Emak membebel, seperti biasa dialah yang paling awal bangun. Pukul tiga pagi. Anaknya yang paling awal pun boleh bangun pukul lima, itupun kadang kadang pukul 6 pagi. Emak adalah sejenis yang tidur awal lepas tu bangun awal. Dia tidur sebelum Isya kemudian bangun solat dan baca quran lepas tu memasak. Awal dan kalutnya kadang kadang tak boleh bawa berbincang lebih lebih lagi di musim perayaaan. Perkara-perkara penting yang anak anak wajib buat supaya emosi emak stabil sepanjang raya ialah : ☑ Daun palas untuk ketupat mesti dah siap dicucuk. Nanti senang nak letak pulut. ☑ Bangun awal dan keluar seawal jam 7 untuk beli ayam khusus di Ayam Lan. Kalau lambat habis dan kalau habis boleh beli dekat market tapi tadahlah telinga sepanjang raya dan berdoalah supaya rasa ayam market tu tak mencemari rasa rendang dan kuah nasi impit. Cerewet lidah emak tak boleh tahan kadang-kadang tak boleh dibawa berbincang. ☑ Goreng kacang siap siap untuk kuah nasi himpit jangan sampai hang...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com