Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 22 : Percaya

Percaya? Dia sudah penat untuk percaya.Dia tahu sepatutnya semakin matang, dia patut makin percaya tetapi lain jadinya. Kepercayaannya melupus seiring usia. Dahulu di waktu kanak-kanak, dia percaya yang ayahnya akan membina sebuah rumah untuk mereka. Walaupun rumah yang kecil, dia tetap seronok. Dia mahu percaya. Dia percaya saat ayahnya mula membuat tapak. Dia percaya waktu remaja saat ayah meminjam sedikit biasiswa untuk membeli tanah buat timbunan.Dia percaya saat dia sudah bekerja mengirim wang sedikit-sedikit. Dia mahu percaya, tapi hanya percaya.Rumah kecil yang diharapkan tak pernah ada. Maka dia berpura-pura untuk percaya. Dia mahu percaya pada ibunya. Ibunya yang setiap kali lemah dan jatuh apabila sesuatu yang buruk menimpanya. Ibunya yang sentiasa risau dia kelaparan. Ibunya yang selalu menangis kerana bimbang. Dia mahu percaya tapi dia takut kepercayaannya akan memudaratkan ibunya yang selama ini bersusah payah. Dia takut untuk percaya kerana bimbang ibunya akan menderit

Entri 21: Hati yang mendengar

Nurindah mengucapkan salam.Tak ada jawapan.Dia membuka pintu, kelihatan seorang gadis merenung di luar jendela.Nurindah mengucap salam.Sunyi.Tiada respon, mungkin dia sedang bergayut di telefon. Nurindah menekan punat tv. Gadis itu datang , menonton sekali. “Seorang je ke kat rumah hari ni?” Nurindah berbasa basi. Gadis itu buat tak dengar.Sedikit Nurindah tersinggung.Pekakkah budak ni?Sombong benar. “Yang lain ke mana?” Nurindah memancing lagi. Kebetulan gadis itu menoleh. Dia menunjukkan jari ke telinga dan mulut , kemudian menggoyangkan jarinya ke kiri ke kanan berulang kali sambil tersenyum. “Eh?’ Nurindah tidak percaya. Gadis itu berulang kali memberi isyarat yang sama. Maka fahamlah Nurindah, rakan barunya ini istimewa. Tidak dapat mendengar dan juga bercakap.Pekak dan bisu.Terasa bersalah kerana berburuk sangka. Dan perkenalan mereka bermula dengan tulisan-tulisan di atas kertas. Gadis itu bernama Yana, boleh menulis walaupun ayatnya agak tungging terbalik. Dan Nurindah mula

Entri 20:Doa

Tuhan, lindungilah dia seperti dia melindungi aku. Sayangilah dia seperti dia menyayangi aku. Berilah kekuatan untukku melindungi dan menyayangi dia. Redhailah dia. Jadikanlah aku anak yang soleh.Amin.

Entri 19 : Logik

Dia bangun paling awal, menyediakan makanan, membasuh pakaian, menyiapkan anak-anak, bersiap untuk bekerja. Dia tidur paling lewat dalam keadaan penat lelah, langsung tidak berkira walaupun suami tidak pernah peduli. Dia taat. Penyabarkah dia? Bodohkah dia ? Kalau wanita lain belum tentu dapat bertahan, mungkin sudah turun naik mahkamah untuk bercerai. Cinta benarkah dia pada suaminya hingga jadi buta begitu? Saat dia membancuh kopi pekat waktu petang untuk suami yang tak pernah berterima kasih, si anak bertanya, " Kenapa ibu buat semua ni?" Si anak tidak faham, jika mahu diikut logik, si ibu patut sudah lama meninggalkan ayah. Ibu jadi suri rumah, ibu juga bekerja untuk keras untuk anak-anak. Semuanya, ibu atau bapa , ibu yang tanggung, jadi buat apa ibu setia dengan ayah ? Pelik . Bukankah tak logik? Paling tidak ibu tak perlu ambil kisah tentang perkara-perkara kecil ayah seperti kopi , baju.Ayah tak pernah ambil peduli tentang ibu, kenapa ibu pula beria-ria ambil peduli t

Entri 18: Materi

Nurindah keletihan saat dia mengangkut barang masuk ke rumahnya di tingkat tiga. Dua tiga hari ini kerjanya mengangkut barang sahaja hingga dia terasa seperti jantungnya seperti mahu berhenti.Jika dia kaya, mungkin dia ada pembantu untuk menolong dia saat-saat begini. Kelihatan seorang lelaki seperti berlegar-legar di pintu rumah jirannya.Nurindah buat tidak peduli sehinggalah lelaki tersebut bertanya, “ Kakak, rumah ini ada olang kah?” Nurindah terpinga-pinga, dia sendiri tidak perasan.”Umm..rasanya ada.” Dia sendiri baru pindah, tapi dia tahu rumah di sebelahnya berpenghuni, satu keluarga dengan anak-anak yang masih lagi kecil. “Dua tiga hari ini rumah ini ada olang kah?” Lelaki itu bertanya, merenung tepat ke arah Nurindah. Nurindah gugup.”Maaf , tak perasan pula saya. Kenapa?” Dan dia terlanjur bertanya kenapa, padahal tak sepatutnya dia mengambil tahu hal orang. “ Opps.. maaf.” Nurindah serba salah apabila melihat muka lelaki tersebut seperti serba salah. Lelaki itu diam lama.

Entri 17 : Seperti mimpi

Mesej-mesej bermula atas nama persahabatan sehinggalah panggilan sayang membuatkan Nurindah tidak tenteram.Dia tidak mahu melayan tetapi tidak mahu digelar sombong. Baginya, cinta tanpa melihat adalah bohong.Kerana fitrah manusia adalah materi.Lelaki tidak boleh dipercayai sama juga seperti perempuan kerana kita adalah manusia biasa. Berulangkali dia mempersoalkan mengapa sang arjuna itu berani betul melontarkan puisi-puisi cinta yang dia sendiri tidak pernah dengar dan faham.Seperti di dalam mimpi, dia menyedarkan dirinya sendiri. Jangan Ya Laila Jangan terpedaya Apa yang kau lihat semuanya dusta Dusta yang fana pada Ya Laila Cinta yang fana tiada pengubat Jiwa mu yang lara -Yassin “Usahlah kau tertipu wahai Laila.”Pesannya kepada diri sendiri.Sayang yang terlampau singkat hinggap akan terbang dengan mudahnya.Seperti helang menangkap sang arnab, dan dia tidak mahu menjadi mangsa.Menaruh hati pada tempat yang tidak ketahuan akan membawa padah. Dan akhirnya mimpi berakhir juga saat d

Entri 16:Bahagia

Gadis itu berambut kerinting berkulit cerah, terbongkok-bongkok mengukur bendang.Lintah dan pacat sudah menjadi lumrah. Bajunya basah penuh keringat, dia mengelap dahinya dengan belakang tangannya. Selalunya dia tidak bersendirian , dia selalu mengerjakan bendang bersama ayahnya.Tapi beberapa hari yang lalu, ayahnya dipatuk ular, di bendang inilah dia menyaksikan ayahnya jatuh.Di bendang inilah badannya yang kecil mengendong ayahnya pulang ke rumah untuk bantuan. Lagu Ahmad Jais kedengaran sayup-sayup dari radio yang disangkut di tepi bendang.Dia berlari-lari anak mahu mendengar lagu kegemarannya.Dikuatkan sedikit bunyi radio tersebut. Dia dari keluarga yang susah.Pagi-pagi dia bangun, mengangkut air dari perigi untuk keperluan dapur.Kemudian mengerjakan bendang, ketika matahari makin meninggi dia akan bergegas untuk ke sekolah.Selang beberapa hari dia akan mencari kayu api bersama kakaknya. Dia merenung ke langit, ahh..matahari makin meninggi, dia harus cepat-cepat takut lam