Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 16:Bahagia

Gadis itu berambut kerinting berkulit cerah, terbongkok-bongkok mengukur bendang.Lintah dan pacat sudah menjadi lumrah. Bajunya basah penuh keringat, dia mengelap dahinya dengan belakang tangannya. Selalunya dia tidak bersendirian , dia selalu mengerjakan bendang bersama ayahnya.Tapi beberapa hari yang lalu, ayahnya dipatuk ular, di bendang inilah dia menyaksikan ayahnya jatuh.Di bendang inilah badannya yang kecil mengendong ayahnya pulang ke rumah untuk bantuan. Lagu Ahmad Jais kedengaran sayup-sayup dari radio yang disangkut di tepi bendang.Dia berlari-lari anak mahu mendengar lagu kegemarannya.Dikuatkan sedikit bunyi radio tersebut. Dia dari keluarga yang susah.Pagi-pagi dia bangun, mengangkut air dari perigi untuk keperluan dapur.Kemudian mengerjakan bendang, ketika matahari makin meninggi dia akan bergegas untuk ke sekolah.Selang beberapa hari dia akan mencari kayu api bersama kakaknya. Dia merenung ke langit, ahh..matahari makin meninggi, dia harus cepat-cepat takut lam

Entri 15: Bukan kerja kita

Nurindah menebuk lubang botol plastik minyak masak yang sudah kosong dan dipotong muncungnya. Dia membuat beberapa lubang dengan dawai panas.Setelah itu dia menjinjing bekas tersebut ke belakang rumah. Tanah gambut di belakang rumahkelihatan hitam, lembut dan subur. Dia mengorek tanah tersebut dengan penyodok dan memasukkannya ke dalam bekas yang dibuat dari botol minyak tadi. Beberapa ekor cacing tanah menggeliat saat Nurindah mengganggu kediaman mereka.Sesekali Nurindah berdecit kesakitan apabila jarinya terkapit di antara penyodok dan pemegang kayu. Kucing jantan yang bernama Adik sesekali mengerling ke arah Nurindah dari bawah pokok manggis, sambil memejam mata cuba untuk tidur. Nurindah meratakan tanah di dalam bekas, kemudian menabur beberapa biji betik ke atasnya. Ini kali ketiga seumur hidup Nurindah menanam betik. Kali pertama pokok betik yang ditanam sewaktu dia di sekolah rendah.Pokok itu tumbuh subur, tinggi dan lebat bunganya tapi tak pernah berbuah.Kata ibu, itu pokok

Entri 14: Tangan

Sudah dua tiga hari Nurindah tidak betah melakukan kerja.Pergelangan tangannya seperti tergeliat.Seksanya lagi bertambah apabila terpaksa memusing stereng ketika memandu. “Pergilah berurut dekat Tuk Ngah.”Sang ibu mula bising.”Suruh Nana temankan.” Awan berarak mendung pabila Nurindah dan Nurina berjalan melalui lorong kampung pagi itu. Beberapa ekor kambing mengembek sambil mengunyah rumput seolah-olah risau dengan keadaan cuaca. “Jauh lagi ke rumahnya Nana?”Tanya Nurindah.Terasa silap tidak memandu, pada mulanya dia fikir mahu ambil angin berjalan-jalan di keliling kampung. “Tak adalah Long. Tu...”Nurina menuding ke arah rumah batu kecil yang agak terpinggir di suatu kawasan lapang.Beberapa ekor lembu seolah memerhatikan mereka berdua. Nurindah berdoa apabila melintasi lembu-lembu tersebut.Harapnya baju kurung merah jambunya tidak menarik perhatian lembu-lembu tersebut. Rumah itu kelihatannya sunyi sekali.Bahagian depannya dipenuhi habuk-habuk dan tahi burung seperti tidak disapu. Ma

Entri 13:Siapa tahu

Lelaki tua yang seperti kurang siuman itu, memunggah sampah dan berbau busuk.Semua orang melarikan diri apabila dia mendekati.Siapa tahu, dia sebenarnya seorang ayah yang bertanggungjawab yang sanggup melakukan apa sahaja yang halal demi keluarganya. Dan seorang lagi lelaki kacak, berbau harum berpakaian rapi.Semua orang tertarik, siapa tahu yang dia tidak pernah ambil peduli tentang tanggungjawabnya. Dia seorang wanita yang cantik, lemah lembut .Semua orang terpikat padanya, tapi siapa tahu dia sentiasa menduakan suaminya dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimilikinya Dan seorang wanita lagi…buruk dan dia bukanlah wanita idaman, semua orang mahu menjauhinya tapi siapa tahu dia sebenarnya dia penghuni syurga. Siapa tahu kan?Kerana semuanya soal hati…

Entri 12: Seadanya

Malam itu kelasnya berjalan seperti biasa.Najmi dan Wafi tidak hadir. “Mereka malas cikgu.”Beritahu Rizal. Nurindah agak kehairanan.Inilah kali pertama pelajarnya ponteng. “Cikgu tak marah?”Tanya Danish. “Bukan cikgu yang rugi. Cikgu tak rugi apa-apa.”Sebenarnya jauh di sudut hati dia berasa sedikit kecewa. “Cikgu nanti kalau mereka datang, cikgu rotanlah.”Rizal mencadangkan. Nurindah menggeleng.”Apa kamu mahu cikgu jadi garang ke?” “Baguslah cikgu, kalau garang.Cikgu ni baik sangat.”Danish merungut. Nurindah tersengih.Sebenarnya dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjadi guru yang baik. Dia tidak pernah didedahkan tentang profisyen perguruan.Dia cuma menurut kata hati. “Nanti kalau cikgu betul-betul rotan baru tau.”Nurindah mengusik. Lima belas minit berlalu.Muhammad mengangkat tangan.”Cikgu, saya nak pergi tandas.” Nurindah mengerutkan dahi, Muhammad buat muka kasihan. “Ok.Lima minit sahaja.” Kelas berlalu dengan budak-budak keluar masuk.Seperti ada

Entri 11: Lelah

Nurindah cuba memahami soalan Maryam.Maryam yang bakal menduduki UPSR sabar menunggu Nurindah.Pelajar-pelajar yang lain menyalin karangan yang Nurindah tulis di papan putih.Namun ada yang berborak, bergaduh hingga sesekali Nurindah terpaksa menegur, “Shhhh....” “Cikgu!!Tengok Najmi ni curi pemadam saya.”Baiti menjerit memukul tangan Najmi dengan pembaris. “Apa hal pula?” Keadaan kelas mula bertukar menjadi riuh rendah. “Dia cakap saya senget cikgu.”Najmi tidak mahu mengalah, ditepisnya tangan Baiti. “Hangpa ni tatau hormat cikgu langsung.”Ada suara menyampuk. “Baiti gedik cikgu.”Dan suara-suara tersebut bertambah ramai. Nurindah menggeleng kepala.Kelas seperti mahu pecah apabila Baiti dan Najmi saling menolak meja sambil menjerit-jerit. “Sudah.Hentikan.”Suara Nurindah tenggelam timbul. “Hentikan Baiti,Najmi!”Suara Nurindah tenggelam dalam jeritan pelajar-pelajarnya. Suara mereka yang terlibat dan suara-suara saksi bercampur baur. Keadaan menjadi semakin genting saat

Entri 10: Haruman Yang Tak Dapat Dilupakan

Suasana bank di waktu tengahari memang sibuk.Kebanyakan pekerja akan mencuri waktu makan untuk menguruskan hal kewangan masing-masing. Nurindah duduk menunggu giliran sambil matanya memerhati kan seorang kanak-kanak lelaki yang berlari-lari anak di tempat menunggu. “Mama! Mama! Did you see that bird??!!” Pekiknya keriangan. Ibunya cuma menggeleng, senyum. ”Shhh..come here.” Sang anak berlari mendapatkan ibunya yang sedang menunggu giliran.Dia menyembamkan mukanya ke ribaan ibunya. Sang ibu mengusap rambut anak lelakinya.”Your hair smell nice.” “I hate it.” Sahut sang anak.”I hate that smell.” “Why?Children shampoo is nice what?” “I like people shampoo.Children shampoo not nice.”Sang anak merungut. Nurindah tersenyum, nyaris dia mahu ketawa mendengar rungutan sang anak itu. “Children shampoo is smell nice.” “Children shampoo is cheap.I like people shampoo.”Sang anak tidak mahu mengalah. “Children shampoo is more expensive compare to people shampoo.Beside, you a