Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 37:Yang tidak tersedar

Kepincangan 1 Berapa banyak kempen tentang aurat perempuan.Sekali dengar macam  inilah satu-satunya perkara asas dalam agama.Tetapi berapa banyak kempen tentang lelaki untuk menundukkan pandangan terhadap wanita? Alangkah indahnya jika kedua-dua ini seiring. Kepincangan 2 Berapa banyak kempen  untuk berpuasa, zakat, menutup aurat tetapi berapa kerat kempen tentang solat?Sedangkan solat itu tiang agama. Solat itu simple , practical di mana-mana asalkan bersih.Cuma mengambil masa dalam lebih kurang lebih lima minit.Tetapi berapa ramai  termasuk saya  yang menganggapnya susah dan menambah dan memberatkan hukum yang ringkas ini.Siapa tahu bahawa betapa wajibnya solat ini sehingga waktu sakit atau perang pun ada caranya kita untuk menghubungkan diri dengan yang Maha Esa. Lihatlah kita, kita meninggalkannya atas sebab kerja, shopping,Malunya apabila mereka yang baru memeluk Islam komited dengan solat kerana mereka tahu betapa pentingnya solat itu.Mereka solat di tepi jalan, tasik da

Entri 36 : Terasa dihukum

Acapkali tatkala mendengar berita yang sedih-sedih, ramai yang membuat analisis dan kemudian menjatuhkan hukuman.Lihat, jika ada berita bencana alam, kita akan terdengar, "Itulah bala dari Tuhan.Tuhan sudah marah." Memang ada baiknya menganggap begitu, kerana kita akan mengelak berbuat perkara yang dilarang.Tetapi siapa kita untuk membuat konklusi sama ada Tuhan marah atau sayang.Contoh yang lain, "Lihat, hidupnya mewah dan kaya raya.Tuhan sayang sama dia."Bukankah ayat ini membuatkan orang miskin seolah-olah dibenci Tuhan.Jarang kita kata,"Tuhan mengujinya dengan harta, semoga dia menjadi orang yang bersyukur." Jarang sekali bukan? Kita meletak kasih sayang Tuhan seperti itu, apabila diberi kesenangan bererti kita disayangi dan apabila ditimpa kesusahan kita terasa dibenci.Tahukah kita para nabi kebanyakannya menghadapi hidup yang susah? Cuba bayangkan jika ada orang yang menderita sakit seperti Nabi Ayub a.s , mungkin kita akan melabelkannya sebaga

Entri 35: Sabar

Sabar itu adalah yang paling sukar tapi yang paling disukai.Yang paling senang disebut, susah diukur dan   sukar dilihat mata kasar. Ya Rahman... Jadilah saya seorang yang penyabar. Jadilah saya seorang yang kuat. Jadikanlah saya seorang yang tabah. Atas segala ketentuan-Mu Yang saya tidak dapat ubah. Jadilah saya seorang yang redha. Maafkanlah dan redhailah saya.

Entri 34: Sihir

Dia seorang pegawai tinggi. Dia bukan calang-calang orang.Dia dihormati di tempat kerjanya malahan di luar. Kerjanya tidak terbatas di dalam negara, malah dia luar.New Zealand, Amerika,London katakan sahaja kebanyakan sudah dikunjungi. Dia mempunyai keluarga yang bahagia, anak-anaknya yang bijak, isteri yang cantik.Nyata dia sempurna.Namun panas tidak ke petang. Dia berkenalan dengan seorang pemandu teksi. Ke mana sahaja dan bila sahaja ada urusan , pemandu teksi ini sentiasa untuk berkhidmat.Baik dan mesra , begitu tanggapannya terhadap pemandunya ini, yang selalu menjemput dan menghantarnya ke lapangan terbang. Siapa tahu, pemandu teksi ada udang di sebalik batu.Hubungan yang akrab itu merupakan kesempatan.Pegawai yang bijak pandai ini disihirnya.Siapa tahu, sihir bukanlah perubahan yang boleh dikesan seperti letupan bom.Ianya seperti api di dalam sekam. Perlahan-lahan si pegawai ini menjadi hambanya.Gaji ribuan ringgit diserah bulat-bulat padanya, malah kredit kad juga.Peman

Entri 33: Rama-rama

Cantik.Berwarna warni dan sangat gemalai. Semua orang menikmatinya. Semua orang memujinya. Bunga dan rama-rama seperti irama dan lagu. Keindahan yang sempurna. Geli.Jijik dan memualkan. Jarang sekali yang menyukainya.Jika boleh mahu diracun.Merosak tumbuhan. Tetapi kita lupa, makhluk yang memualkan itu bakal menjadi rama-rama yang cantik. Apa agaknya perasaan rama-rama saat kita memujinya padahal dulu dia dihina?

Entri 32: Hambar

Tangannya mendial, mahu menelefon kawannya. Namun malam-malam begini mungkin sahabatnya yang jauh sibuk. Melayan anak dan suami. Hasratnya mati begitu saja. Dia mahu mendial lagi. Mahu mendengar cerita.Tetapi jika sang sahabat bertanya apa perkembangan barunya kini, apa yang mahu dijawab.Dia tidak ada cerita.Ceritanya hambar belaka. Lantas dia meletak gagang, biarlah telefon itu kaku di situ.Dia tidak ada cerita.

Entri 31: Sahabat Sejati

Sahabat sejati bukanlah sahabat yang sentiasa mengiakan kita. Dia juga bukannya yang sentiasa membangkang. Tetapi kerana dia ikhlas. Ikhlas mengiakan kita Ikhlas membangkang kita Ikhlas menerima kita Ikhlas itu bukan di mulut, tapi di hati. Dan ingat, ikhlas itulah yang paling berat.