Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Entri 102: Lapang dada

Tak dapat dibayangkan jika aku di tempat Nabi Yusuf a.s Mungkin berjuta-juta  rungutan ku lemparkan Bukankah sepatutnya adik beradik kita yang menolong kita? Perlu ke aku memaafkan sedang mereka yang memporak perandakan hidupku? Tergamak mereka memisahkan anak dari bapa dan membuang saudara mereka hidup hidup dalam telaga. Manusia apakah itu? Dan setelah aku bersusah payah  berkhidmat kepda majikan dengan penuh setia, hanya kerana aduan si isteri aku dijentik ke penjara.Padahal sudah terang terang aku tidak bersalah.Dasar orang kaya tak sedar diri! Dan aku akan bertanya tanya kenapa AKU? Patutkah aku ampuni kejahatan kejahatan lampau mereka ini? Kira aku ini nyanyuk senang-senang mahu memaafkan mereka? Akan tetapi Nabi Yusuf sekadar berkata Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. 1

Entri 101 : Masa Depan

Masa depan itu untuk dicipta bukan diramal Rancanglah dan bekerjalah selebihnya bertawakal Risau perkara-perkara yang tidak-tidak hanya membazirkan waktu hidup Peruntukkan masa untuk berusaha, berehat dan berserah Berserah itu seperti memaafkan Belajarlah untuk let go perkara-perkara yang di luar jangkauan Kerana kita manusia Maka rancangan kita dibatasi oleh fitrah manusia Kerja kita hanyalah setakat kemampuan makhluk Serahkanlah selebihnya kepada yang Khaliq Biarkan Dia memperbaiki kerja kita Berdoalah agar hati menjadi tenteram Moga moga masa depan kita lebih baik Selamat tinggal 2018, tentunya kita tak akan berjumpa lagi. Moga moga aku menjadi orang yang sentiasa belajar dan memberi. Menara Binjai, Kuala Lumpur.

Entri 100 : Maaf

Maafkanlah dirimu sahabat jika setiap hari engkau awal tapi hari ini engkau lewat. Maafkanlah dirimu jika selama ini kau bekerja keras tapi hari ini kau tidak berbuat apa apa. Maafkanlah dirimu yang tadi terleka dan alpa  Maafkanlah dirimu yang semalam yang melalui kegelapan Maafkanlah dirimu moga moga kau mendapat kekuatan memaafkan orang lain Maafkanlah moga moga  kemaafan itu  menjadi belas Tuhan ke atas mu di sana.

Entri 99 : Jam

Orang kata kalau nak melambatkan masa kita perlu cepat. Makin kita laju, masa makin lambat. Kalau nak banyak masa kena gunakan sebanyak mungkin.Makin banyak guna , makin banyaklah masa. Perkara yang paling jauh dan sentiasa makin menjauh adalah masa yang berlalu , maka hargai masa sekarang kerana walaupun hanya satu saat yang berlalu takkan kita dapat mencapainya.

Entri 98 : Kasih ibu

"Semalam mak tidur rumah tok.Mak kan dah berapa lama dah tak balik kampung. Dua bulan dah kut." Emak bercerita."Mak tido dengan tok.Tok mu kapok mak.Mak rasa seronok behawa la."Ada sedikit terharu pada nada suara emak. "Emak..."Nurindah gelak, terasa pelik bila emak yang berusia 60 tahun bermanja dengan nenek. "Mak rasa seronok macam muha seronok bila mak kapok muha .Habis hati rasanya." Anak walaupun seratus tahun umurnya tetaplah anak kecil pada pandangan ibunya. "Ni mak nak tanya ni, bulan ni Along tak beri duit kat mak ka?" "Dak mak oo.Along pinjam bulan ni nak bayar homestay boleh?.Bulan depan Along ganti. Okpa deh ? Mak tak cukup ka bulan ni?" " Dak mak pun kering gak bulan ni. Takpa lah. Mak ingat nak buat kuar lima ratus dari tabung mak. Mu rasa cukup dak?" "Eh, tak tuh la mak." "Ka mak nak kuar seribu?Takut mu tak cukup nak urus semua. Kut kut mu nak cuti takda gaji."

Entri 97 : Doa

DIA TIDAK TAHU APA YANG DIFIKIRKAN.Fikirannya melayang entah ke mana. Jalan dari rumah ke Masjid Wilayah tidak perlu guna Waze.Jalan yang sama dilaluinya dua kali seminggu sejak beberapa bulan yang lalu. Entah kenapa dia tidak masuk ke simpang yang sepatutnya tetapi terus ke Bukit Tunku yang sunyi sepi itu. "You're perfect , you always looking for improvement." Dia tidak tahu apa lagi personal development yang harus ditulisnya. "Improve communication skills." Dia menulis. "I never think you have communication skills, you communicate with us perfect." Diam.Dalam hati, mungkin masalah kurang keyakinan.Selalu dia perasan orang tidak faham apa yang hendak disampaikan. Sempurna.Sempurna itu subjektif, berbeza untuk setiap orang. Hidup orang lain sentiasa nampak sempurna Sedangkan... setiap pagi dia berlatih senyum semasa mandi setiap hari dia cuba luangkan masa untuk membaca. setiap malam dia akan susun to-do list. setiap detik dia