Baru-baru ini dia mendaftar untuk pertandingan larian secara maya. Suka-suka untuk memaksa dirinya bergerak. Bukannya dia tidak bergerak cuma seminggu sekali dan musim-musim covid begini makin jarang dia bersenam. Lagipun kesihatannya bertambah baik, rutin regangan semakin teratur jadi mengapa tidak keluar dan berjalan-jalan. Itu hematnya ketika mendaftar. Dia tidak berniat untuk berlari pecut kerana kesihatan tidak mengizinkan. Jika dia sihat sekalipun dia tidak mahu berlari pecut atau apa-apa melainkan melakukan sesuatu dengan penuh timbang rasa ( mindful ). Dia tidak mahu berbuat sesuatu hanya mengikut-ngikut atau kerana memenuhi masa. Antara perkara yang dia mulakan adalah melakukan sesuatu dengan sebab dan timbang rasa terutama dalam dunia yang penuh pertandingan ini. Maksimum jarak untuk mendapatkan hadiah utama ialah 21 km berupa jam digital. Jadi dia mengira-ngira dan membahagi tempoh masa lebih kurang 20 hari, jadi jika dia berjaya berjalan paling maksimum 1.5 km sehari maka
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com