Langkau ke kandungan utama

Entri 76: Bateri

"Terima kasih  Kak Rina.Tolong saya ambilkan goodies ni" Berkali kali dia mengucapkan terima kasih.

"Tak apa, kebetulan lalu jalan rumah."Kak Rina menghulurkan beg goodies berwarna kuning. "Rumah kamu kat mana?"

"Tu dekat saja.Tadi jalan kaki dah separuh tapi tiba tiba rasa takut so terus patah balik drive."

"Haah,iyala.Gelap tempat ni."

Setelah mengucap selamat jalan, Nurindah memandu berpatah balik ke rumahnya yang hanya selang beberapa blok kedai sahaja.Saat Nurindah mematikan enjin,kedengaran bunyi motosikal betul betul hampir dengan keretanya.Cepat cepat Nurindah mengunci pintu kereta dan menoleh ke tingkap.

Seorang lelaki dan wanita Cina rupanya.Wanita Cina itu turun dari motosikal dan menghampiri kereta kancil yang parkir di belakang kereta Nurindah.

"Oh mungkin lelaki ini menghantar wanita ini ke tempat parking kereta. " Nurindah turun dari kereta dan berlalu meninggalkan pasangan tersebut.

Saat Nurindah hampir memasuki pagar apartment,kedengaran bunyi enjin kereta cuba dihidupkan tetapi tidak berjaya.Ini mesti bateri habis ni,getus Nurindah.Kemudian kedengaran  perbualan dalam bahasa Cina.

"Pergilah tolong,bukankah kau pernah alami situasi macam ni?"
"Ahh ...malaslah,biarkan mereka dengan urusan mereka."
"Pergilah,kau kan ada jumper.Kereta pun parking depan kereta mereka."
"Alaahhh...kau bukannya ingat sangat wayar mana satu, merah ke hitam .Nanti tak fasal fasal."
"Pergi saja,inshaAllah boleh."

Aisshhh...Nurindah berpatah balik.Pasangan Cina tersebut berbual sambil melihat enjin kereta.

"Bateri kong ke?"

"Ahh..iya."jawab wanita Cina tersebut.

"You tau guna jumper tak?"tanya Nurindah sambil memandang ke arah lelaki.Terkulat kulat dia,tatau samada dia tak tahu guna jumper atau tak tahu menjawab.

Nurindah menghidupkan enjin kemudian mengalihkan keretanya ke kedudukan yang sesuai.Kemudian dengan  pantas membuka bonet belakang dan mengeluarkan jumper.

"Ohhh....you ada jumper.Saya telefon kawan tapi pukul 11 baru dia datang.You tau guna ka?"tanya wanita tersebut.

Nurindah senyum."Bolehla sikit sikit."Dalam hati berdoa janganlah jadi benda pelik pelik.Terus dia kapitkan wayar merah ke tempat bateri.Lelaki Cina tersebut mengambil wayar hitam dan menyambungkan.

"Pandainya you."Puji wanita tersebut."Mujurlah you ada.You datang balik sebab nak ambil barang ka?"

"Tak,I datang balik sebab nak tolong.I dengar bunyi macam  bateri sudah kong."

Nurindah memastikan semuanya okay,harap haraplah menjadi. "Okay,boleh start enjin."

"You tekan enjin sikit.Kasi dia power."Tiba tiba lelaki tersebut berkata.

"Oh okay."Nurindah masuk dan menekan enjin sedikit.Kedengaran kereta kancil juga berjaya dihidupkan.Lega.

Muka kedua dua pasangan tersebut juga lega."Mujur you datang,kalau tak tau nak buat apa.Terima kasih banyak."Wanita tersebut berkali kali mengucapkan terima kasih."I tadi doa banyak tau,susah hati.Mujur you datang.Kalau tak tak taulah macam mana."

"Sama sama.Kebetulan I ada jumper."Nurindah mengemaskan jumper,mematikan enjin kereta dan bersiap sedia untuk balik."You tunggu siapa?" Hairan kerana wanita tersebut belum masuk ke kereta, manakala lelaki tadi duduk di atas motosikalnya.

"Oh, dia suruh tunggu dulu.Bagi bateri charge dulu."

"Kalau gitu saya naik dulu.Selamat malam."

"Okay,terima kasih tau."

Nuridah beransur sambil tersenyum, senang hati rupanya bila dapat menolong orang.Dia sendiri pun sudah banyak kali mengalami perkara yang sama, dan banyak kali juga orang asing yang datang menolong.

Sambil berjalan,dia berWhatsapp dengan seorang rakan.

"Cantiknya aturan Allah.I tolong you,you tolong orang."

Nurindah tersenyum,cantiknya mesej rakan ini.Sangat dalam.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU [KEMAS KINI]

DIUMUMKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 18 DISEMBER 2017 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita diberikan kemudahan untuk mengikuti dan berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Amin. Ini kali pertama saya berhubung dengan anda secara terus.Semoga anda suka dan mendapat faedah daripada entri entri di blog ini. Dengan rasa rendah hati dan syukur, saya ingin menghadiahkan dua planner dan satu buku nota kepada kalian yang terpilih.Ianya sebagai tanda terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya. Dua acara diadakan serentak, yang membezakan adalah satu acara adalah undian dan satu lagi dipilih secara ekslusif oleh saya sendiri.Berikut adalah syarat-syarat : Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia. Pilih entri selain dari entri ini untuk anda tinggalkan komen. Ciri-ciri komen: Komen tersebut tidak ditulis di entri ini.Entri ini terhad untuk contoh dan soal jawab mengenai acara ini sahaja. Mulakan komen dengan ...

Entri 52 : Trauma

"Kamu sudah ada kawan?" Nenek bertanya. Nurindah menggeleng."Tidak ada." Dia kalau boleh mahu mengelak soalan begitu bukan kerana jawapannya tidak ada. "Eh...cuba-cubalah cari."Makcik-makcik menyampuk."Umur kamu sudah tua, bila lagi kamu mahu berlaki?" "Tak biasa."Dia membalas.Malas. Kalau boleh mahu dibalas, dia tak berani, dia penakut.Di sekelilingnya lelaki berlagak sebagai Tuhan kerana agama menyuruh wanita mentaati mereka.Maka berleluasa lelaki yang berlagak alim , menunjuk kuasa. Bertimbun-timbun kes suami tak beri nafkah, tak cukup mendera anak isteri.Isteri dibuat bagai hamba.Lihatlah sekeliling, kenyataan itu pahit bukan?Keganasan terhadap wanita berlaku di negara Islam padahal Islam memberi hak yang adil untuk wanita. Di sini sahaja, lihatlah si isteri memberi peluang suami makan dulu .Memasak dan menjaga anak.Selepas makan, barulah isteri boleh hadap makanan, itupun sisa si suami sambil berebut dengan anak.Sedih b...