Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 6 : Bukan milik kita

Sara, kawan lama Nurindah mengadu kepadanya.Hatinya sedih kerana suaminya turut dicintai wanita lain. Nurindah termenung seketika selepas membaca emel dari Sara. Mereka pernah menjadi teman serumah sewaktu Nurindah bekerja di bandar.Sara seorang yang cantik, menarik perhatian ramai lelaki. Beberapa kali putus cinta sebelum bertemu dengan Putera Idamannya. Jatuh cinta dengan seseorang yang bukan milik kita.Adakah itu salah? Nurindah terhenyak di kerusi. Mampukah kita menentukan dengan siapa kita suka dan dengan siapa kita benci?Fikiran Nurindah berpusing-pusing. Jatuh cinta dengan orang yang salah.Rasanya semua orang pernah mengalaminya, termasuklah dia sendiri. Memuja orang lain diam-diam ,dan akhirnya kecewa. Seperti dunia menelannya bulat-bulat.Seperti hidupnya berakhir.Seperti dia yang paling malang di dunia. Tetapi jika dia berjaya memiliki lelaki yang disukainya, adakah dia bahagia?Ya. Dan adakah lelaki itu bahagia? Dia tidak tahu. Dia bermimpi yang   lelaki itu   akan bah

Entri 5: Teman Sejati

Jam menunjukkan pukul sembilan malam, waktu kelasnya bermula. Nurindah membelok keretanya mencari parkir.Terdapat dua bas memarkir di   Rumah Anak-anak Yatim Mawaddah. Khemah dipasang di atas tempat parkir yang biasa Nurindah guna. Nurindah mengerutkan dahi melihat ramai orang riuh rendah beratur mengambil makanan. Ada pesta apa malam ini?Rasanya tiada siapa yang memaklumkannya. Habislah.Nurindah sedikit cuak dengan penampilannya, hanya berseluar sukan, bert-shirt merah dan tanpa secalit bedak di muka.Terasa dirinya diperhatikan oleh ramai orang yang berbaju kurung, malah si lelaki siap segak bersampin. “Eh, cikgu.” Najiha salah seorang dari penghuni asrama Mawaddah menegurnya. “Heh.”Nurindah menggaru kepalanya.”Ada apa malam ni?Cikgu datang sebab ada kelas.” “Malam ini ada program kemasyarakatan dengan universiti dekat sini.Marilah cikgu, kita makan.” Najihah mengajaknya. Nurindah tersipu-sipu.Aku ini tetamu yang dijemputkah?Jika aku makan, buatnya makanan tak cukup bukank

Entri 4: Seindah Mimpi

I want to be a police. I want to shoot crime.When I big I want to marry. I want to buy a big house. Nurindah tersenyum.Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menulisnya.Sudah ada gadis idamankah dia? “Betul tak cikgu?” Rizal bertanya, mukanya penuh pengharapan. “Boleh diperbaiki lagi.” Nurindah mengangkat muka. Rizal tersenyum, gembira dengan komen Nurindah. “Sini, cikgu nak tengok karangan Danish pula.” Danish yang berjambul perang   menyerahkan bukunya.Matanya seperti keliru , namun Nurindah tahu Danish bukanlah seperti yang disangka. Dia seperti di dalam dunianya tersendiri, gemar menconteng buku, namun   dalam fikirannnya siapalah yang tahu. “I want to be a pilot.” Nurindah membaca karangan Danish kuat-kuat. I want to be a pilot because I want to fly. I want to go to other country.I want to eat many food.I want to help my mother.I want to help Palestine world. Nurindah terlunga seketika.Sekilas dia memandang Danish, muka budak itu seperti biasa , keliru! “You

Entri 3 : Sedang pasir turut berubah

Hujan menitis laju di luar sana. Bunyi angin sesekali menerpa mengejutkan Nurindah yang sedang mengulangkaji.Siang tadi panas terik, seperti mahu terbakar kulit dibuatnya.Walaupun cuaca kadang-kadang tak menentu tetapi kesihatannya jarang terjejas.Tidak seperti waktu dia bekerja di bandar, dalam tempoh dua bulan pasti dia diserang selsema dan batuk. Bunyi telefon bimbit , Nurindah segera mencapainya. Jarang telefonnya berbunyi apatah lagi waktu sudah hampir pukul sepuluh malam. Nombor yang tak dikenali. “Hello.” “Hello.”Kedengaran suara garau di hujung talian. Lelaki. “Hello, siapa ni?” Nurindah menekapkan telefon rapat ke telinga. “Amirul.” “Amirul...”Ingatan Nurindah berputar-putar.Siapa Amirul? “Kawan Aina.”Amirul memberitahu. “Ooohh..” Baru Nurindah teringat Aina adalah salah seorang kawan yang dikenali ketika menghadiri acara gotong royong di masjid kawasan ini.Aina tinggal di rumah selang dua buah dari rumah Nurindah. Seorang jururawat yang bekerja di hospital berdekata

Entri 2: Naif

“Hari ni ada budak baru cikgu!” Rizal memekik bagaikan Nurindah pekak. “Iya?” Nurindah tersenyum, mengerling ke arah seorang budak lelaki yang kelihatan tekun menulis sesuatu di atas buku.Nurindah tahu, budak itu sengaja menconteng buku untuk menghilangkan keresahannya. “Kamu.”Nurindah menegur. Budak yang berjambul perang dan bermata bulat itu mengangkat muka. “Bangun kenalkan diri.” “Rambut dia color , cikgu.” Pantas Wafi menyampuk.Kelas yang terdiri dari tujuh orang kanak-kanak gamat seketika. “Cikgu nama dia panjang cik-“ “Shhh...bagi peluang dia bercakap.” Nurindah memotong cakap Rizal. Rizal berusia sebelas tahun adalah di antara yang paling banyak bercakap itu terdiam. “Siapa nama kamu?”Nurindah berlembut. “Nama saya Muhd Danish Putera Hang Jebat bin Mustaqeem.”Budak itu bersuara tegas.Ada sedikit bangga pada ton suaranya. Nurindah terlopong.Betulkah apa yang didengar, Hang Jebat? “Ulang sekali lagi.” Pintanya bersungguh-sungguh. Kali ini budak itu kelihatan malu-

Entri 1 : Permulaan

Bunga putih berkilau-kilau disimbahi cahaya petang tatkala Nurindah memarkir keretanya di bahu jalan.Pohon yang tumbuh di tepi rumah jirannya berbunga lebat.Bunga tisu dipanggil orang.Mungkin sekarang musimnya untuk berbunga kerana kebanyakan bunga tisu pelbagai warna dapat dilihat merata-merata.Seperti melihat bunga sakura layaknya. Seorang budak lelaki cuba menerbangkan layang-layangnya di tengah jalan dalam kawasan perumahan itu.Layang-layang?Nurindah memerhati dengan lebih teliti, itu bukankah seperti kapal terbang kertas yang diikat dengan benang?Nurindah tersenyum sendiri, mengemaskan barang-barangnya sebelum keluar dari kereta. “Boleh terbang ke?” Dia menegur budak lelaki yang berbaju merah.Budak sekitar umur sepuluh atau sebelas tahun itu tersengih, dibetulkan kapal terbang kertasnya.Setelah berpuas hati , dia meminta adik perempuannya memegang sementara dia akan berlari untuk menerbangkan kapal terbang kertas tersebut. Nurindah menggeleng.Bagaimanalah kapal terbang h y