Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 44: Nikmat

Dia tertanya kenapa kebelakangan ini matanya pedih-pedih, nafasnya sesak.Dia tidak perasan nikmat yang penting makin beransur hilang.Dia tidak sedar kerana seumur hidupnya dia tidak perasan pun itu satu nikmat.Dia tertanya-tanya apakah nikmat yang diberi Allah selama ini? Hidup bosan, rutinnya sama, tidak terasa nikmat. Dia terbatuk-batuk, dilihat ke luar, cuaca seperti mendung tapi tidak kerana awan.Cahaya matahari yang malap.Jika cuaca cerah cuaca itu baik, dan jika hujan selalunya dia menafsirkan cuaca itu buruk.Tapi sekarang saat badannya lemah dia memohon, semoga hujan lebat turun.Membersihkan udara, kerana baru dia tersedar oksigen adalah antara nikmat yang penting.Udara yang bersih, yang membolehkan dia melakukan rutin yang sama setiap hari. Allah yang mengirimkan angin,lalu angin itu menghalau awan, sehingga terbentang di atas langit, sebagaimana dikehendaki-Nya, dan dijadikan-Nya awan it berkelompok-kelompok, kemudian kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya.Maka apa

Entri 43 : Sampah

Pukul 8.25 pagi, hari kerja.Nurindah terburu-buru sambil tangannya menjijit bungkusan sampah.Sudah lambat ke pejabat, dia nyaris berlari ke tempat pembuangan sampah. Seorang lelaki tua bertopi sedang membuka bungkusan plastik sampah saat Nurindah menjengul kepala.Nurindah memekup hidung , dengan hanya sebelah kaki memasuki ruang sampah, dia menghayun bungkusan sampah.Tepat jatuh ke dalam tong sampah.Yes!Nurindah tersenyum dan pakcik tua turut tersenyum. Nurindah cepat-cepat berlalu, dan lelaki tua itu membelek bungkusan sampah yang dilempar Nurindah tadi.Mencari barang kitar semula agaknya.Berapalah harga sampah-sampah tersebut?Nurindah berfikir dalam hati. Saat dia menunggu enjin keretanya panas, dia termenung.Teringatkan orang tua yang beberapa kali terserempak dengannya di tempat pembuangan sampah.Pemandangan orang mengumpul sampah-sampah, mencari nilai dari buangan orang sudah biasa di bandar-bandar.Sesuap nasi bukanlah semudah disangka. Di kampung, pemandangan sebegini san

Entri 42 : Hidup yang sempurna

Hidup yang sempurna boleh dicapai jika kita mempunyai empat perkara. Apa itu? Kenderaan yang pantas.Yang boleh membawa kita ke mana-mana dengan cepat dan pantas.Ferrari atau Merc ? Rumah yang luas dan besar...mungkin ada kolam renang dua tiga biji dan kuda-kuda peliharaan. Lampu yang cantik.Mungkin masuk ruang tamu saja dah nampak lampu yang rekaannya berseni-seni dan mewah. Pakaian yang cantik dan mewah.Sutera? Sempurnalah hidup ini kalau kita mempunyai semua di atas.Mari kita teliti apa yang dimaksudkan. Kenderaan yang pantas ialah ketajaman akal fikiran.   Rumah yang besar dan luas ialah kesabaran dan kelapangan dada. Lampu yang cantik dan bercahaya ialah ilmu pengetahuan. Dan yang terakhir pakaian yang terbaik adalah akhlak yang mulia. Jadi sudah sempurnakah hidup kita?

Entri 41: Sesuci Maryam

Saya mendengar ceritanya tentang putus cinta.Saya juga mendengar keluhannya tentang kesunyian.Dan saya juga kekadang penat mendengar cerita kehilangan. Saya tidak tahu nak komen apa.Saya tak ada apa nak komen.Mungkin lebih baik saya menjadi pendengar. Kalau saya ingin katakan sesuatu, mungkin akan membuatkan rasa sakit hati.Kerana apa yang mereka mahu adalah insan yang sudi mendengar tentang keluh kesah.Jadi mengeluhlah seadanya, mengeluhlah seolah-olah kita ini paling malang.Paling diuji Tuhan. Kita lupa, bahawa Tuhan menguji kita kerana memangnya dunia ini tentang ujian, samada senang atau susah. Namun apabila mendengar keluh kesah orang, saya melihat diri saya sendiri.Dahulu saya akui, saya adalah orang yang berputus asa, cepat mengeluh, malah sekarang pun hidup saya masih kelam kabut.Tapi insyaAllah, saya cuba memperbaiki diri.Saya tahu ujian saya banyak, begitu juga orang lain.Bukankah hidup ini ujian? Saya diuji dengan bapa yang keras hati.Tidak perlu lah saya ceritakan p

Entri 39 : Hujan

Adakah kamu lihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan atau Kami yang menurunkannya? Jika Kami kehendaki,nescaya Kami jadikan ia masin, maka mengapakah kamu tidak berterima kasih?                                                          -56 : 68-70

Entri 38 :Sayangilah diri sendiri

Sayangilah diri sendiri.Indahnya ungkapan seringan bicara. Bagaimana?Bagaimana jika sewaktu dia dilahirkan, dia dibuang ke dalam sampah?Dia dilirik anjing liar, dikerumuni semut. Dia dikutip oleh badan kebajikan dan bersama mereka yang senasib dengannya.Dibuang, ditinggalkan , dibenci. Kemudian dia diangkat.Bahagianya cuma seketika, manusia kadang sayangnya tak berpanjangan , hangat-hangat tahi ayam.Dia merempat, dibenci, dijijik. Hari ini saat dia mencari sisa dari tong sampah, dia  terbaca sesuatu, "Sayangilah diri anda.Anda begitu berharga." Dia tercari-cari berapa harganya?Dia dibuang dicemuh dibenci.Dia tidak tahu nilai dirinya.Begitu berhargakah?Alangkah hipokritnya dunia, sayangilah diri jika mahu disayangi.Bagaimana mahu menyayangi diri jika dia begitu dibenci.Bagaimana mahu memaafkan diri jika tiada siapa  yang memaafkan dirinya. Mungkin ayat yang lagi tepat ,"Sayangilah orang lain, semoga anda turut disayangi."