Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 112 : Pakcik Assalamualaikum

Jalan Terminal Putra memang sibuk pagi pagi. Sibuk dengan kereta dan manusia ke stesen LRT Gombak. Dalam sibuk sibuk begitu pejalan kaki terutama Muslim yang melalui pedestrian terpaksa menunaikan satu tanggungjawab yang diwajibkan iaitu menjawab salam. Sepasang suami isteri berusia emas menjual nasi lemak di tepi jalan. Sepanjang di situ setiap yang lalu akan disapa dengan lafaz Assalamualaikum. Jarang sekali mereka lepaskan peluang pahala memberi salam. “Assalamualaikum!” Kadang kadang ditambah dengan pertanyaan “sihat?”Tentunya diiringi dengan senyuman. Lama lama mereka yang melalui jalan itu sudah biasa dengan rutin baru, senyum dan menjawab salam. Moga moga rutin pagi ini menjadikan hari hari mereka dirahmati.

Entri 111 : Nurani

Dia merenung ke luar jendela . Pemandangan negeri Kedah dari atas memang menakjubkan.Beberapa kepulan awan nipis  memutih seperti gula kapas berarak perlahan lahan menambahkan keindahan.Petak petak hijau,sungai sungai kecil sangat jelas disuluhi matahari pukul 10.00. Sudah beberapa bulan Malaysia dilanda jerebu maka pemandangan jelas seperti kristal ini adalah sesuatu yang dirindui. Gadis Cina di sebelahnya khusyuk menonton filem.Tadi mereka sama sama menunggu siapakah yang bakal duduk di kerusi nombor 26F tetapi masing masing lega kerana insan tersebut tidak muncul muncul . Mendapat  tiga kerusi untuk dua orang di dalam kapal terbang kelas ekonomi memang mengujakan. Dia beranjak ke kerusi 26F,menikmati pemandangan sambil memikirkan apa yang patut ditaip . Sedang gadis di sebelahnya pula beranjak ke kerusi tengah, menarik meja di kerusi yang di sebelah lagi dan mengatur laptopnya kemas kemas.Dia menyiapkan panggung wayang kecilnya.Masing masing menyelesakan diri untuk penerbanga

Entri 110 : Syawal 1440

Kali ini raya betul betul raya. Sebelum ini trafik mungkin biasa biasa saja tapi kali ini dekat Baling pun boleh jam . Jarak setengah jam mungkin jadi berjam jam.Menderitalah siapa yang menjadi runner , keluar beli tepung jagung mungkin terkandas separuh hari di jalan. Kali ini orang betul betul balik kampung. Kali ini orang betul betul nak ziarah saudara mara. Dan kali ini insta , facebook boom kebaboom dengan #raya2019 #syawal1440 tag. Meriahnya raya di alam maya diharap sama meriah raya di dunia nyata. Sedih makcik makcik bawang, kalau sudah takda siapa nak membawang sekali bila masing masing sibuk membawang di phone . Sedih lagi ibu , saudara mara yang sibuk mengemas tapi yang menolong hanya sekadar memegang penyapu sambil berkata ,’Mak mari selfie !’ Dan orang tua itu tersenyum sumbing bila disuruh bergambar berkali-kali dek kerananya pose nya tak cukup Instagrammable .Dan bertambah tambah terkilan si ibu bila selesai senyum yang dibuat buat masing masing duduk menempe

Entri 109 : Rapuh

"Selamat berpuasa, kerja shif malam ke?" "Haah , ye. Kau tau tak Adi jatuh?" "Huh jatuh?!!Tak tau." "Laa... aku ingat kau tau." "Tak tau weh. Kenapa?" "Kau tau kan depan Menara Binjai jalan  ada besi-besi?" "Besi besi untuk orang buta." "Adi jatuh tersepak benda tu. Pecah lutut weh." "Hahhh??!!!" "Serius... masa jatuh tu dia call aku tak leh jalan.So kita orang turun tapi takleh nak angkat takut jadi lagi teruk so call ambulan." "Ya Allah." "Besi-besi tu sekarang diorang dah buang. Aku kerja ni ganti shif dia la.Seminggu dia kat hospital.Sekarang MC kat rumah." Teringat sahabat yang terpeleok kaki dekat ruang pejalan kaki di Freemantle. Balik Malaysia jumpa doktor didapati tulang retak. Manusia ini rapuh, sekelip mata saja semuanya boleh berubah. Tanpa jangkaan. Sungai Chiling

Entri 108 : 27

Seingatnya ini pertama kali dia berbuka di masjid. Suasananya mengimbau kenangan mengerjakan umrah. Sama-sama menunggu Maghrib dengan kueh mueh. Ada yang memotong buah dan memberikannya kepada mereka yang berdekatan. Berbuka puasa dengan hati yang cukuplah apa yang ada. Kalau ada rezeki ada lagi nasi, jika tidak rezekinya mungkin moreh di kedai mamak nanti. Alhamdulillah. Hiruk pikuk orang ramai di rumah Allah, tak kira tua muda , kaya miskin. Mirip Mekah dan Madinah. Dalam setahun ada sebulan untuk umat ini berusaha untuk solat berjemaah. Teraweeh. Saat solat, kedengaran gelak tawa anak-anak. Dan yang maraton berlari di ruang kosong pemisah lelaki dan wanita. Ada yang menangis. Pihak masjid ada menyediakan tempat asuhan anak-anak tetapi ianya terpulang kepada ibu bapa. Mungkin ada yang mengatakan anak-anak ini bising dan menghina rumah Allah, mengganggu kekhusyukan jemaah.Perspektif! Jika dilarang ke mana-mana anak ini akan pergi? Ibu bersama anak kecil tinggal di ru

Entri 107 : Lapan

3 Ramadhan 1440 , hari ini hari ketiga Ramadhan dan hari pertama saya berpuasa. Adik saya datang ke rumah bermalam, hari ini dia ada temuduga. Moga-moga dia dapat pengalaman baru dan gaji baru. Saya tertidur lepas sahur, mungkin rutin saya terhenti sekejap apabila tiba-tiba adik datang menjenguk. Saya sakit perut, mungkin kerana makan pedas semalam. Pertama kali makan nasi ambeng, selalu nampak saja dijual tapi tak reti makan.Kali ini dapat belajar makan nasi ambeng. Pagi-pagi bersiap cantik cantik tinggal nak buka pintu nak keluar, perut memulas. Akhirnya terus ke  tandas. Pakai baju cantik cantik dan semangat nak kerja alihnya ke klinik. Klinik Aminah - ini kali ketiga saya ke klinik.Saya tak ingat bila kali terakhir saya ke klinik.Syukur sebab saya masih sihat. Saya suka klinik ini kerana doktornya suka bercerita tentang kehidupan. Usia doktor mungkin sudah lebih 70 an, dilahirkan sebelum Malaysia merdeka. Mungkin itu membuatkan saya rasa nasihatnya boleh diterima dipakai.

Entri 106 : Ulat

"Tahukah anda perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu?" "Rama-rama cantik, kupu-kupu tak cantik?" "Salah." Azizul senyum, sudah biasa dengan anggapan streotype , bersangka tanpa usul periksa. Rama-rama memang kebanyakannya berwarna warni tapi ada juga yang warnanya lusuh. Jadi perbezaan cantik dan tidak adalah subjektif. Berwarna warni tidak semestinya tak cantik. Ulat yang menjadi rama-rama tidak gatal dan tidak berbulu.Manakala ulat yang gatal dan berbulu akan bertukar menjadi kupu-kupu. "Nah, cubalah sentuh.Yang ini tak gatal." Ulat-ulat kecil berwarna hijau kuning dalam peti jernih disua. Gadis itu menggeleng walaupun dia nampak berminat.Tak kira gatal atau tidak, dia lebih redha hidup dalam sangkaan ulat itu menggelikan tanpa mahu cuba sentuh. Tipikal. Azizul senyum dan bersabar menerangkan tentang rama-rama dan kupu-kupu. Apabila rama-rama berehat, ianya akan menutupkan sayapnya tetapi kupu-kupu akan mengembangkan sayapnya