Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 25: Syukur

Sudah dua malam dia tidur seawal pukul dua dan itupun langsung tidak lena. Sudah tiga hari dia mandi kerbau. Sudah tiga hari dia makan tak menentu. Ahh..betapa seronoknya jika dapat tidur lapan jam sehari. Mandi dan makan. Tidur paling lena adalah ketika penat, makanan yang paling sedap adalah ketika lapar dan mandi yang paling best adalah ketika kotor.

Entri 23 : Janji Nya

Manusia suka mengeluh. Apabila ditimpa kesusahan dia mengeluh. Apabila dikurniakan kesenangan dia kedekut. Apabila kita bersedih , kita selalu terfikir bahawa kitalah yang paling malang di dalam dunia. Nasib kitalah paling buruk.Kita sangat menikmati kesedihan itu sehingga memudaratkan diri kita sendiri. Kita bersedih atas kesusahan sehingga kita menuduh Tuhan yang bukan-bukan.Kita rasa seperti Tuhan mengejek kita.Kita rasa seperti Tuhan seronok menyeksa kita. Kita seperti anak kecil bukan? Menuduh dan memaki ibu kita sewaktu dia memaksa kita makan ubat. “Ibu jahat!!” Benarkan ibu jahat? Boleh jadi kamu benci sesuatu, tetapi ianya baik untuk kamu.Boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk untuk kamu. Jadi apa yang perlu dibuat bila diuji.Ujian menyedihkan ubatnya sabar. Manakala ujian yang menggembirakan harus dibalas rasa syukur dan terima kasih. Pahit dan manis.Sedih dan gembira.Sabar dan syukur. Bunyinya sempurna bukan? Mungkin segala-galanya dirampas dari kita dalam sekelip m

Entri 22 : Percaya

Percaya? Dia sudah penat untuk percaya.Dia tahu sepatutnya semakin matang, dia patut makin percaya tetapi lain jadinya. Kepercayaannya melupus seiring usia. Dahulu di waktu kanak-kanak, dia percaya yang ayahnya akan membina sebuah rumah untuk mereka. Walaupun rumah yang kecil, dia tetap seronok. Dia mahu percaya. Dia percaya saat ayahnya mula membuat tapak. Dia percaya waktu remaja saat ayah meminjam sedikit biasiswa untuk membeli tanah buat timbunan.Dia percaya saat dia sudah bekerja mengirim wang sedikit-sedikit. Dia mahu percaya, tapi hanya percaya.Rumah kecil yang diharapkan tak pernah ada. Maka dia berpura-pura untuk percaya. Dia mahu percaya pada ibunya. Ibunya yang setiap kali lemah dan jatuh apabila sesuatu yang buruk menimpanya. Ibunya yang sentiasa risau dia kelaparan. Ibunya yang selalu menangis kerana bimbang. Dia mahu percaya tapi dia takut kepercayaannya akan memudaratkan ibunya yang selama ini bersusah payah. Dia takut untuk percaya kerana bimbang ibunya akan menderit

Entri 21: Hati yang mendengar

Nurindah mengucapkan salam.Tak ada jawapan.Dia membuka pintu, kelihatan seorang gadis merenung di luar jendela.Nurindah mengucap salam.Sunyi.Tiada respon, mungkin dia sedang bergayut di telefon. Nurindah menekan punat tv. Gadis itu datang , menonton sekali. “Seorang je ke kat rumah hari ni?” Nurindah berbasa basi. Gadis itu buat tak dengar.Sedikit Nurindah tersinggung.Pekakkah budak ni?Sombong benar. “Yang lain ke mana?” Nurindah memancing lagi. Kebetulan gadis itu menoleh. Dia menunjukkan jari ke telinga dan mulut , kemudian menggoyangkan jarinya ke kiri ke kanan berulang kali sambil tersenyum. “Eh?’ Nurindah tidak percaya. Gadis itu berulang kali memberi isyarat yang sama. Maka fahamlah Nurindah, rakan barunya ini istimewa. Tidak dapat mendengar dan juga bercakap.Pekak dan bisu.Terasa bersalah kerana berburuk sangka. Dan perkenalan mereka bermula dengan tulisan-tulisan di atas kertas. Gadis itu bernama Yana, boleh menulis walaupun ayatnya agak tungging terbalik. Dan Nurindah mula

Entri 20:Doa

Tuhan, lindungilah dia seperti dia melindungi aku. Sayangilah dia seperti dia menyayangi aku. Berilah kekuatan untukku melindungi dan menyayangi dia. Redhailah dia. Jadikanlah aku anak yang soleh.Amin.