Langkau ke kandungan utama

Entri 201 : Kenapa dipikul biawak tu?

 Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri sendiri

Jika perkara ini tak berlaku dalam masyarakat, pepatah ini takkan ada. Manusia bijak mengambil pengajaran dan selalunya menggunakan alam untuk mencerminkan sesuatu.

Jikalah ini berlaku dalam dunia biawak, saya terfikir adakah peribahasa seperti 'bagaikan mengendong manusia hidup' wujud dalam masyarakat biawak?

Bagaimana nak mengatasi manusia yang bercirikan biawak hidup?

Katakan tidak. Tidak pernah terlambat pun untuk mengatakan tidak. Kita memang akan mengambil masa untuk mengenali spesis biawak ini, kadang-kadang apabila sudah lama berkawan,  sudah terbuang masa, wang dan tenaga. Kesalahan yang paling besar ialah menangguh-nangguhkan atau memikirkan ianya sudah terlambat. Biawak akan gembira, ianya sejenis yang akan mengambil kesempatan selagi mana ada orang yang sudi memikul mereka. Jadi selama mana anda masih berkira-kira, selagi itulah biawak itu akan membebankan belakang awak. Cara nak hilangkan beban, mudah sahaja iaitu dengan meletakkan biawak itu ke tanah.

Mendidik biawak. Katakan tidak adalah salah satu cara untuk mengajar biawak. Biawak takkan tahu berjalan sendiri selagi anda mendukungnya. Biawak akan memikirkan mendukungnya itu adalah kerja yang mudah. Jadi letaklah ia di bawah, biarkan ia berjalan. Ia akan faham betapa susah nak berjalan dengan beban di atas bahu. Kebanyakan spesis biawak tidak faham jika anda hanya menegur secara teori, mereka memerlukan pengalaman untuk belajar.

Kenakan bayaran atau beritahu bayaran awal-awal. Bayaran tidak  semestinya dalam bentuk wang. Ingat, anda  perlu menanggung kos sakit bahu dan tulang belakang dan juga masa, tenaga yang anda telah gunakan untuk memikul biawak.  Jangan tunggu  sakit belakang dan tak boleh berjalan baru nak beritahu. Kemungkinan besar biawak itu lari dan mencari orang lain yang sihat untuk memikulnya. Manusia normal tak kisah dengan bayaran yang dikenakan dan faham konsep memberi dan menerima tetapi biawak tak faham. Ingat,  biawak tidak suka bertanggungjawab.

Bagaimana hendak mengenali biawak?

Ianya memang mengambil masa untuk mengenali biawak tetapi jika anda pernah melalui pengalaman memikul biawak, ianya menjadi sangat mudah. Naluri anda akan memberitahu anda seawal anda berkenalan dengannya kemudian terpulang pada anda untuk memastikannya. 

Selalunya ciri-ciri paling utama ialah ia mempunyai minda mangsa. Apa sahaja solusi, selalunya mereka akan mempertanggungjawabkan atas orang lain. Dari segi kebersihan banyak perkara yang kita boleh tahu. Ada orang yang suka-suka hati sahaja membiarkan barang mereka membusuk, pinggan mangkuk tak terbasuh dengan harapan orang lain tolong basuhkan. Kalau setakat sekali dua tertinggal pinggan kat sinki tu tak apa. Ataupun memang ada tugasan membasuh pinggan yang dibahagikan tak apa. 

Ini yang memang habitnya begitu. Sekali tinggal orang basuhkan. Jarang dia nak ucapkan terimakasih. Apabila ada orang bising suruh basuhkan atau tiba-tiba berhenti membasuh, selalunya dia akan sentap dan berkata, "ala pinggan sebiji pun tak boleh basuhkan ke?!"

Selalunya biawak hidup tidak gemar membersih dan kalau bersih pun sekadar melepaskan batuk di tangga. Selalunya mereka suka dianggap baik.  Mereka tak kisah pun kalau orang lain bersusah payah membersihkan rumah tetapi mereka akan tidak senang kalau tiba-tiba mereka terpaksa membersihkan. Menjadi manusia perlu mempunyai keseimbangan memberi dan menerima tetapi biawak kedekut, tidak suka memberi dan lebih senang menerima.

Jikapun mereka mempunyai orang gaji, selalunya mereka tidak akan membayar setimpal untuk orang gaji dan mereka akan sentiasa menyusahkan orang gaji.  Manusia yang bertanggungjawab akan memastikan mereka adil terhadap pembantu mereka tetapi biawak akan menyusahkan pembantu mereka.

Ini tidak terhad kepada kebersihan. Biawak selalunya menghadapi kesusahan dalam banyak perkara dan punca masalah mereka kebanyakannya boleh diselesaikan dengan memperbaiki diri. Tetapi biawak tidak suka memperbaiki diri, mereka tidak suka berjalan sendiri. Kalau boleh mereka hendak baring menunggu makanan disuap. Kunyah pun kalau boleh tak mahu. Selalunya sifat kebiawakan ini datang sekali dengan set pemalas, pengotor dan suka merungut. Jika diberi solusi pun, mereka tidak mahu menerimanya. Jika mereka suka memperbaiki diri dan suka menyelesaikan masalah, mereka dah bukan lagi biawak.

Mereka akan salahkan orang lain, keadaan malah Allah pun kalau boleh hendak disalahkan. Hidup susah salahkan ibu bapa. Hidup susah salahkan pasangan. Hidup susah sebab dilahirkan ke dunia. Seumur hidup merungut dan kalau boleh batu kayu pun hendak disalahkan. 

Mereka mudah mempertanggungjawabkan urusan dekat orang lain tanpa membayar apa-apa pun. Mereka mudah meminta tolong tetapi sukar nak beri pertolongan. Mereka ini tak ada masa, duit atau tenaga untuk orang lain. Ada sahaja alasan. Akan tetapi kalau mereka hendakkan pertolongan, mereka akan siap aturkan masa untuk kita. Biawak akan menganggap dirinya keutamaan dalam setiap hal.

Biawak kalau sudah biasa didukung, ia akan marah jika anda tiba-tiba berhenti mendukung. Jangan terkejut bila anda meletakkan ia ke tanah ia akan bertanya,'Kenapa selama ni kau boleh dukung aku? Kenapa tidak sekarang?' Seperti biasa dia akan mencari-cari salah anda. Dia tidak mahu faham yang selama ini anda sakit.

Kadang-kadang anda masih mengendong biawak kerana anda tidak mahu dipandang buruk. Yalah, nanti kalau biawak tu mengumpat anda dekat orang lain macam mana? Biawak memang suka spesis yang menjaga air muka ni. Senang hendak dimanipulasi biawak.

Kita boleh merungut pasal biawak seumur hidup tetapi suatu hari nanti kita akan ditanya, kenapa kita pikul juga biawak tu? Sudah habis ke perkara yang hendak dipikul dalam dunia ini sehinggakan anda memilih untuk memikul biawak hidup? Kalau biawak tu sudah mati tak apalah, memang kena pikul untuk dikambus.

Entri ini tidak relevan jika anda suka memikul biawak. Tidak menjadi masalah pun jika anda menyukai cabaran. Masalahnya jika anda merungut. Takut-takut nanti anda bertukar menjadi biawak secara tidak sedar. Jadi, berhentilah merungut. Letaklah biawak tu ke tanah dan biarlah dia berjalan sendiri. 

Mengeluh itu berjangkit. Hati-hati apabila berkawan dengan si pengeluh, ianya menjadikan anda pengeluh juga.

Nota : Dalam dunia biawak yang sebenar, tiada siapa yang memikul biawak. Malah biawak pun tak suka dipikul melainkan anda mencari nahas. Biawak akan berdikari mencari bangkai untuk dimakan. Maafkan kami biawak kerana menggunakan anda untuk peribahasa ini.

Rujukan : Bahaya mengeluh




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba