“Cikgu, ajarlah saya sampai darjah enam.” Baiti memegang tangan Nurindah saat mereka menyaksikan beberapa penghuni asrama berlatih nasyid. “Kalau diizinkan Tuhan.”Nurindah menepuk bahu Baiti.Hatinya sedikit lega melihat Baiti ceria berbanding beberapa hari yang lalu.Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia boleh berada di situ memandangkan dia cuma pekerja kontrak.Mungkin sampai akhir tahun ini, mungkin sampai bila-bila.Mungkin, dia cuma menyerahkan hidupnya di tangan Tuhan kerana sesetengah perkara dia tidak mampu untuk mengatasinya. “Dah, jom masuk kelas.”Nurindah bangun setelah melihat beberapa orang pelajarnya sudah sampai. Nurindah mengeluarkan buku-bukunya tatkala Baiti menjerit.”Eii..cikgu ni tak senonoh!” Nurindah terkejut, segera diteliti apa yang direnung Baiti.Baiti dengan Maryam ketawa kecil manakala beberapa pelajar lelaki kebingungan. Sesuatu yang berwarna merah jelas kelihatan di balik beg birunya yang jarang.Nurindah menjegilkan mata, adakah itu?Tuala wa...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com