Lewat pagi Ahad beberapa minggu ini rutin paginya ialah bergegas berjumpa kiropraktor dan selebihnya me-time di mana dia memperuntukkan masa untuk menulis beberapa entri, membeli barang dapur dan lain-lain. Dalam tempoh Covid ini dia belajar banyak perkara. Tentang bunga, tentang depresi, tentang tulang belakang dan tentang penulisan. Mungkin hikmah perintah berkurung membuatkan dia mempunyai banyak masa untuk belajar dan muhasabah, menilai semula hidupnya. Teringat cerita Yusoff yang lebih menyukai penjara dari hidup luar yang liar dan kalut. Selepas keluar penjara, Yusoff menjadi orang yang diamanahkan untuk menguruskan harta kerajaan Mesir. Jika orang itu menkehendaki kebaikan, di penjara pun dia akan mendapati kebaikan dan pelajaran. "Bagaimana ya untuk mengubah persepsi orang tentang kesihatan tulang belakang?" tanya doktor yang merawatnya. Bukan senang hendak mengubah persepsi orang lain, persepsi sendiri pun kebanyakan susah diubah. Tulang belakang tersorok di dalam
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com