuh merungut   sebelum keluar   dari perpustakaan. “Okay, hari ni cikgu nak buat latihan sikit.”Nurindah mengeluarkan kertas latihan “Perhatian kepada Nur Baiti Abdullah, sila pergi ke perpustakaan kerana kelas sudah bermula.” Nurindah sedikit terkejut mendengar suara Pakcik dari pembesar suara.Nampaknya Baiti akan popular satu asrama.Namun Nurindah akui Baiti agak culas sedikit, langsung tidak mempedulikan kerja sekolah tetapi dia seorang yang ramah. Perlahan pintu perpustakaan buka, Baiti melangkah longlai dengan muka yang muram. “Eiii...apa ni sampai kena panggil.” Seperti bias