Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 34: Sihir

Dia seorang pegawai tinggi. Dia bukan calang-calang orang.Dia dihormati di tempat kerjanya malahan di luar. Kerjanya tidak terbatas di dalam negara, malah dia luar.New Zealand, Amerika,London katakan sahaja kebanyakan sudah dikunjungi. Dia mempunyai keluarga yang bahagia, anak-anaknya yang bijak, isteri yang cantik.Nyata dia sempurna.Namun panas tidak ke petang. Dia berkenalan dengan seorang pemandu teksi. Ke mana sahaja dan bila sahaja ada urusan , pemandu teksi ini sentiasa untuk berkhidmat.Baik dan mesra , begitu tanggapannya terhadap pemandunya ini, yang selalu menjemput dan menghantarnya ke lapangan terbang. Siapa tahu, pemandu teksi ada udang di sebalik batu.Hubungan yang akrab itu merupakan kesempatan.Pegawai yang bijak pandai ini disihirnya.Siapa tahu, sihir bukanlah perubahan yang boleh dikesan seperti letupan bom.Ianya seperti api di dalam sekam. Perlahan-lahan si pegawai ini menjadi hambanya.Gaji ribuan ringgit diserah bulat-bulat padanya, malah kredit kad juga.Peman

Entri 33: Rama-rama

Cantik.Berwarna warni dan sangat gemalai. Semua orang menikmatinya. Semua orang memujinya. Bunga dan rama-rama seperti irama dan lagu. Keindahan yang sempurna. Geli.Jijik dan memualkan. Jarang sekali yang menyukainya.Jika boleh mahu diracun.Merosak tumbuhan. Tetapi kita lupa, makhluk yang memualkan itu bakal menjadi rama-rama yang cantik. Apa agaknya perasaan rama-rama saat kita memujinya padahal dulu dia dihina?

Entri 32: Hambar

Tangannya mendial, mahu menelefon kawannya. Namun malam-malam begini mungkin sahabatnya yang jauh sibuk. Melayan anak dan suami. Hasratnya mati begitu saja. Dia mahu mendial lagi. Mahu mendengar cerita.Tetapi jika sang sahabat bertanya apa perkembangan barunya kini, apa yang mahu dijawab.Dia tidak ada cerita.Ceritanya hambar belaka. Lantas dia meletak gagang, biarlah telefon itu kaku di situ.Dia tidak ada cerita.

Entri 31: Sahabat Sejati

Sahabat sejati bukanlah sahabat yang sentiasa mengiakan kita. Dia juga bukannya yang sentiasa membangkang. Tetapi kerana dia ikhlas. Ikhlas mengiakan kita Ikhlas membangkang kita Ikhlas menerima kita Ikhlas itu bukan di mulut, tapi di hati. Dan ingat, ikhlas itulah yang paling berat.

Entri 30 : Penakut

Saya takut takut gelap takut pada kilat takut tak dapat tidur Saya takut takut menjadi tua takut kesunyian takut diabaikan Saya takut takut pada mati takut pada masa depan Saya takut saya mahu berselimut dan mengurung diri Saya takut saya menangis dan beritahu Tuhan Tolong...saya ini sangat penakut.

Entri 29 : Si Mata Biru

Nurindah membelek kasut satu demi satu. Dia mahu membuang masa, malas rasanya balik ke rumah.Masih lagi awal, dia bosan. Seorang kanak-kanak perempuan berambut emas,bermata biru berlari-lari anak di sekitar rak-rak kasut. Teguran sang ayah cuma disambut dengan gelak mengekek.Langsung tidak dihiraukan.Ibunya juga leka membelek kasut. Bukan orang Malaysia, teka Nurindah apabila mendengar perbualan mereka. Tiba-tiba kanak-kanak tersebut menerpa dan berdiri betul-betul di hadapan Nurindah. Matanya yang biru bersinar-sinar.Nurindah cuma tersenyum, berbasa basi. Kanak-kanak tersebut menghulurkan tangannya, membuka genggaman , terdapat sebiji gula-gula berwarna oren. Mahu diberikan kepada Nurindah. Nurindah tercengang tidak tahu berbuat apa.Lama si mata biru itu merenungnya ,genggaman tangannya masih lagi terbuka dengan gula-gula bulat yang masih lagi di situ. Perlahan Nurindah mengambil gula-gula tersebut.Budak itu tersenyum, menampakkan baris gigi yang putih melepak.Ketika itu juga sang b

Entri 28 : Kaktus

kamu gelak basikalmu tayarnya pancit kamu kata tiada siapa mahukan mu tiada kereta besar hanya basikal aku marah kamu tak pernah tahu tentang itu aku sentiasa di sisi mu dan kamu takkan pernah sedar aku kata berusaha supaya kamu bahagia kamu kata aku benci sebab kamu miskin aku diam namun doaku Tuhan saja yang tahu kamu sudah beli kereta besar hitam berkilat kamu bangga dan aku bahagia kamu bawa aku sekali naik keretamu tapi ianya tak sama saat aku naik basikalmu dan kau mengejarku bunga-bunga berkembang saat kamu datang tidak seperti dulu kamu seperti dikejar rerama kamu seperti gula dicari semut dan kamu tidak kesunyian lagi kamu kata kamu suka mawar merah cantik walau berduri saat itu aku sedar siapa aku walau berduri tapi aku hanyalah kaktus sendiri di padang pasir basikalmu masih ada bersamaku tayar yang pancit sudah ku tampal mungkin kamu pun sudah lupa itu basikal mu