Kalau ikut hati nak publish hari Rabu tapi dek disebabkan jemu terkurung dalam rumah saya publish jer la. Tadi lepas Subuh saya tertidur dan bermimpi pergi shopping baju dan handbag . Perkara yang anda perlu tahu, Pertama , saya jarang bermimpi. Mengigau jarang lagilah kan. Kedua, saya shopping baju dan beg? Bukan tak pernah tapi jarang. Nampak sangat kan, kesan terkurung dalam rumah. Sampai boleh mimpi pergi mall beli baju pun dah nikmat kan? Nikmat pergi kerja dan balik kerja, Nikmat kerja kat dalam office. Nikmat makan kat luar. Nikmat jumpa kawan kawan. Tapi kan, sebosan mana pun terperuk dekat rumah ni apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang bekerja siang malam nak selamatkan nyawa. Yang kerja dekat hospital , termasuk security , tukang masak , tukang cuci. Yang kerja polis, bomba dan sebagainya. Jemunya saya duduk rumah boleh lagi scroll Instagram dan Facebook.Gaji jalan juga buat masa sekarang walaupun stress bekerja. Stress bekerja sebenarnya nikmat s
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com