Langkau ke kandungan utama

Entri 236 : Melihat dua arah

 Baru sahaja menonton filem yang bertajuk Look Both Ways. Tak berniat pun nak menonton filem ini tetapi tiba-tiba terpapar di Netflix. 

Secara ringkas ianya mengisah watak Natalie Bennette yang berjalan dalam dimensi masa yang sejajar. Saya tidak pasti adakah penerangan saya tepat tetapi jalan cerita Look Both Ways ini memaparkan satu watak yang mengalami takdir yang berlawanan.

Look both ways


Permulaannya adalah Natalie Bennete adalah seorang gadis yang bercita-cita tinggi , baru sahaja tamat pengajian dalam program animasi dan kemudian terlanjur dengan kawan baiknya.

Filem ini memaparkan dua kisah secara serentak di mana kisah hidup Natalie Bennete mengandung kerana terlanjur dan terpaksa melepaskan cita-citanya kerana sibuk menjadi ibu dan kisah yang lagi satu bagaimana hidup Natalie Bennete yang tidak mengandung dan meneruskan cita-citanya di Los Angeles.

Jadi sebagai penonton, kita melihat dua takdir yang berbeza akan tetapi akhirnya Natalie Bennete berjaya mencapai cita-citanya walaupun jalannya berbeza.

Bagi saya, filem ini menarik dan memberi pengajaran bahawa 

1) Keputusan yang kita buat untuk satu saat boleh mengubah keseluruhan hidup kita. Natalie terlanjur dengan kawan baiknya hanya sekali. Sedangkan selama ini Natalie sangat tegas dengan jalan hidupnya dan berhati-hati tetapi ditakdirkan dia menjadi ibu muda dan mengubah hidupnya. 

Saya pernah membaca kisah seorang jururawat yang bercuti, satu malam dia terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian. Akibatnya dia dipenjara selama berpuluh tahun. Siapa sangka, seorang jururawat terpaksa dipenjara dengan banduan-banduan yang melakukan pelbagai jenayah hanya kerana dia mabuk dan melanggar orang sehingga mati. 

2) Jalan kejayaan tidak semestinya sama. Tidak semestinya seorang Natalie Bennete yang menjadi ibu muda gagal dan tidak semestinya Natalie Bennete yang workaholic dan dipecat majikannya juga gagal.

Antara kunci filem ini adalah ;

'Apa akan jadi kalau_______?'

Selalu apabila menggunakan ayat ini kita akan selalu mengaitkan ia dengan perkara negatif dan ketakutan; contoh saya tak mahu memulakan sesuatu kerana apa akan jadi kalau saya gagal?

Dek kerana itu, segelintir dari kita tidak berubah kerana memikir kalau-kalau perkara yang buruk terjadi.

Sedangkan banyak perkara positif yang boleh digunakan contoh biar saya mulakan kerana apa akan jadi kalau saya dapat belajar?

Sedangkan banyak perkara baik terjadi dengan 'apa akan jadi kalau_____'

Setan memenjara dan memanipulasi fikiran kita supaya kita terpenjara dalam ketakutan pada perkara yang belum terjadi supaya kita tidak melakukan perubahan kerana kita sudah berimaginasi tentang kegagalan.

Ya, salahkan setan lagi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba