Langkau ke kandungan utama

Entri 2: Naif

“Hari ni ada budak baru cikgu!” Rizal memekik bagaikan Nurindah pekak. “Iya?” Nurindah tersenyum, mengerling ke arah seorang budak lelaki yang kelihatan tekun menulis sesuatu di atas buku.Nurindah tahu, budak itu sengaja menconteng buku untuk menghilangkan keresahannya. “Kamu.”Nurindah menegur. Budak yang berjambul perang dan bermata bulat itu mengangkat muka. “Bangun kenalkan diri.” “Rambut dia color , cikgu.” Pantas Wafi menyampuk.Kelas yang terdiri dari tujuh orang kanak-kanak gamat seketika. “Cikgu nama dia panjang cik-“ “Shhh...bagi peluang dia bercakap.” Nurindah memotong cakap Rizal. Rizal berusia sebelas tahun adalah di antara yang paling banyak bercakap itu terdiam. “Siapa nama kamu?”Nurindah berlembut. “Nama saya Muhd Danish Putera Hang Jebat bin Mustaqeem.”Budak itu bersuara tegas.Ada sedikit bangga pada ton suaranya. Nurindah terlopong.Betulkah apa yang didengar, Hang Jebat? “Ulang sekali lagi.” Pintanya bersungguh-sungguh. Kali ini budak itu kelihatan malu-malu.”Umm..Muhd Danish Putera Hang Jebat bin-“ “Abang dia nama Hang Tuah, cikgu!” Hakim menyampuk.Gamat kelas dengan ketawa kanak-kanak. “Shhh... Hang Jebat mahu dipanggil apa?”Nurindah bergurau. Muka budak itu makin memerah.”Danish.” “Danish darjah berapa?” “Darjah empat.” “Dia sama dengan Muhammad, cikgu.” Najmi pula menyampuk. Si Muhammad yang juga belajar di darjah empat cuma tersipu malu. Dia membetulkan songkoknya.Di antara Najmi,Rizal,Wafi,Baiti dan Maryam , Muhammad adalah yang paling pendiam.Sekarang bertambah lagi seorang pelajarnya, Danish. Karakter sebenarnya masih belum diketahui. “Okey. Hari ni kita akan belajar fotosintesis dan respirasi.”Nurindah menulis di papan putih. “Cikgu burung belatuk dalam Inggeris apa cikgu?” Rizal membelek-belek kamus. Nurindah menggeleng.Ada sahaja yang mahu menukar tajuk. “Hawk.Kawan saya dia masuk hutan,dia cakap burung belatuk tu hawk.” Danish menyampuk. “Hawk?” Sekali lagi Nurindah menggeleng. Dan kelas pun bermula dengan riuh rendah suara kanak-kanak yang sentiasa riang tanpa memikirkan kesedihan yang pernah dialami. Kenakalan mereka membuatkan kadang-kadang Nurindah terlupa yang mereka adalah datang dari kehidupan yang menyedihkan.Jika tidak masakan mereka berada di sini sedangkan mereka patut bergembira bersama keluarga. Melihat kerenah mereka membuatkan Nurindah sendiri tidak pasti samada dia pernah mengalami zaman kanak-kanak.Mereka sangat jujur dengan perasaan mereka, tidak takut mengatakan sesuatu dan berani melakukan apa sahaja yang difikirkan betul. Kenapa apabila dewasa, kita lupa akan sifat-sifat penting ini.Adakah manusia apabila dewasa menjadi semakin penakut? Takut melukakan hati orang lain atau sebenarnya takut dengan diri sendiri? Nurindah tidak dapat menjawab.Dia guru tetapi masih banyak lagi yang perlu dipelajari daripada muridnya.Naif.Dia masih lagi naif.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba