Seorang manusia tidak dapat memilih bagaimana kematianya, tetapi dia diberi peluang bagaimana untuk dia hidup Aku hanya boleh berkata, Aku mahu mati dalam Islam tetapi hanya Allah tahu bagaimana mati ku, sedang aku diberi pilihan untuk hidup sebagai Islam. Aku mahu mati dalam keadaan disayangi tetapi hanya Allah tahu siapa yang akan berdoa untukku sedang aku diberi peluang untuk menyayangi mereka. Aku mahu amalku diterima tetapi hanya Allah yang akan memutuskan menerima atau menolak amalanku sedang aku diberi pilihan untuk beramal semahu mahunya. Hiduplah dengan baik baik sebagai manusia yang bermanfaat di bumi ini, janganlah dirisaukan kerja Tuhan yang sememangnya tak terjangkau akal kita.Sebaik baik hakim, adalah orang yang menghakimi dirinya hari ini dengan dirinya yang kelmarin. Celakalah mereka yang hari ini lebih buruk dari kelmarin,rugilah mereka yang hari ini sama sahaja seperti kelmarin dan amat beruntunglah mereka yang hari ini lebih dari kelmarin. Semoga kita ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com