Seorang pencari herba masuk ke dalam hutan.Semakin lama dia berjalan jauh ke dalam hutan, dia menjumpai beberapa jenis herba tetapi masih tidak menjumpai sejenis herba yang diminta oleh seorang tabib dari kampung seberang. Dia mendengar bunyi seperti pokok ditebang,segera dia menghampiri kawasan itu.Boleh juga dia berkenalan dan bertukar pendapat dengan orang lain. Seorang tukang kayu yang kelihatan sangat keletihan tetapi terus menerus menakik sebatang pokok yang sedepa besarnya.Dia kelihatan tidak berputus asa, bersungguh-sunggguh menghayun kapak,menakik batang pokok tersebut. 'Hey!!!' Si pencari herba menjerit. Tukang kayu berpaling , memperlahankan takikannya.'Yo!!.' 'Tengah buat apa tu?'Soalan yang agak bodoh tapi berguna untuk berbasa basi. 'Engkau tak nampak ke? Tengah basuh kapal terbang!!! 'Jawab si tukang kayu termengah-mengah. 'Engkau nampak letih, berapa lama dah engkau takik pokok ni?'Pencari herba masih berminat untuk ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com