Sara, kawan lama Nurindah mengadu kepadanya.Hatinya sedih kerana suaminya turut dicintai wanita lain. Nurindah termenung seketika selepas membaca emel dari Sara. Mereka pernah menjadi teman serumah sewaktu Nurindah bekerja di bandar.Sara seorang yang cantik, menarik perhatian ramai lelaki. Beberapa kali putus cinta sebelum bertemu dengan Putera Idamannya. Jatuh cinta dengan seseorang yang bukan milik kita.Adakah itu salah? Nurindah terhenyak di kerusi. Mampukah kita menentukan dengan siapa kita suka dan dengan siapa kita benci?Fikiran Nurindah berpusing-pusing. Jatuh cinta dengan orang yang salah.Rasanya semua orang pernah mengalaminya, termasuklah dia sendiri. Memuja orang lain diam-diam ,dan akhirnya kecewa. Seperti dunia menelannya bulat-bulat.Seperti hidupnya berakhir.Seperti dia yang paling malang di dunia. Tetapi jika dia berjaya memiliki lelaki yang disukainya, adakah dia bahagia?Ya. Dan adakah lelaki itu bahagia? Dia tidak tahu. Dia bermimpi yang lelaki itu akan bah...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com