Langkau ke kandungan utama

Entri 228 : Johnny Depp vs Amber Heard (Adakah ianya satu konspirasi?)

 Sekarang memang banyak perkara yang berlaku di seluruh dunia. Salah satu yang agak aneh adalah perbicaraan kes saman fitnah antara Johnny Depp dan Amber Heard. Saya baru tahu kes ini beberapa hari selepas raya dan mengikutinya secara intensif dengan menonton siaran Live dan video-video yang berkenaan dengan kes ini.



Saya memang tidak tahu menahu kes ini tetapi saya tahu Johnny Depp kerana dia banyak berlakon filem yang meletup-letup. Semua orang sangat mengenali watak Captain Jack Sparrow dalam Pirate of Carribean dengan Johnny Depp. Tak boleh bayang jika orang lain yang berlakon sebagai Captain Jack Sparrow. Akan tetapi saya secara peribadi saya menyukai watak Johnny Depp dalam Alice in Wonderland. Malah saya tidak menyangka Johnny Depp juga memegang watak Willy Wonka. Lain benar watak-wataknya dalam setiap filem. Apabila melihat trailer The Rum Diaries, eh kacak juga rupanya.

Kes saman fitnah antara Johnny Depp dan Amber Heard rupanya bukan kisah perceraian yang biasa-biasa sepertinya sudah ada unsur konspirasi. Di sini saya ringkaskan kronologi kes ini

2009 - JD dan AH bertemu ketika melakukan penggambaran The Rum Diari

2012 - JD dan AH mula menjalinkan hubungan ketika ini.  JD berpisah dengan kekasihnya Vanessa Paradise setelah 14 tahun bercinta. Mereka malah sudah mempunyai dua orang anak Lily Rose dan John Christopher. Malah dikatakan AH juga berpisah dengan pasangannya, AH seorang lesbian ketika ini. 

2014 - Mereka bertunang

2015 - Mereka berkahwin dalam upacara yang tertutup

2016 - AH memfailkan cerai selepas 15 bulan berkahwin. Dia mendapatkan perintah sekatan sementara terhadap Depp, mendakwa dia menderanya semasa di bawah pengaruh dadah dan alkohol.Depp menafikan tuduhan itu dan penyelesaian $7 juta telah dicapai di luar mahkamah pada Ogos 2016. Heard berjanji untuk menderma wang itu kepada badan amal.

Mereka mengeluarkan kenyataan bersama pada masa itu menyatakan, "Hubungan kami sangat ghairah dan kadang-kadang tidak menentu, tetapi sentiasa terikat dengan cinta. Kedua-dua pihak tidak membuat tuduhan palsu untuk keuntungan kewangan. Tidak pernah ada niat untuk membahayakan fizikal atau emosi."

2018 - Heard menulis op-ed untuk The Washington Post pada Disember 2018 tentang layanan terhadap wanita dalam kes penderaan domestik. Dia tidak menyebut nama Depp.

2019 - Depp menyaman Heard sebanyak $50 juta kerana memfitnah karyanya di Washington Post, dengan mendakwa ia menjejaskan kareer dan nama baik Johnny Depp. Amber Heard berusaha untuk menolak tuntuntan tersebut tetapi gagal, maka Amber mengemukakan saman balasnya bernilai $100 juta sedang berjalan.

2020 - Pada 2020, Depp mengheret penerbit The Sun ke mahkamah atas tuduhan fitnah di UK berhubung artikel 2018 yang mendakwa dia melakukan kekerasan terhadap Heard. Depp menafikan semua dakwaan kekerasan. Heard memberi keterangan dalam kes itu, mendakwa pada satu ketika Depp mengancam untuk membunuhnya "berkali-kali." Mahkamah UK mendapati dakwaan akhbar itu "sebahagian besarnya benar," dan Depp telah ditolak rayuan.

2022 - Perbicaraan untuk kes fitnah Depp terhadap Heard bermula di Virginia pada 12 April. Johnny Depp menafikan dia melakukan kekerasan tetapi menuduh Amber lah dalang sebenar yang melakukan kekerasan terhadapnya. Muka Johnny pernah dicucuh dengan api rokok. Malah hujung jari tengah Johnny putus dan terpaksa menerima rawatan apabila Amber membaling botol ke arahnya. Pada waktu itu, Johnny merahsiakan kisah tersebut dari doktor demi melindungi Amber.Malah ada ketika Johnny memerlukan rawatan, Amber berkata,"bukan masanya."

Sekarang apabila semua orang dapat menyaksikan kes ini, maka Johnny berpeluang untuk bercerita kisahnya. Menurut Johnny, dia hilang keyakinan diri kerana sering dihina. Malah dia juga mendakwa Amber juga pernah curang ketika menjadi isterinya.

Peguam Heard berkata dalam satu kenyataan pembukaan bahawa Depp "akan cuba mengubah kes ini menjadi wayang."

Ketika ini netizen mula mengorek gambar, video-video sebelum ini dan membandingkan dengan keterangan-keterangan Johnny di mahkamah. Menurut netizen kata-kata Johnny masuk akal. Malah gambar-gambar Johnny ketika menjadi suami Amber muram dan cengkung sehinggakan ada satu video ketika Johnny ditanya pesanannya terhadap peminatnya, dia berkata,"saya takut dan keliru, saya tak tahu nak buat apa, I want to go HOME." Malah Johnny Depp juga mendapat sokongan dari bekas-bekas kekasihnya. Anaknya Lily-Rose mengatakan ayahnya seorang yang penyayang. 

Ketika perbicaraan Johnny Depp mengatakan anaknya Lily tidak sebulu dengan Amber. Dia tidak menghadiri upacara perkahwinan mereka. Hah, itu bukankah petanda terbesar bahawa ada sesuatu yang tidak kena? Jika keluarga ataupun anak kita tidak menyukai pasangan kita, maka berhati-hatilah ya. Malah menurut Johnny, upacara perkahwinan mereka dipenuhi dengan kawan-kawan Amber berpesta dengan dadah dan alkohol.

Johnny mula mengalami masalah kewangan ketika berkahwin dengan Amber sehinggakan berlakon filem-filem yang berkualiti rendah. Dia juga mengambil lebih alkohol dan dadah.Malah disebabkan fitnah Amber, wataknya sebagai Captain Jack Sparrow dilucutkan, malah dia disuruh berhenti berlakon dari filem Fantastic Beast. Segelintir peminat Johnny Depp juga semakin was-was apabila dia dituduh sebagai kaki pukul isteri.

Ketika ditanya peguam, berapa kos kemusnahan yang ditanggung akibat kes ini, dia menjawab "Nothing less than everything."

Malah ada audio yang direkod ketika Amber Heard seolah-olah mencabarnya,"Pergilah, pergilah beritahu satu dunia bahawa kamu Johnny Depp, seorang lelaki; mangsa keganasan rumah tangga!"

Peguam bertanya apa respon kamu terhadap audio ini. Johnny menjawab,"Yes, I am." Dia juga mengatakan usianya sudah 58 tahun, dia sudah tidak kisah menang atau kalah yang penting peminatnya tahu siapa dia. Mungkin sebab itu perbicaraan disiarkan secara live. Malah netizen boleh menonton semula rakaman, saya menontonnya dari channel Law & Crime Network.

Setakat hari ini, kemenangan seperti tidak berpihak kepada Amber Heard. Dia memberikan keterangan yang tidak selari dengan bahan bukti. Malah ceritanya berubah-rubah. Malah banyak jawapan-jawapannya terkantoi. 

Cerita Amber Heard sangat meragukan. Dia menerangkan betapa kekerasan tersebut berlaku dengan teruk sehingga giginya seperti lari ke bibir, malah hidungnya patah akan tetapi tidak ada gambar bukti tentang kecederaan beliau. Malah ada gambarnya menghadiri acara selepas pergaduhan tersebut berlaku langsung tidak menunjukkan lebam atau sebarang luka.Johnny Depp adalah seorang pemakai cincin yang tegar. Cincin Johnny semua besar-besar.Malah dalam keterangan sebelum ini juga Amber mengatakan dia tidak pernah tahu bila Johnny Depp tidak memakai cincin. Maka peguam bertanya, bagaimana mukanya boleh kelihatan sempurna sedangkan dia dipukul teruk oleh Johnny.

Apabila ditekan oleh peguam, dia menjawab,"Makeup, make-up boleh cover."
"Make up boleh cover bengkak?"
"Kalau bengkak guna ais."

Malah ada ketika dia menjawab dia tidak mengambil gambar atau berjumpa doktor dan ada ketika dia mengatakan dia sudah memberikan segala-galanya kepada peguam tetapi peguamnya pula tidak mahu menunjukkan kepada juri.

Sehingga ada waktu dia mengatakan laporan yang ditandatangani oleh doktor yang ditemuinya tidak lengkap kerana tidak ada laporan fizikal. Secara tak langsung, dia seolah-olah menyalahkan doktor tersebut. Peguam Johnny menempelak, kemungkinan kerana tidak ada kecederaan sebab itu tidak ada gambar atau laporan.

Malah Amber kantoi tentang kenyataannya menderma 7 juta kepada badan kebajikan. Ingat tak cerita sebelum ini? Wang yang didapati dari perceraian dengan Johnny Depp. Pada mulanya Johnny Depp mahu membayar terus kepada rumah kebajikan tersebut tetapi Amber menghalangnya. Amber menuduh Depp mahu mengambil pelepasan cukai. Jika Depp mahu membayar kepada badan kebajikan tersebut secara terus, dia mesti membayarnya dua kali ganda dan dengan kadar segera. Maka akauntan Depp membayar kepada Amber. Tahu apa jadi dengan duit tu? Amber tak bayar pun dekat badan kebajikan tersebut. Apabila disoal peguam, dia memberi alasan bahawa dia tidak sempat membayar kerana Johny menyamannya.

Peguam Johnny menempelak kerana Johnny menyaman Amber 13 bulan selepas itu. Yang paling kantoi, duit yang sampai kepada badan kebajikan dibayar oleh Elon Musk. Duh, lelaki terkaya dunia. Nampaknya Amber bukan calang-calang wanita.

Saksi-saksi yang dikemukakan oleh Amber juga sangat lemah. Kebanyakan mereka juga sepertinya minum arak dan mengambil dadah, malah Johnny juga melakukan perkara yang sama. Eh, jika Amber sangat risau tentang masalah dadah dan alkohol Johnny tetapi dia seperti menyokong malah juga kaki minum dan mengambil dadah. Malah  menumpang hidup secara percuma di rumah Johnny. Bayangkan adik, kawan kepada adik malah kekasih kepada kawan adik semua tinggal di rumah Johnny secara percuma. Bila difikirkan kehidupan Johnny rasa kasihan pun ada juga, cuba bayangkan anda hidup seorang diri dan membayar semua tetapi rumah itu dipenuhi dengan kroni-kroni isterinya. Malah yang paling aneh, jika berlaku kekerasan bukankah sepatutnya rakan-rakannya yang juga sedar hal itu mengambil tindakan.

Ada gambar pisau yang dihadiahkan Amber kepada Johnny? Pelikkan, dia bercerita dia sangat takut dengan Johnny tetapi menghadiahkannya pisau. Jika melihat dari banyak sudut, tindak tanduk Amber sangat bertentangan dengan mangsa.

Amber juga banyak mengambil gambar-gambar Johnny yang didakwa tidak sedarkan di bawah pengaruh dadah. Tetapi tidak ada satupun gambar Johnny berdekatan dengan dadah atau gambar dia mengambil dadah. Ketika ditanya, kenapa mengapa mengambil gambar Johnny ketika tidur. Amber menjawab kerana dia mengambil berat tentang Johnny, Johnny tidak sedarkan diri malah didukung oleh pegawai keselamatannya. Malah ada satu gambar Amber memberi alasan kerana dia risau tentang kesihatannya. 

Ada suatu gambar katil yang didakwa patah disebabkan Johnny, malah Amber mengatakan ada darah berlumuran dia bahagian atas. Tetapi gambar yang ditunjukkan hanya di bahagian bawah katil, saya sendiri pun tertanya-tanya kenapa tidak diambil gambar satu katil, kenapa ambil separuh saja??!!

Dan banyak lagi yang fishy, sehingga ada yang mengatakan sebenarnya ini adalah konspirasi Amber dari mula. Saya yang mendengar jawapan-jawapan Amber pula yang menempelak.

Perkara yang paling menarik adalah bagaimana saya dapat melihat peguam mereka melakukan kerja terutama pasukan Johnny. Perbicaraan ini sebenarnya seperti permainan, bergantung kepada kebijaksanaan peguam untuk mendapatkan jawapan. Saksi boleh menjawab Ya atau Tidak, kedua-dua jawapan mempunyai akibat tersendiri.

Ada suatu ketika, peguam Johnny mengetengahkan bahawa Amber pernah melakukan kekerasan sebelum ini terhadap pasangannya. Amber menafikan walaupun peguam mengatakan insiden tersebut keluar dalam berita malah orang ramai di lapangan terbang.

Disebabkan itu peguam Johnny berbincang dengan hakim, setelah kembali ke kaunter peguam tersebut mengulang kembali soalan yang sama dan Amber menafikannya. Peguam tersebut mencatit sesuatu, saya agak mesti ada tindakan susulan selepas ini. Berkemungkinan bekas kekasih Amber sebelum ini dipanggil, silap haribulan wartawan yang menulis kejadian tersebut juga dipanggil.

Saya geleng kepala apabila mengikut perbicaraan tersebut. Tak tahu lagi siapa yang menang, tetapi nampaknya Johnny semakin ceria berbanding dulu. Malah pasukannya juga menunjukkan aura positif berbanding pasukan Amber. Ada satu sesi, peguam Amber dibantah lebih 40 kali oleh peguam Johnny. Huh, gila kan.

Ramai yang menyokong Johnny bukan kerana minat tetapi kerana mahu keadilan. Pada pendapat mereka, suami juga berisiko menjadi mangsa dera. Johnny sendiri mangsa dera ibunya. Saya terfikir, ya betul. Dekat Malaysia, banyak sahaja kes wanita mendera kanak-kanak yang dilaporkan. Kes dera suami belum lagi keluar tapi saya yakin ada saja. Cuma suami rasa malu nak mengaku. Drama-drama cinta pun banyak yang menunjukkan suami kaya raya tapi jadi pak turut. Itu kan petanda tu?

Tak kurang juga yang menyaksikan kerana perbicaraan ini seperti drama siri. Banyak pakar-pakar mengulas dari segi undang-undang, psikologi dan bahasa badan. Saya tertarik kerana melihat cara bagaimana peguam menggunakan teknik untuk mendapat jawapan atau memimpin saksi supaya dapat bercerita keperincian kepada juri.

Amber Heard vs Johnny Depp ; kita lihatlah nanti siapa yang menang sebab yang menentukannya juri, mungkin sebab itu Amber Heard sentiasa melihat muka juri ketika menjawab soalan sedangkan yang bertanya adalah peguam. Mungkin ianya sebahagian dari teknik. Akan tetapi ianya menyedarkan kita bahawa Hollywood tak adalah segah yang disangka.

Tonton pandangan saya tentang perbicaraan kes ini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba