Langkau ke kandungan utama

Entri 256 : Bagaimana nak dapat KABEL besar?

Baru baru ini saya melawat adik saya di Sabah. Ini adalah penerbangan pertama saya setelah bertahun-tahun tidak ke mana-mana. Terima kasih kepada Covid dan kucing-kucing saya yang membuatkan saya melekat di rumah dan tidak mahu ke mana-mana.

Saya tidak mahu bercerita tentang Sabah untuk entri ini. Mungkin saya akan tulis di entri yang akan datang sebab terlampau banyak perkara menarik di Sabah. Sabah adalah negeri kegemaran saya dan jika saya boleh pilih negeri kelahiran mungkin Sabah adalah negerinya. 

Kedah juga negeri saya, tanah tumpah saya. Jadi saya bersyukur dilahirkan di negeri Kedah. Kebetulan pula Sabah dan Kedah berakhir dengan 'ah' . Gurau saja.

Oghang Kedah jangan marah no. Kami melawak saja na.

Saya mahu bercerita tentang kronisme. Kebetulan perkara inilah yang dibualkan dengan adik saya.

Kronisme ni berlaku di mana-mana dan tak kiralah siapa yang mentadbir. Kadang-kadang si kabel tu sendiri tak perasan dia digunakan. Jadi tak perlulah nak menuding jari bangsa atau status ekonomi. 

Saya pernah lihat video berunsur jenaka yang mungkin berkenaan dengan kroni tapi saya lupa sebab dah lama.

Video ini bukan kisah benar, ianya hanya gurauan tetapi ianya merujuk kepada kronisme atau dalam bahasa lain mungkin networking atau dalam slang bahasa Malaysia ialah KABEL.Wah kebetulan kabel dan networking kan berkaitan.

Seorang bapa pergi ke Bill Gate dan meminta Bill Gate kahwinkan anak mereka. Bill Gate menolak tetapi si bapa mengatakan eh, anak saya ini CEO syarikat ABC (saya lupa syarikat apa) tapi dalam cerita itu ABC ini kononnya syarikat besar.

Terus Bill Gate bersetuju, kemudian si bapa ini pergi kepada owner syarikat ABC meminta supaya owner tersebut melantik anaknya menjadi CEO syarikat ABC. Owner tersebut pada mulanya menolak tetapi si bapa mengatakan eh anak saya ini menantu Bill Gates tau.

Terus anak ini mendapat jawatan CEO tersebut.

Dalam dunia realiti, kadang-kadang orang yang kenamaan ini sendiri tak sedar bahawa namanya dipergunakan. Tapi orang bawahan ini dah kecut perut apabila yang memohon sesuatu contohnya rumah kerajaan atau jawatan itu menggunakan hubungan seperti sepupu, anak saudara atau kawan kepada anak Tan Sri itu ini.

Malah orang bawahan menteri ini tidak tahu pun status hubungan menteri tersebut dengan mereka yang berkenaan ini. Jual saja ayat sepupu, anak saudara atau anak sendiri / isteri (kabel paling kuat) terus ON saja walaupun mungkin menteri ni ada konflik dengan anak sendiri tapi itulah. 

Baru-baru ini saya menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur. Waktu malam tapi full house. Saya ini penakut dengan ketinggian. Walaupun memang banyak kali naik pesawat tapi memang susah nak buang ketakutan ini. Apatah lagi sudah lama dah tak naik kapal terbang. Nampak gayanya saya perlu terbang selalu supaya hilang ketakutan ni.

Jadi apabila kita keseorangan dan ketakutan memang saya jadi pendiam tapi otak saya penuh dengan imaginasi, zikir. Kadang-kadang saya cuba tidur dan membayangkan saya naik bas atas jalan lopak-lopak apabila kapal terbang mengalami turbulence tapi bas pun banyak juga kemalangan. Jadi imaginasi saya menjadi agak complicated, saya cuba redirect kepada positif tapi asyik nak terjadi negatif juga. Tak berjaya nak pujuk diri sendiri.

Saya seperti biasalah duduk di bahagian ekonomi. Saat pramugari/pramugara menawarkan makanan, penumpang di hadapan saya meminta makananan vegetarian tetapi tidak ada special request tertera di tiketnya.

Saat berbincang, saya lihat mata pramugari tersebut sudah rolling/rolling (menjeling) . Saya faham penat kut kerja mungkin dari pagi sampai tengah malam. Tiba-tiba ada pelanggan claim vegetarian tapi tak ada dalam senarai vegetarian. Kenapalah penumpang ni tak request?

Akan tetapi penumpang tersebut mengatakan dia sudah request veggie ketika membeli tiket tetapi malangnya tidak ada special meal request di dalam tiketnya.

Dua pramugari dan pramugara berbincang dengan penumpang dengan cara baik walaupun riak muka pramugari tersebut pada pandangan saya sudah kelihatan malas-nak-layan.

"Puan, kalau puan ada request vegetarian dalam meal dia akan tertera di tiket tapi tiket puan tak ada." Lebih kurang begitulah penerangan pramugara tersebut dan penumpang tersebut terpaksa redh. Kalau ada rezeki lebihan vegetarian meal nanti bolehlah dia makan sebab makanan yang ada dalam kapal terbang tentulah terhad.

Nak dijadikan cerita, penumpang di sebelah saya juga request for vegetarian. Aduh, agak-agak pening tak pramugari dan pramugara nak handle; lepas satu, satu.

Maka saya terpaksa mendengar prosedure untuk request special meal dua kali. Saya layan saja perbualan mereka sambil makan nasi ikan kicap dengan seketul cendawan shitake.

Untuk membuktikan bahawa tidak ada kesilapan yang berlaku, pramugara tersebut bergegas mengambil senarai nama penumpang.

Pramugara datang semula ke tempat kami dengan senarai nama. Dia berdiri dan menyemak senarai nama.

Aiseh rupanya bersebelahan dengan saya adalah isteri orang kenamaan dan bersebelahan kanan saya orang kenamaan; pendek kata saya dikapit kiri kanan dengan keluarga kenamaan anak beranak.

"Mungkin staf tersilap key in data." Begitu kata pramugara tersebut dengan nada yang berbeza. Nada dengan penumpang tadi pun okay tak ada masalah cuma nada dengan penumpang kenamaan ini memang lagi lemak merdu bunyinya. Memang lain.

Dalam hati saya, eh tiba-tiba staf pula buat silap ya. Tadi bukan main pelanggan tersebut mungkin lupa nak request bla bla tapi bila pelanggan tu orang ada-ada terus silap tadi atas staf.

Aduh, ini mesti kes Business class seat sold out. Terus terang ketakutan terbang tinggi saya hilang kerana diganti dengan ketakutan terhadap kebarangkalian drama yang terjadi dalam kapal terbang.

Jadi saya mengunyah nasi saya lambat-lambat.

"Tak apalah Datin. Nanti kami lihat kalau-kalau ada extra vegetarian meal."Begitulah ayat staf tersebut untuk menyelesakan keluarga kenamaan tersebut.

Memang kebanyakan kes ada lebihan vegetarian meal. Kadang-kadang mungkin lebihan dari Business class tapi memang ada cuma tak banyak. Kalau semua penumpang *terlupa* request special meal dah tentulah tak cukup. Logik akal kapal terbang bukan tempat makan tapi kenderaan.

Nak dijadikan cerita memang ada satu veggie meal yang lebih. Segeralah pramugara tersebut menghampiri wanita di sebelah saya menawarkan veggie meal.

"Ini Datin, vegetarian meal." kata pramugara tersebut dengan lemah lembut.

"Eh, bagaimana dengan penumpang depan? Dia pun ada request vegetarian kan?" tanya datin tersebut. Ya Datin, saya pun dengar tadi dengan jelas malah kalau ikutkan staf sepatutnya dahulukan dia dulu sebab dia request dulu.

"Eh no worries. Nanti kami figure out untuk dia." 

"No, no. I feel guilty. Tak apa bagi dia." Datin tersebut berkeras.

"Eh nanti Datin lapar macam mana. Kesian datin tak makan." Begitulah lebih kurang ayat pramugara tersebut. Saya hampir tersedak makan. Eh, penumpang kat depan tu tak lapar ke?

Datin tersebut menolak dan special meal tu diberi kepada penumpang hadapan. Seriously saya yakin penumpang hadapan tu dapat dengan perbualan di belakang seat ni dengan jelas sebab saya boleh dengar.

Dalam hati saya, mujur juga Datin tersebut menolak. Kalau tak saya tak tahu nak buat muka macam mana sebab terang benderang penumpang seat depan request vegetarian meal tapi tak dapat.

Maka vegetarian meal tersebut bertukar tangan. Mujur. 

Tak lama kemudian pramugari pula datang memberikan kek, kalau tak salah kek keju kot. Beberapa ketul. "Datin yang ada cuma kek. Minta maaf banyak-banyak ya."

Apabila pramugara tu lalu, mereka bertanya lagi keadaan Datuk sekeluarga. Siap berborak pergi mana, saya asal orang mana. Datuk kesejukan maka diberi blanket.

Begitulah lumrah. Bukan semua perkara boleh dikawal. Malah jika saya sendiri mungkin perkara yang sama saya lakukan. Akan tetapi saya terfikir satu perkara.

Jika kita mempunyai sesuatu seperti nama atau hubungan atau wang , orang akan melayan kita lain walaupun kita tidak minta disuruh layan seperti itu. Contoh, anak Siti Nurhaliza; orang akan melayan dia lebih berbanding dengan anak Siti Aminah cucu Pak Dolah.

Walaupun dia tak minta. Malah semua orang nak anak comel macam anak Siti Nurhaliza sedangkan anak orang lain pun comel malah lebih comel lagi. 

Inilah dipanggil privillige.

Tetapi jika difikir dari sudut lain. Kita semua berpeluang untuk mendapat Super Privillige yang lagi hebat dan besar. Caranya dengan menjaga hubungan dengan Allah.

Jika Allah mencintai kita, maka siapalah yang boleh menghalang kita.

Banyak bukan kejadian seseorang itu bukanlah sesiapa tetapi selalu berlaku perkara-perkara yang tidak logik terhadapnya. Contoh; boleh pergi Haji percuma sedang bukanlah orang ada-ada.

Malah di musim Covid pun kita dapat lihat. Saat pintu Masjidil Haram ditutup, pekerja-pekerja di Mekah yang gajinya tak seberapa itulah dapat beribadat dengan tenang.

Dan paling mengharukan, apabila mereka berkata; rindunya dengan tetamu Allah yang lain kerana bagi mereka melayan tetamu Allah adalah suatu privillige.

Banyak kan, orang miskin tetapi mulutnya sentiasa bersyukur mengucap Alhamdulillah, malah apa yang ditangan disedekahkan walaupun perut sendiri kelaparan.

Sedang orang yang ada duit, tak ada lah banyak sangat berkira-kira nak sedekah berapa.

Bayangkan besok-besok mereka ini dapat privillige yang lagi banyak ketika di Padang Mashar, perbicaraan mudah, melalui titian sirat cepat. Silap haribulan mereka layak memberi syafaat pada orang lain.

Susah sangat kah nak dapat Super Duper Privillige ni? Semua orang ada peluang nak dapat kabel besar ni. Malah apabila Allah menciptakan kita, kita dah layak untuk dapatkan privillige.

Jadi saya dan anda, jomlah. Apa tunggu lagi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba