Langkau ke kandungan utama

Entri 69 :Menarilah dengannya



Prolog
Nurindah menarik selimut, badannya seram sejuk. Emak masih mendiamkan diri.Apalah yang difikirkan emak, Nurindah tak berani meneka.Emak langsung tidak memandang wajahnya. 
"Jika emak tahu, emak tak akan benarkan."

**********

Emak cuma baring,  dah seminggu lebih emak tak mampu bergerak banyak. Ke bilik air bertongkat, solat duduk. Tidak memasak, bermain dengan cucu atau melakukan segala rutin hariannya hatta membebel sekalipun. Rumah menjadi sangat sunyi.

Anak-anak menjadi risau. Sudah ke klinik  dua kali, diberi ubat tak jalan, diberi suntikan juga tak jalan. Sakit lutut emak kali ini bukan main main. Dek kerana lepat ubi kayu, emak merana berminggu-minggu.

Nurindah bingung, kalau sudah ke klinik kerajaan, klinik swasta  pun sudah, mana lagi dia harus pergi. Nenek dan emak saudaranya  memberitahu ada seorang doktor di Kuala Pegang, pakar sendi. Malah nenek yang pernah diserang  Chikungunya juga sembuh selepas  berjumpa dengan doktor tersebut.

"Kita cuba  doktor  tu pula nak? "

Emak cuma mengangguk lemah. Nurindah berasa lega, dia mahu ke Bali hujung bulan November, tak sanggup dia meninggalkan emak dalam keadaan sakit walaupun adik beradiknya ada untuk menjaga emak tetapi dia mahu emak ditinggalkan dalam keadaan yang sihat.

Seorang kawan mengajaknya ke Bali beberapa bulan yang lalu, tiket sudah dibeli. Kawannya sudah menempah hotel dan seorang pemandu di sana. Nampaknya pelancongan kali ini ala-ala orang kaya begitu kerana kawannya sudah biasa di sana. Lagi dua minggu mereka akan bertolak, Nurindah teruja kerana ini kali kedua dia terbang ke luar negara. Tahun lepas dia mengembara ke Medan secara backpack kali ini ke Bali pula.

************

Nurindah merenung emaknya  yang sedang tidur dalam-dalam.Emak tidur lena selepas mereka adik beradik bergegas ke hospital jam 12 malam tadi. Sekarang sudah pukul berapa, tapi Nurindah masih lagi tak dapat tidur. Mesej yang baru diterimanya dibaca lagi. Seakan tidak percaya.

"Nur, saya minta maaf. Saya tak dapat pergi ke Bali bersama awak. Saya beritahu awak jika awak mahu refund, awak boleh refund sekarang. "
Emak muntah muntah sejak berjumpa doktor pakar baru baru ini. Tak berhenti henti sejak pagi tadi. Tadi emak muntah di rumah bakal besannya ketika majlis menyarung cincin sempena pertunangan adik. Ketika orang lain sibuk tentang hal pertunangan, makan makan, emak cuma diam di satu sudut. Berilah apapun dia sudah tak lalu.

Akhirnya ketika pulang, bakal besan memberi emak plastik dan minyak angin kerana bimbang emak muntah dalam perjalanan.

Nurindah syak emak ada alahan terhadap ubat baru.Tadi mereka bergegas ke hospital, namun mujurlah tak ada apa apa. Doktor cuma menyuntik emak. Nurindah berkira-kira mahu membawa emak berjumpa doktor pakar sendi semula esoknya kerana pada firasatnya doktor tersebut lebih arif tentang ubat yang diberi. Ini kerana sakit lutut emak kelihatan makin sembuh cuma emak muntah tak berhenti.

TIK... TIKK.. Telefon bimbitnya berbunyi,

"Saya dah tanya kakak saya jika dia mahu pergi bersama awak, tapi dia tak nak. Awak nak pergi?"

"Ya, saya akan pergi. "


Nurindah seakan tak percaya mesej yang dihantarnya. Biar betul, mahu ke Bali keseorangan, tanpa pengalaman dan pastinya emak tak akan membenarkannya. Tapi takkan dia mahu membatalkan tiket, tambahan pula tiketnya bukanlah tiket promosi. Dia beli tiket kerana nak ikut kawan, namun sekarang kawannya membatalkan rancangan saat akhir. Sekarang dia cuma ada kurang dua minggu untuk belajar tentang Bali.

Dia keliru, mungkin dia patut batalkan sahaja namun hatinya bagai digaru-garu mahu ke sana. Ahhh... Dia ke Indonesia, bukannya ke China atau India  yang bahasanya mungkin ada batasan. Dia masih lagi berada dalam negara yang bahasanya masih lagi difahami.

Dia mengeluh,  ibunya kurang sihat dan dia sendiri sibuk dengan tugasan kerja dan beberapa hal lain. Dia sendiri tak pasti adakah pergi adalah keputusan yang tepat atau sebaliknya.

TIKK.. TIKK..

"Baguslah awak masih nak pergi, saya kagum dengan awak. Kakak saya pun tak mahu pergi."

Nurindah menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba untuk tidur. Esok hari yang panjang.



Sent from Samsung tablet

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba