Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 42 : Hidup yang sempurna

Hidup yang sempurna boleh dicapai jika kita mempunyai empat perkara. Apa itu? Kenderaan yang pantas.Yang boleh membawa kita ke mana-mana dengan cepat dan pantas.Ferrari atau Merc ? Rumah yang luas dan besar...mungkin ada kolam renang dua tiga biji dan kuda-kuda peliharaan. Lampu yang cantik.Mungkin masuk ruang tamu saja dah nampak lampu yang rekaannya berseni-seni dan mewah. Pakaian yang cantik dan mewah.Sutera? Sempurnalah hidup ini kalau kita mempunyai semua di atas.Mari kita teliti apa yang dimaksudkan. Kenderaan yang pantas ialah ketajaman akal fikiran.   Rumah yang besar dan luas ialah kesabaran dan kelapangan dada. Lampu yang cantik dan bercahaya ialah ilmu pengetahuan. Dan yang terakhir pakaian yang terbaik adalah akhlak yang mulia. Jadi sudah sempurnakah hidup kita?

Entri 41: Sesuci Maryam

Saya mendengar ceritanya tentang putus cinta.Saya juga mendengar keluhannya tentang kesunyian.Dan saya juga kekadang penat mendengar cerita kehilangan. Saya tidak tahu nak komen apa.Saya tak ada apa nak komen.Mungkin lebih baik saya menjadi pendengar. Kalau saya ingin katakan sesuatu, mungkin akan membuatkan rasa sakit hati.Kerana apa yang mereka mahu adalah insan yang sudi mendengar tentang keluh kesah.Jadi mengeluhlah seadanya, mengeluhlah seolah-olah kita ini paling malang.Paling diuji Tuhan. Kita lupa, bahawa Tuhan menguji kita kerana memangnya dunia ini tentang ujian, samada senang atau susah. Namun apabila mendengar keluh kesah orang, saya melihat diri saya sendiri.Dahulu saya akui, saya adalah orang yang berputus asa, cepat mengeluh, malah sekarang pun hidup saya masih kelam kabut.Tapi insyaAllah, saya cuba memperbaiki diri.Saya tahu ujian saya banyak, begitu juga orang lain.Bukankah hidup ini ujian? Saya diuji dengan bapa yang keras hati.Tidak perlu lah saya ceritakan p

Entri 39 : Hujan

Adakah kamu lihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan atau Kami yang menurunkannya? Jika Kami kehendaki,nescaya Kami jadikan ia masin, maka mengapakah kamu tidak berterima kasih?                                                          -56 : 68-70

Entri 38 :Sayangilah diri sendiri

Sayangilah diri sendiri.Indahnya ungkapan seringan bicara. Bagaimana?Bagaimana jika sewaktu dia dilahirkan, dia dibuang ke dalam sampah?Dia dilirik anjing liar, dikerumuni semut. Dia dikutip oleh badan kebajikan dan bersama mereka yang senasib dengannya.Dibuang, ditinggalkan , dibenci. Kemudian dia diangkat.Bahagianya cuma seketika, manusia kadang sayangnya tak berpanjangan , hangat-hangat tahi ayam.Dia merempat, dibenci, dijijik. Hari ini saat dia mencari sisa dari tong sampah, dia  terbaca sesuatu, "Sayangilah diri anda.Anda begitu berharga." Dia tercari-cari berapa harganya?Dia dibuang dicemuh dibenci.Dia tidak tahu nilai dirinya.Begitu berhargakah?Alangkah hipokritnya dunia, sayangilah diri jika mahu disayangi.Bagaimana mahu menyayangi diri jika dia begitu dibenci.Bagaimana mahu memaafkan diri jika tiada siapa  yang memaafkan dirinya. Mungkin ayat yang lagi tepat ,"Sayangilah orang lain, semoga anda turut disayangi."

Entri 37:Yang tidak tersedar

Kepincangan 1 Berapa banyak kempen tentang aurat perempuan.Sekali dengar macam  inilah satu-satunya perkara asas dalam agama.Tetapi berapa banyak kempen tentang lelaki untuk menundukkan pandangan terhadap wanita? Alangkah indahnya jika kedua-dua ini seiring. Kepincangan 2 Berapa banyak kempen  untuk berpuasa, zakat, menutup aurat tetapi berapa kerat kempen tentang solat?Sedangkan solat itu tiang agama. Solat itu simple , practical di mana-mana asalkan bersih.Cuma mengambil masa dalam lebih kurang lebih lima minit.Tetapi berapa ramai  termasuk saya  yang menganggapnya susah dan menambah dan memberatkan hukum yang ringkas ini.Siapa tahu bahawa betapa wajibnya solat ini sehingga waktu sakit atau perang pun ada caranya kita untuk menghubungkan diri dengan yang Maha Esa. Lihatlah kita, kita meninggalkannya atas sebab kerja, shopping,Malunya apabila mereka yang baru memeluk Islam komited dengan solat kerana mereka tahu betapa pentingnya solat itu.Mereka solat di tepi jalan, tasik da

Entri 36 : Terasa dihukum

Acapkali tatkala mendengar berita yang sedih-sedih, ramai yang membuat analisis dan kemudian menjatuhkan hukuman.Lihat, jika ada berita bencana alam, kita akan terdengar, "Itulah bala dari Tuhan.Tuhan sudah marah." Memang ada baiknya menganggap begitu, kerana kita akan mengelak berbuat perkara yang dilarang.Tetapi siapa kita untuk membuat konklusi sama ada Tuhan marah atau sayang.Contoh yang lain, "Lihat, hidupnya mewah dan kaya raya.Tuhan sayang sama dia."Bukankah ayat ini membuatkan orang miskin seolah-olah dibenci Tuhan.Jarang kita kata,"Tuhan mengujinya dengan harta, semoga dia menjadi orang yang bersyukur." Jarang sekali bukan? Kita meletak kasih sayang Tuhan seperti itu, apabila diberi kesenangan bererti kita disayangi dan apabila ditimpa kesusahan kita terasa dibenci.Tahukah kita para nabi kebanyakannya menghadapi hidup yang susah? Cuba bayangkan jika ada orang yang menderita sakit seperti Nabi Ayub a.s , mungkin kita akan melabelkannya sebaga