Langkau ke kandungan utama

Entri 63:Patah hati

"Aku mengaku yang aku patah hati."ujarnya pada seorang teman.

"Oh."Sang teman terkejut,mungkin pertama kali mendengar penjelasan jujur itu."Kamu betul-betul suka dengan dia sehingga kamu mahu nikah dengan dia atau kamu sekadar suka-suka."Dia menyelidik.

"Aku benar-benar rasa seperti mahu nikah dengan dia.Aku rasa tenang di sisinya,tidak seperti lelaki lain.Selalunya dengan lelaki lain aku akan menjauh."

"Hummm...agak bahaya."Sang teman mengetap bibir."Cinta kamu ditolak bagaimana?"soalnya sambil menutup buku yang dibaca,mahu menumpu perhatian pada teman yang sedang tidak keruan.

"Dia sudah berkahwin."ujar gadis yang patah hati,matanya mulai berkaca.

"Dan dia juga suka dengan kamu?"

"Tidak...aku cuma perasan sendiri."Gadis itu tunduk,malu dan kesal.

"Bukan kamu sengaja kan?"

"Iya...aku pun tak tahu kenapa aku suka sama dia.Asyik memikirkan dia.Nah,aku ditimpa masalah besar."

Sang teman menepuk bahunya,"Kamu tidak ditimpa masalah.Apa yang kamu lalui itu adalah lumrah."

"Habis,bagaimana?Mungkin aku perlu berhenti kerja?Sakit kepalaku mengadap dia hari-hari."

"Kamu teruskan hidup kamu seperti biasa.InshaaAllah."

Sang gadis mendongak.Temannya fikir masalahnya seperti mencari stokin di pagi hari?Bukan senang mahu membolak hati seperti itu.

"Iya... aku tahu kamu fikir ianya mudah,memang jelas ia susah.Apatah gadis yang jarang jatuh cinta macam kamu.Ianya memang susah,justeru fikir ianya mudah.Ingat,minta tolong dari Tuhan yang mengurniakan hati untuk kamu.Bukankah Allah yang berkuasa membolak balikkan hati?"

Gadis yang kesedihan itu terdiam.Lama.Kemudian dia mengangkat mukanya dan merenung temannya dalam-dalam.Dia berkata,

"Ada orang bilang,jika kita merindui seseorang maka orang yang dirindui juga mempunyai perasaan yang sama.Tapi bohong kan?Jika kita suka seseorang tak semestinya orang itu suka sama kita,boleh jadi dia bencikan kita."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 165 : The philomel

T his entry was parked under my draft quite some time, I was having hard time to choose to write this in Malay or English.  It is not because I am good in both language, in fact I am not good in both. Either one makes me tremble whenever I type the word, thinking whether is it proper, is it the right one?  Honestly, there is no word to describe feeling. We I always use the word as metaphors to describe it and most of the time peoples get misunderstanding regardless what word we I chose. Plus typo all over the places, some small mistakes such missing important coma ,  but or pause can cause catastrophes. Such as we and I, since I was small I used the word kita  to represent I but actually kita means we . Because of the misplaced ' kita' sometimes I get into troubles. I have to correct it every-time I accidentally use it - nope kita does not mean you and me but it means me -- but kita means we ... and there we go to the next argument. Trying to straighten me...

Entri 179 : Aku sebatang pensil ...

Aku sebatang pensil, berwarna biru. Di batang tubuhku terukir dengan tinta emas nama pelangganku, sebuah rangkaian hotel terkemuka di dunia. Aku tidak berapa pasti dari mana asal usulku. Cuma menurut cerita aku ini kacukan dari dua bangsa yang sangat berbeza. Samada ayahku berasal dari kayu kayan yang hidup berakar di bumi ataupun ibuku mungkin galian dari tanah. Plumbum barangkali. Aku masih ingat ketika aku diusung keluar dari kilang, bersama-sama dengan kawan-kawanku. Kami dibahagikan ke beberapa cawangan hotel di seluruh Malaysia. Setibanya kami di hotel, kami diletakkan di dalam bilik berasingan, di atas meja bersama buku nota kecil. Tetamu datang dan pergi. Kadang-kadang mereka menggunakan aku, mencatatkan nombor-nombor dan kemudian aku ditinggalkan di atas meja semula. Aku tidak ingat berapa lama aku terdampar di atas meja,  jika ada tamu yang cemerkap aku terpelanting di bawah meja. Juru kemas akan memeriksa keadaanku dan meletakkan aku semula di atas meja. Suatu hari ada ...
Buy Me A Coffee
Thank you for visiting. You can now buy me a flower!