Semalam seharian duti aku penuh. Pada mulanya aku berangan hendak mengedit video di pagi hari akan tetapi dikejutkan dengan tompokan cecair kuning di lantai dapur. Apa lagi, habis satu dapur aku cuci. Aku tak berani nak buat spot cleaning disebabkan was-was dengan deria bau. Deria bau manusia tak sama dengan deria bau haiwan. Bau adalah segala-galanya bagi haiwan. Kita rasa dah tak ada bau tetapi bagi kucing mungkin ada. Maka hampir sebungkus sodium bikarbonat aku campurkan bersama LOC Multipurpose. Sodium bikarbonat paling sesuai untuk membersih dan meneutralkan bau. Malah aku selalu mencampurkan sedikit sodium bikarbonat ke dalam mesin basuh apabila aku membasuh kain buruk atau baju-baju yang berbau. Aku sudah tidak menggunakan antiseptik dan peluntur kerana Cik Pandan pernah kencing di tempat yang aku baru cuci. Maka dari situ aku belajar bahawa kalau hendak membersihkan najis kucing jangan guna pencuci sembarangan. Ada bahan kimia tak silap aku ammonia yang terdapat dalam ba...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com