Dia bukanlah yang membuatkan saya tidak boleh hidup tanpanya.Atau lemah tanpanya.Tetapi membuatkan saya sentiasa bersyukur kepadaNya dan kuat. Jika dia mahukan saya kerana kecantikan, mungkin banyak lagi perempuan lain di luar sana lagi layak.Malah jika diberikan seratus wanita cantik pun, saya khuatir ianya tidak memadai. Jika dia mahukan saya untuk menjaga makan dan pakainya, saya yakin banyak orang gaji boleh diupah. Tetapi jika dia mahukan saya untuk menyertainya dalam perjuangan meneruskan hidup, mengutip kasih Ilahi sebanyak-banyaknya, maka saya berharap dia mengira saya sekali dalam pengembaraannya. Saya mahu Tuhan memandang kami dengan pandangan rahmat bila kami saling mengejutkan antara satu sama lain untuk bertahajud.Saya mahu dia lebih mementingkan saya untuk menjadi makmunnya, dari memikirkan apa yang patut dimasak,kain yang perlu dibasuh?Saya mahu dia mendengar dan mengutip pandangan saya ,dan berhenti sejenak saat dia buntu. Saya mahu kami bersama-sama berpeluan...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com