Langkau ke kandungan utama

Entri 239 : Hakikat Andartu

 Dalam hidup ini pernah terfikir tak hidup seorang diri di usia tua tanpa mempunyai sesiapa?

Ramai akan menjawab, 'Biasa saja, banyak saja ibu bapa yang ditinggalkan anak-anak. Dekat rumah orang tua tu banyak.'

Bukan ibu bapa yang saya maksudkan. Yang tua, yang tak pernah berkahwin dan yang tak pernah beranak.

Golongan ini minoriti , tak banyak. Akan tetapi golongan ini banyak dipandang remeh tentang emosi dan keadaan mereka.

"Alaa... senang la jadi Si Polan ini, tak payah fikir hal anak-anak dan suami."

Tak pernah terfikir bahawa dalam dunia ini semua manusia mahu berpasangan dan bersuami, bagaimana hidup yang seorang diri ini menjadi lebih mudah jika semua manusia sanggup berbuat apa saja untuk berkahwin dan beranak?

"Alaaa... saya makan seorang diri dekat restoran tak ada masalah pun walaupun saya berkeluarga dan ada anak-anak."

Jika anda berkeluarga tetapi 90% hidup anda dalam setahun makan seorang maka mungkin anda patut kaji keadaan keluarga anda.

Makan seorang diri dalam keadaan yang anda tahu anda ada keluarga berbanding yang hidup keseorangan tidak sama.

Makan seorang diri sedangkan anda berkeluarga ialah pilihan sedangkan makan seorang diri kerana memang tiada ada sesiapa untuk diajak makan bukan pilihan.

"Ahh kakak andartu mengamuk lagi ke? Ye la, wanita tak berkahwin kan mudah marah. Mesti sebab tak berlaku tu yang dia mudah marah."

Pernah tak dengan komen di atas. Saya pernah, banyak kali. Bila dikaji semula apa yang dimarah memang ada sebab. Kerja halai balai dan bermacam-macam lagi. 

Baik, katakan memang benar wanita andartu ini panas baran mudah mengamuk. Soalan saya, cuba tanya berapa kali dalam sebulan anda berasa marah terhadap pasangan atau anak-anak anda?

Tak termasuk isu terlupa tarikh lahir, tarikh ulang tahu, tarikh Valentine. Berapa banyak anda rasa nak marah dan nak mengamuk?

Bandingkan kekerapan itu dengan kekerapan wanita andartu yang mengamuk? Mungkin ada jawapannya di situ.

Cabaran wanita andartu tak banyak dikongsi dan mungkin tak penting. Cuba perhatikan kebanyakan ceramah , kemudahan adalah untuk mereka yang berkeluarga. 

Jika ditanya apa fungsi wanita, maka jawapannya adalah untuk menjadi isteri dan ibu.

Fungsi wanita andartu tidak ada dalam sosio ekonomi dunia.

"Habis tu berbaktilah pada ibu bapa."

Ini antara komen yang menyedihkan. Memang kebanyakan andartu menghabiskan masa berbakti untuk ibu bapa, sehingga ada seorang yang mengatakan jika dia hendak berkahwin dia perlu melihat sama ada suami itu menjaga ibu bapa nya.

Yang peliknya, dia bukan anak tunggal. Adik beradiknya yang lain semua sudah berkahwin. Tetapi disebabkan orang bujang ini tak ada komitmen dan hidupnya senang maka tugasnya menjaga ibu bapa.

Pelikkan, bila kita beranak kita mahu anak-anak hormat dan menjaga kita tetapi kita sendiri mengabaikan orang tua kerana anak-anak.

Maka berbaktilah si andartu ini kepada ibu bapanya yang sudah tua. Faham-fahamlah apabila menjaga ibu bapa yang tua. Yang pendengaran sudah kurang, percakapan pun seperti memekik dan bergaduh. Ibu yang tua boleh memekik pada ayah yang tua kerana ayah yang tua menumpahkan kopi di atas meja.

Bayangkan si andartu ini setelah penat bekerja, menghadapi situasi ini seorang diri. Tidak boleh mengadu pada adik beradik yang lain atau kawan-kawan kerana mereka sibuk dengan anak-anak. Tidak boleh berkongsi dengan ibu bapa kerana ibu bapa yang tua.

Nah senang tak jadi andartu.

Itu tidak termasuk menjadi lubuk duit untuk scam, ejen-ejen dan berfungsi sebagai tabung sumber pinjaman kawan-kawan. 

"Alaaa... kenapa senang sangat nak kena tipu."

Mereka kadang-kadang tahu mereka ditipu tetapi sukar untuk memberi alasan. Bila memberi pinjam nak dapat balik duit tu susah jika nak dibandingkan dengan mereka yang bersuami.

Jika wanita itu beristeri, didatangi oleh mereka ini dengan mudah menjawab, 'maaf suami saya tak bagi saya sertai anda.'

Berbanding dengan andartu, jika diberi alasan ditanya lagi dan lagi sehingga cara terbaik adalah blok.

'Perangai dia buruk, sebab tu lah jadi andartu...'

Pedih tak. Ye, perangai mereka ini baik dan bersopan santun. Adakah mereka terlupa bahawa antara wanita ke neraka adalah wanita bersuami?

Sudahlah hidup seorang diri, dijatuhkan hukum pula. Tak termasuk nasihat suruh bersedekah, solat tahajud.

Kadang-kadang terfikir, adakah mereka ni fikir wanita andartu ini tidak berkahwin kerana tidak bersedekah atau solat tahajud. 

Saya terbayangkan bagaimana kalau Maryam hidup di tengah-tengah masyarakat begini? Terlupakah mereka betapa tingginya ibadat Maryam tetapi Allah mengurniakan dia anak tanpa bapa dan dihina oleh masyarakatnya?

Pernah seorang kenalan saya, bekerja di sebuah syarikat selama 18 tahun. Dia masih bujang umurnya sudah 40-an. Pergi awal balik lambat.

Mengadu terpaksa tolong buatkan kerja-kerja pegawai yang berkeluarga kerana mereka ini tak ada masa. Ada sahaja hal, isteri sakit atau anak-anak sakit. Jadual penuh sana sini.

Disebabkan dia seorang maka dia memikirkan memang patut dia tolong. Mereka ini susah, ada kebajikan suami atau isteri dan anak-anak yang perlu dijaga.

"Tak apa lah, hidup kau senang tak ada komitmen.' Begitu kata mereka.

Maka begitulah rutinnya sehingga tiba-tiba majikannya menawarkan untuk ke kursus luar negara. Maka di situlah muncul realiti.

Ibu-ibu , bapa-bapa yang sebelum ini tak dapat melakukan tugasan dek kekangan keluarga tiba-tiba dapat menguruskan keluarga dengan baik. Tawaran itu menjadi rebutan walaupun mereka ini sibuk dengan keluarga.

"Bila ditanya, tiba-tiba saja mampu pergi dan sanggup pula melakukan tugasan-tugasan yang sebelum ini ditolak atas alasan keluarga.'

Kenalan saya belajar sesuatu, bukan kehidupan mereka yang berkahwin ini bermasalah tetapi cara mereka menguruskan kehidupan mereka yang bermasalah.

Anak-anak tidak bermasalah, pasangan tidak bermasalah. Yang bermasalah diri sendiri. Cuma untuk menyedapkan hati maka mereka menyalahkan hidup mereka yang berkeluarga itu.

Sama seperti yang membuang sampah di gunung-gunung, mereka menyalahkan pihak penguasa tidak menguruskan sampah di pusat rekreasi dengan baik. Sedangkan mereka yang membawa sampah masuk dahulu?

Dan yang paling kelakar, mahu membandingkan pihak pengurusan dan kerajaan dengan sistem Jepun? Di taman-taman Jepun dan Korea tidak ada tong sampah. Padanlah pengurusan mereka sistematik kerana masyarakat mereka matang dalam menguruskan diri sendiri.

Jangan banding hidup anda yang berkeluarga dengan masa lalu anda yang hidup sendiri. Jangan banding hidup anda yang berkeluarga dengan hidup kenalan anda yang bujang.

Jangan banding dengan sesiapa pun. Jika masih mahu membandingkan, maka bandingkan hidup anda yang berkeluarga itu dengan orang lain yang juga berkeluarga. Baru adil sedikit.

Kepada yang bujang, silap kita kerana terfikir hidup berkahwin tu lagi susah. Kalau hidup berkahwin tu lagi susah maka kenapa semua orang nak kahwin?!

Jadi sebelum mengorbankan diri dengan mereka yang memanipulasi anda dengan alasan keluarga, fikirkanlah diri sendiri dulu. Orang lain susah payah, ada suami dan anak-anak penguat semangat.

Anda?

Memang anda ada Allah, semua orang ada Allah. Maka dengan izin Allah, jagalah diri anda baik-baik. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba