Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 106 : Ulat

"Tahukah anda perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu?" "Rama-rama cantik, kupu-kupu tak cantik?" "Salah." Azizul senyum, sudah biasa dengan anggapan streotype , bersangka tanpa usul periksa. Rama-rama memang kebanyakannya berwarna warni tapi ada juga yang warnanya lusuh. Jadi perbezaan cantik dan tidak adalah subjektif. Berwarna warni tidak semestinya tak cantik. Ulat yang menjadi rama-rama tidak gatal dan tidak berbulu.Manakala ulat yang gatal dan berbulu akan bertukar menjadi kupu-kupu. "Nah, cubalah sentuh.Yang ini tak gatal." Ulat-ulat kecil berwarna hijau kuning dalam peti jernih disua. Gadis itu menggeleng walaupun dia nampak berminat.Tak kira gatal atau tidak, dia lebih redha hidup dalam sangkaan ulat itu menggelikan tanpa mahu cuba sentuh. Tipikal. Azizul senyum dan bersabar menerangkan tentang rama-rama dan kupu-kupu. Apabila rama-rama berehat, ianya akan menutupkan sayapnya tetapi kupu-kupu akan mengembangkan sayapnya

Entri 105 : Culik

Saya kena culik! Huh Selama mungkin lima minit. Pagi itu seperti biasa Nurindah berjalan keluar dari apartment mahu menuju ke LRT. Dia bukan tergesa-gesa. Dia mahu menikmati pagi itu betul betul. Berilah peluang kepada orang lain yang mungkin bangun lambat mahu kejar LRT dan pelbagai masalah dalam hidup. Berjalan sambil melihat burung bermata merah yang bising di bawah pokok palma yang ditanam entah sejak bila di kawasan apartmentnya. Seekor tupai yang setiap kali muncul - sendirian. Kasihan! Saat dia mahu membuka gril di pondok penjaga, seorang wanita bertongkat tergesa-gesa merempuhnya. Eh, orang lain yang buka pintu orang lain pula yang masuk. Wanita itu berjalan tercapik capik dengan laju menuju ke sebuah kereta yang menunggunya di situ. "Nak pergi LRT ke?!" Tanyanya kasar. Nurindah tergumam gamim, eh dia tanya aku ke? "Nak pergi LRT ke?!" dia ulang. "Ya."Nurindah menjawab sebab takada orang lain kat situ. "Naik cepat." sa

Entri 104 : Aoraki

Dunia ini busuk dan jijik Penuh dosa Jika itu yang kau fikir semata Alangkah sayangnya Dunia ini dikurniakan untuk mu Bernafas dari hijau pohon-pohon Meneguk air suci dari sungai-sungai Ianya tanda kasih sayang Pencipta Dijadikan bumi sebagai hamparan Langit yang teduh dari teriknya matahari Tiada bayaran, percuma tetapi sempurna Jika kita lupa Dia ingatkan Supaya kita sentiasa belajar Dunia indah ini  ringkas dan kompleks Indah dan buruk bergumpal sekali Jadi pesanNya jangan ambil mudah Jangan tamak Dan janganlah kau bersedih Teruskanlah belajar Senyumlah selalu Sentiasalah menjaga antara satu sama lain Kerana seindah mana pun dunia ini Ianya cuma tempat singgah Untuk kau mengumpul bekal Saujana mata memandang Semegah tersergamnya Aoraki Pasti juga kau meninggalkannya Kerana kau adalah pengembara Moga moga kau sampai ke destinasimu Yang sudah kau pilih siap siap di dunia ini.

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Entri 102: Lapang dada

Tak dapat dibayangkan jika aku di tempat Nabi Yusuf a.s Mungkin berjuta-juta  rungutan ku lemparkan Bukankah sepatutnya adik beradik kita yang menolong kita? Perlu ke aku memaafkan sedang mereka yang memporak perandakan hidupku? Tergamak mereka memisahkan anak dari bapa dan membuang saudara mereka hidup hidup dalam telaga. Manusia apakah itu? Dan setelah aku bersusah payah  berkhidmat kepda majikan dengan penuh setia, hanya kerana aduan si isteri aku dijentik ke penjara.Padahal sudah terang terang aku tidak bersalah.Dasar orang kaya tak sedar diri! Dan aku akan bertanya tanya kenapa AKU? Patutkah aku ampuni kejahatan kejahatan lampau mereka ini? Kira aku ini nyanyuk senang-senang mahu memaafkan mereka? Akan tetapi Nabi Yusuf sekadar berkata Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. 1

Entri 101 : Masa Depan

Masa depan itu untuk dicipta bukan diramal Rancanglah dan bekerjalah selebihnya bertawakal Risau perkara-perkara yang tidak-tidak hanya membazirkan waktu hidup Peruntukkan masa untuk berusaha, berehat dan berserah Berserah itu seperti memaafkan Belajarlah untuk let go perkara-perkara yang di luar jangkauan Kerana kita manusia Maka rancangan kita dibatasi oleh fitrah manusia Kerja kita hanyalah setakat kemampuan makhluk Serahkanlah selebihnya kepada yang Khaliq Biarkan Dia memperbaiki kerja kita Berdoalah agar hati menjadi tenteram Moga moga masa depan kita lebih baik Selamat tinggal 2018, tentunya kita tak akan berjumpa lagi. Moga moga aku menjadi orang yang sentiasa belajar dan memberi. Menara Binjai, Kuala Lumpur.

Entri 100 : Maaf

Maafkanlah dirimu sahabat jika setiap hari engkau awal tapi hari ini engkau lewat. Maafkanlah dirimu jika selama ini kau bekerja keras tapi hari ini kau tidak berbuat apa apa. Maafkanlah dirimu yang tadi terleka dan alpa  Maafkanlah dirimu yang semalam yang melalui kegelapan Maafkanlah dirimu moga moga kau mendapat kekuatan memaafkan orang lain Maafkanlah moga moga  kemaafan itu  menjadi belas Tuhan ke atas mu di sana.