Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 131 : Cahaya

Anak-anak diutuskan untuk mengajar kita akan nikmat-nikmat kecil yang kita lupa untuk syukuri. Untuk kita perlahankan sedikit hidup kita yang serba kalut ini.Untuk kita terus berdoa dan tidak putus asa. Ya Allah jadikanlah… Dalam hatiku cahaya Dan pada pandanganku cahaya Dan pada pendengaranku cahaya Dan dari kananku cahaya Dan dari kiriku cahaya Dan di atasku cahaya Dan di bawahku cahaya Dan di depanku cahaya Dan di belakangku cahaya Dan muliakan aku (dengan) cahaya Amin.

Entri 130 : Polpot

Melalui kawasan sekolah lama di Phnom Penh, perasaan itu sangat berat sekali. Entah sakit apa yang menyucuk-nyucuk di kepala. Apabila melalui padang, laluan kelas-kelas terbayang bayang kanak berlari ketawa. Mereka belum lagi faham betapa pentingnya ilmu saat mereka berlari nyaris merempuh cikgu yang menjinjit buku-buku. Saat persekolahan tentulah yang paling manis, paling dikenang. Saat belajar berkawan, bergaduh , belajar disiplin dan tanggungjawab atau melarikan diri dari bebelan ibu.Sekolah adalah tempat yang penuh kenangan manis di mana-mana negara pun. Jauh sekali hendak memikirkan bahawa sekolah itu dijadikan pusat penyeksaan, pemerkosaan , pembunuhan dan segala macam yang tak dapat atau yang ingin dibayangkan dalam otak yang disumbat dengan segala macam positiviti yang ada. Fikiran positif, adakah ia berkesan di sini? "Di situ asalnya tempat untuk pelajar-pelajar beriadah tetapi diubah suai menjadi tempat penyeksaan." Pegawai di situ menunjukkan di suatu sudut

Entri 129 : Epilog Cinta buat Eusoff

"Ahh where is my phone?" "Your left it inside meeting room,don't you?" Dia menjejaki, berjalan ke meja QA - tidak ada. Berjalan ke bilik mesyuarat, dalam gelap telefon bimbitnya terdampar di atas meja. Alhamdulillah. Dia berasa gembira, bukan kerana menjumpai telefon bimbitnya tetapi tabiat buruknya selalu lupa telefon bimbit telah kembali. Doanya akhirnya dimakbulkan dan sekarang dia kembali bebas seperti biasa. Terkenangkan kisah Zulaikha saat mabukkan cinta Yusof, tentu menderita rasanya jatuh cinta pada orang yang salah. Eh, Yusof tidak salah, Yusof terbaik namun sebagai isteri orang keadaannya tidak kena. Tentu Zulaikha terasa perit bila selalu berjumpa dengan orang yang dicintai tetapi tidak dapat dimiliki. Mungkin juga Zulaikha pernah berdoa supaya rasa cinta itu hilang. Kisah hati siapalah yang tahu. Hati mahukan apa yang hati mahukan, walaupun ia bertentangan dengan pendirian atau apa sahaja. "And I'll bet the odds against it all

Entri 128 : Sebaik baik wanita

Saat sang anak bercerita tentang seorang budak baru di sekolah yang busuk dan berkutu, emak cuma membalas. "Ajaklah dia datang ke rumah nanti." Sang anak yang baru belajar berkawan, tidak faham mengapa budak berbaju lusuh kuning, busuk dan berkutu itu disuruh datang ke rumah. Dia masih ingat kanak-kanak yang bermata kecil berwarna coklat, malah rambutnya juga agak coklat terutama bila terkena sinar matahari. Emak tak banyak cakap, memandikan anak tersebut bersama anak-anaknya. Disyampu dan disikatnya rambut budak itu sambil anak anak yang lain ketawa. Kutu kutu luruh beremut maka anak anak yang lain menjerit kegelian sambil menindih kutu kutu tersebut. Emak masak. Lauk yang ada tidak seberapa. Ikan dikerat kecil-kecil, emak cuma merasa kuah.Senang hati melihat anak-anak makan. Emak capai sehelai baju sekolah lama anaknya yang sudah tidak muat. Disuruh kawan baru anaknya cuba. Anak kecil itu berpusing-pusing menggayakan uniform sekolah rendah berwarna biru gelap.

Entri 127 : Empayar

Menapak kaki di Bandar Angkor seolah olah menyingkap keagungan empayar zaman silam. Dikenali sebagai monumen agama terbesar di dunia dengan keluasan 162.6 hektar membuatkan otak tidak berhenti berfikir bagaimanalah manusia zaman dahulu membina artifak sehebat ini. Piramid, Taj Mahal dan pelbagai lagi yang berusia ribuan tahun masih lagi gah sehingga sekarang bermakna bahan-bahan dan teknologi yang digunakan bukanlah calang-calang. Malah belum tentu ada bangunan di zaman moden ini boleh mengatasi teknologi mereka. Terfikir bagaimanalah arkitek, jurubina, perancang bandar dan pakar pakar zaman dahulu bersatu memerah otak menyusun dan merancang strategi membina perkara yang hebat begini. Bandar Angkor ini digelar bandar hydraulik kerana kecanggihan sistem perairannya, terdapat sungai sungai mengalir di antara empat pintu gerbang yang memasuki bandar ini. Boleh bayangkan kapal kapal besar berlabuh di sini, bagaimana pegawai immigrasi, kastam bertugas di bahagian pintu gerbang. 

Entri 126 : Hitam

Gelap padang pasir Ditinggalkan  berseorangan Bersama anak kecil  Terdesak dia hingga berlari lari antara dua bukit berulang kali Namun bersangka buruk pada Tuhannya tidak sekali Dia langsung tidak tahu Tuhannya mahu megurniakan zamzam Dia tidak perlu tahu  Cukuplah dia tahu bahawa Tuhannya takkan pernah mensia siakan hambaNya Dilukis dengan Samsung Sketch Book

Entri 125 : Langit

Mendarat lapangan terbang antarabangsa Siem Reap pada pukul lebih kurang 10 setengah malam agak memenatkan. Seorang pemandu teksi berusia 30 puluhan bermuka Melayu menyambut mereka ramah dengan bahasa Inggeris yang fasih. "Dari mana belajar Inggeris?" "Dari sami-sami, kemudian belajar bercakap dengan pelancong di sini-sini.Di sini yuran universiti sangat mahal, jadi kebanyakan kami belajar begini." Tidak mengejutkan jika kanak-kanak yang menjual cenderahati di sini boleh berbahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan pelbagai bahasa yang lain. Yang mengejutkan adalah bila dia mengenangkan dirinya yang sendiri masih merangkak-rangkak belajar bahasa Arab, Mandarin atau Inggeris padahal kemudahan belajar di Malaysia sangatlah murah dan mudah di Malaysia. Terpukul sejenak bila memikirkan dia setiapkali beribu alasan untuk belajar sedang di sudut dunia ini ada yang belajar bermodalkan kecekalan. Serba kekurangan. "Mekah ini gersang, tidak ada laut ata