Langkau ke kandungan utama

Entri 49 : Abi Bahagian 2 - Sunyi

"Tengok Abi, ekornya macam helipkopter."

Mereka sama-sama ketawa melihat telatah Abi.Badannya kecil, perutnya bulat kerana kekenyangan dan apabila dia 'excited' ekornya bergoyang dan berpusing 360 darjah layaknya.

Cuma dia seekor sahaja yang hidup setelah dua ekor adik beradiknya mati.Tapi kegembiraan mereka tidak lama kerana Abi menunjukkan tanda-tanda sakit.Dia mula tak lalu makan.

"Macam mana ni?" Risau.Tak mahu kehilangan satu-satunya anak kucing yang comel.Daerah ini tidak ada klinik haiwan.

"Macam ada cacing."Beritahu ibu, dialah yang menjaga dan merawat Abi sepanjang anak-anaknya bekerja.Nurindah dan adiknya cuma menjaga semasa hari cuti Sabtu dan Ahad.

Tiba-tiba Nurindah terfikir ubat cacing yang memang sudah ada di rumah."Cuba emak bagi ubat cacing tu, belah ubat cacing tu kepada empat bahagian.Bagi makan dekat Abi satu perempat."

"Boleh ke?" Ibu ragu-ragu.

"Habis nak buat macam mana? Abu sebelum ni mati sebab cacing." Nurindah pernah dengar ibu kata, kalau kecacingan tidak dirawat selalunya diakhiri dengan kematian untuk kes anak kucing.

Ibu membuat seperti apa yang dicadangkan.Keesokan harinya, ibu menelefon Nurindah,memberitahu yang cacing dari najis Abi sangat banyak.Lebih dari 10 ekor.Bayangkan dalam perut sekecil itu, patutlah boleh membawa kematian.

Abi kelihatan pulih dan cergas semula.Lega.Dia bermain sendirian.Ada seekor lagi kucing jantan dewasa di rumah itu tapi seperti tak ada.Dia cuma balik waktu makan atau tidur, waktu lainnya dihabiskan di luar.Pernah ibu merungut,"Rumah ni dibuat macam hotel saja."Sekali dengar seperti ibu membebel tentang anak, tapi sebenarnya ibu membebel tentang kucing.

"Kasihan dia,keseorangan." Kalaulah ada anak kucing lain yang boleh menemani Abi.Kami mula mencari anak kucing lain, bertanyakan sanak saudara dan memerhatikan anak-anak kucing terbiar.Mana tahu ada calon yang sesuai?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba