Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 126 : Hitam

Gelap padang pasir Ditinggalkan  berseorangan Bersama anak kecil  Terdesak dia hingga berlari lari antara dua bukit berulang kali Namun bersangka buruk pada Tuhannya tidak sekali Dia langsung tidak tahu Tuhannya mahu megurniakan zamzam Dia tidak perlu tahu  Cukuplah dia tahu bahawa Tuhannya takkan pernah mensia siakan hambaNya Dilukis dengan Samsung Sketch Book

Entri 125 : Langit

Mendarat lapangan terbang antarabangsa Siem Reap pada pukul lebih kurang 10 setengah malam agak memenatkan. Seorang pemandu teksi berusia 30 puluhan bermuka Melayu menyambut mereka ramah dengan bahasa Inggeris yang fasih. "Dari mana belajar Inggeris?" "Dari sami-sami, kemudian belajar bercakap dengan pelancong di sini-sini.Di sini yuran universiti sangat mahal, jadi kebanyakan kami belajar begini." Tidak mengejutkan jika kanak-kanak yang menjual cenderahati di sini boleh berbahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan pelbagai bahasa yang lain. Yang mengejutkan adalah bila dia mengenangkan dirinya yang sendiri masih merangkak-rangkak belajar bahasa Arab, Mandarin atau Inggeris padahal kemudahan belajar di Malaysia sangatlah murah dan mudah di Malaysia. Terpukul sejenak bila memikirkan dia setiapkali beribu alasan untuk belajar sedang di sudut dunia ini ada yang belajar bermodalkan kecekalan. Serba kekurangan. "Mekah ini gersang, tidak ada laut ata

Entri 124 : Pencarian

Kenapa aku suka mengembara? Soalan itu ditanya berkali-kali pada diri sendiri. Mungkin sebab orang lain buat, maka kewajiban bagiku untuk memastikan petak kosong wish list di- tick sebelum umur berapa berapa seperti orang lain? Dengan hashtag # lifegoal mungkin. Mungkin untuk gambar gambar cantik buat tatapan orang lain di muka Facebook dan Insta ? Biar! Rasakan ledakan photo bomb ku! Kalau tak suka sila UnFollow . Begitu ? Atau mungkin mencari sesuatu yang baru samada pengalaman atau jodoh seperti kebiasaan orang-orang bujang sepertinya? Jadi selepas merayau ke sana sini di bumi Tuhan ini,apa yang anda mahu sebenarnya? Seseorang yang tahu semua perkara? Setiap kali dia bermusafir dengan harapan moga moga menjumpai sesuatu yang baru tetapi tidak. Dia menjumpai dirinya, setiap kali. Wajah-wajah manusia yang biasa dilihat. Penat, sedih , keliru, tenang dan seribu satu rasa yang sukar dihadam oleh hati. Saat dia meletakkan dahi, sujud di atas s

Entri 123 : Lepaskan

Jika tangan anda penuh, anda takkan pernah dapat memegang perkara lain walaupun itu adalah perkara yang paling anda inginkan! Sudah lebih seminggu atau berbulan-bulan yang lalu dia merancang apa yang hendak dibawa untuk kembara Indo-Cina. Antara tempat yang ingin dilawati adalah Vietnam, Laos, Thailand dan Cambodia. Apabila sahabatnya mengajaknya seperti orang mengantuk disorong bantal. Kembara sebelas hari merentasi Thailand, Cambodia dan Vietnam. Dia kata ya walaupun jauh di sudut hati sebenarnya dia takut. Takut jika belangnya atau belang sahabatnya terserlah semasa kembara. Apa jadi bila hubungan yang baik itu tercalar dek adanya drama-drama semasa mengembara? Dan juga kembara itu disertai dengan dua orang kawan baru. Dibuatnya mereka ini tidak ngam , bagaimana? Orang kata, kalau nak tahu sahabat kita itu baik atau tidak, mengembaralah bersama. Petua sesetengah orang jika nak lihat seseorang itu sesuai menjadi pasangan bawalah dia mengembara. Mengembara - dalam erti

Entri 122 : Sarapan

Khamis, hari kedua dia berada di Malaysia setelah 11 hari mengembara. Masih berusaha membetulkan rutin harian yang ditinggalkan seminggu lebih. Jerebu dijangka bertambah teruk hari ini. Pagi pagi sesudah membasuh kain dia bergegas ke pejabat. Memakai topeng muka N95 setiap kali ke luar rumah bukanlah rutin yang menyenangkan. Tetapi lebih baik pakai dari sakit. Lapar, dalam perjalanan dia memikirkan sarapan apa. Dikerlingnya jam, baru pukul 8.30 pagi. Wahh masih awal pagi ini. Kenapa perutnya lapar benar? Semua gerai tutup! Pelik. Dia melintasi Starbuck yang betul betul di tingkat bawah pejabatnya - perlu dielakkan di waktu hujung bulan begini terutamanya apabila dia sudah berbelanja bagai nak rak di Ho Chi Minh tempoh hari. Sanggup dia menuruni tingkat B1 dan singgah di News.com . Rak roti kosong , samada roti segera atau tidak. Pelik sekali. Masih awal tetapi kenapa semua sarapan yang diidamkan licin? Dia mengerling ke jam sekali lagi. Aduh, rupanya waktu jam Fitbit ma

Entri 121 : Dia yang pilih

Emak susah hati. Abah susah hati. Abang Ngah susah hati. Angah susah hati. Dia susah hati. Semua susah hati. Lembu korban yang ditempah berbulan lalu masih tak kunjung tiba. Mulanya dijanjikan dua hari sebelum raya, kemudian setelah ditanya menjadi sehari sebelum hari raya dan hari ini hari raya. Belum nampak lagi susuk lembu. Hendak dimarah tukang jual, bukan pertama kali mereka membeli. Korban ditetapkan hari raya kedua. Saudara mara dipanggil, tentulah yang paling laju sebelah emak.Mereka faham yang korban ini pertama kali bagi emak.Jadi tak kisahlah berkonvoi sejauh 20 km lebih dari Cheruk Bemban demi memudahkan urusan korban emak. Tapi yang penting lembunya di mana? Dari pagi raya sehingga lanjut petang. Emak sudah bincang dengan saudara maranya yang boleh tolong buat korban sebab ini pertama kali keluarga ini buat korban. Dah terbayang-bayang bagaimana susahnya nak rebahkan lembu.Buatnya lembu mengamuk macam mana? "Takpa kak, lepaih kami habih di sini kami t

Entri 120 : Kaca Mata

Dia batuk. "Maaf cikgu, saya batuk tak dapat hadir ke kelas." "Dah berapa lama batuk tu?" "Dekat seminggu juga." "Cuba check takut takut terkena sihir."  Yang berkata itu mahir tentang perkara-perkara sihir, ilmu ghaib dan sewaktu dengannya.Tentulah itu yang difikirkan dahulu. Senyum.Sedikit orang itu tahu bahawa dia batuk seminggu tanpa mengambil sebarang ubatan. Dek takut makan ubat, maka dia tunggu dulu dengan minum air limau panas, ambil supplement . Sekarang pula musim jerebu. Mungkin dia terkena sihir atau mungkin dia sakit disebabkan jerebu. Sangat berbeza tu! Dari kaca mata pengamal perubatan roh , kemungkinan disihir, diganggu jin atau dicintai jin. Pergilah klinik mana pun, buatlah pembedahan banyak mana pun jika tidak dibuang boleh bawa mudarat! Dari kaca mata doktor, kebanyakan yang sakit kerana jerebu, minum air tak cukup dan makan tak jaga.Doktor membebel, makan suka hati malas senaman kemudian salahkan jin pula!