Langkau ke kandungan utama

Entri 183 : I am fine, thank you

Nota : Perbualan berlaku dalam bahasa Inggeris. Entri ini menterjemahkan kebanyakannya dalam Bahasa Melayu.

Suasana petang menjadi sibuk pada waktu pagi London.  Pasukan di Malaysia akan mengemaskini status tugasan sebelum diserahkan kepada pasukan London.

"Hello, Nur how are you?" Suara Ivan kedengaran ceria seperti kebanyakan harinya.
"I am fine." Dia menyahut sambil menaip nota di monitor.

Tiba-tiba suasana menjadi sunyi dan hambar. "Umm..." Dari fon telinga kedengaran seperti Ivan teragak-agak untuk terus bersuara.

Aneh, kerana selalunya tidak begitu.

"Wait..." Nur seperti dapat meneka kenapa. Naluri wanitanya atau mungkin kerana dia sudah biasa berbual melalui fon maka dia dapat mengesan sesuatu yang tidak kena, 

"Is it because I am woman? I mean you though I am not fine although I replied I am fine." 

Nur berterus terang. Lagipun dia pernah melihat artikel tentang cara mentafsirkan ayat daripada wanita tetapi dia menyangkakan itu cuma gurauan. Mungkin Ivan juga pernah membaca tentang ini.

Kedengaran  Ivan ketawa besar. "Ya, benar. I thought you just having bad day. Actually I am glad that you realized it." Tentunya lega kerana mendapati Nur tidak bad mood. Kebanyakan I am fine dari wanita tidak mencerminkan mereka keadaan yang sebenar. Tersalah cakap berkemungkinan mengakibatkan kesan yang fatal.

"Ya, saya faham. Kita selalu keliru dengan kebanyakan perbualan antara lelaki dan perempuan. Tapi jujur, I am fine, I am truly fine."

Perbualan diteruskan baik-baik sahaja. Namun dalam fikiran Nur dia memikirkan, ini bukan pertama kali berlaku. Mungkin kerana ton suaranya. Bukan setakat "I am fine." tetapi banyak perkara yang kadang-kadang punca salah faham.

Selepas ini, jika dia tidak mahu menggunakan I am fine, apa alternatif perkataan yang boleh digunakan. Tetapi dalam hati dia merasa ralat.

Wanita manalah yang sejenis tak berterus terang dan menyebabkan segala perkataan wanita termasuk dia yang bendul ini juga di-decode-kan.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba