"Saya sebenarnya pindah ke sini untuk kembangkan bisnes. Rasanya sejak saya graduate dari U sampai sekarang saya tak pernah keluar dari Penang ."Zahra memberitahu. "Kalau itu yang terbaik untuk awak."sahut Nurindah,sedih juga bila difikirkan yang selepas ini dia tak ada kawan lagi untuk lepak di Pulau Pinang.Zahra bekerja sendiri sebagai penasihat kewangan.Sifatnya yang sentiasa positif dan terbuka membuatkan Nurindah senang bersahabat dengannya. "Tapi tulah, saya terpaksa letak jawatan dari Darul Ilmu.Jadi saya minta tolong awak gantikan tempat saya boleh?" Nurindah seperti mahu tersedak roti Arab keju yang ditelannya. Biar betul, Setiausaha Agung di Darul Ilmu.Rasanya dia langsung tidak berkelayakan. "Tuan Khairuddin ada juga sebut nama awak.Saya rasa awak boleh buat.Kerjanya tak banyak sebab kita memang sudah ada seorang setiausaha di Darul Ilmu. "Aduh...saya bukannya jenis bertudung labuh dan lemah lembut . Tak ada c
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com