“Cikgu kelas ada tak?”Danish berlari mendapatkan Nurindah. “Ada.”Sahut Nurindah, membetulkan beg biru yang berisi buku-buku. “Anak-anak sekolah rendah, masuk perpustakaan. Cikgu dah datang.”Pakcik, salah seorang warden asrama menyuruh mereka. “Mana Baiti?” Pakcik bertanya apabila kelibat Baiti tidak kelihatan dalam kumpulan kanak-kanak tersebut.”Isk...isk Baiti ni selalu buat hal.”Pakcik separuh merungut sebelum keluar dari perpustakaan. “Okay, hari ni cikgu nak buat latihan sikit.”Nurindah mengeluarkan kertas latihan “Perhatian kepada Nur Baiti Abdullah, sila pergi ke perpustakaan kerana kelas sudah bermula.” Nurindah sedikit terkejut mendengar suara Pakcik dari pembesar suara.Nampaknya Baiti akan popular satu asrama.Namun Nurindah akui Baiti agak culas sedikit, langsung tidak mempedulikan kerja sekolah tetapi dia seorang yang ramah. Perlahan pintu perpustakaan buka, Baiti melangkah longlai dengan muka yang muram. “Eiii...apa ni sampai kena panggil.” Seperti bias
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com