Langkau ke kandungan utama

Entri 248 : Mengamuk

 Hari yang super emosional buat saya. Baru jer lepas hempuk laptop. 

Semalam masuk tidur pukul 10.40 dan bangun pukul 5 pagi. Good job at waking up early but kena kerja keras sikit untuk masuk tidur awal.

Hari ini perancangan lari sedikit. Saya habis perbincangan pukul 7 lebih dan kemudian mendraft nota dan tiba-tiba Microsoft outlook saya tertutup dan tak ada auto save. Bukan hanya Outlook , Word juga menjadi gila. It keeps duplicate.

Jadi selamat tinggallah pada nota saya yang hampir siap. Berang saya dibuatnya, ketakutan kucing-kucing saya bertempiaran bila saya mengamuk. Masa sudah menunjukkan pukul 7.20 . Saya boleh saja sambung esok tetapi ada perkara lain yang membuatkan saya fikir lebih baik saya siapkan sekarang. Hint *politik*

Akhirnya dalam mengamuk-ngamuk tu, saya shutdown laptop. Solat dan makan roti sambil menangis. Nota tadi dah siap pun cuma tinggal nak touch up , letak recipient saja. Lesap dan tak boleh recover.

Saya benci Window. Kan?!!

Akhirnya saya turn on balik laptop dan tulis semula nota. Kemudian saya log masa saya bekerja 7 jam tak termasuk miscellanous meeting.

Sedih betul kerja macam ni.

Saya beritahu Tuhan. Saya ini sangat mudah orangnya. Bukan complicated sangat. Beri saya ketenangan cukuplah. Tak ada suami takpa saya cuba hidup seorang. Tak ada anak tak apa saya cuba bela anak kucing. Asalkan hidup saya tenang tak kena kejar dengan bank atau ahlong atau orang jahat sudahlah.

Yes, I know. Saya bukan hamba yang baik.

26 Okt 2022

8.30 pm


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba