Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 174 : Ibu Betina

Kita sedia maklum dunia yang kecil ini masih lagi diselubungi misteri. Sebagai manusia yang mendiam di daratan yang semakin lama semakin tenggelam, masih banyak perkara yang di bumi ini masih jauh dari pengetahuan kita. Hutan, pergunungan dan lautan ... sentiasa ada yang baru kita tahu dan pengetahuan itu tidak akan habis walaupun semua titisan di lautan dijadikan dakwat untuk kita mencatatnya. Kita manusia, tidak boleh menghabisi ilmu tentang seekor nyamuk pun untuk seumur hidup. Sentiasa ada penemuan baru, sentiasa takkan habis. Kita mungkin tenggelam dahulu sebelum mendapatkan pengetahuannya. Nun di sudut dunia, ada satu taman negara di Afrika di mana mendiamnya haiwan-haiwan yang bakal pupus Salah satunya ialah singa Afrika, dikatakan cuma tinggal 20,000 dan mungkin makin berkurang lagi. Haiwan yang semakin pupus tidak pernah bertambah, semakin pupus dan hilang dan muncul semula dalam  dongengan.  Pemanasan global, kepupusan fauna dan flora, pelupusan plastik yang tidak pupus-pupus

Entri 173 : 2021

Selamat tahun baru. Masih terkenangkan tahun lepas? Oh, tahun lepas sangat produktif. Saya banyak menghadiri kursus, saya juga banyak membaca dan banyak melanggani apps, youtube yang berfaedah. Kursus apa? Motivasi, perancangan masa, perancangan kewangan, memperbaiki cara hidup oh ada juga penulisan. Oh penulisan, minat menulis? Haah, minat sangat. Oh, mesti tiap-tiap hari menulis.  Oh takdela. Ada blog tapi itupun seminggu sekali. Sibuk? Ya, sebab pergi kursus semua tu. Setengah kursus ada homework , kalau tak pergi kursus pun saya banyak playlist podcast , video yang berkaitan. Banyak betul tu. Bagus, jadi tahun ini mungkin sedia untuk menulis? Entah, saya juga dah sign up kelas mengaji, kelas bahasa Arab dan juga ada satu kursus perniagaan. Oh, jadi sudah tidak ada minat menulis. Ada, perasaan menulis nak tu membuak-buak. Tapi setiap kali nak menulis atau idea untuk menulis saya kena hadir kursus. Bila saya ada masa, idea pula tak datang. Dalam sehari berapa jam yang ada untuk me

Entri 172 : To the neverland

We're on a journey to go the Neverland The place where we never die, never stop  Although it's never ever land it could be forever and ever land Forever in pain therefore never in bless Much different with this world Where the pain can be a bless and a bliss can be a curse or the pain can be the curse and the bliss is the bless   We are walking there Oh, someone is running or crawling or don't even move but we still being moved by the time whether in the sleep or awake Some reach first, they leave some sign Some seem like reach first, they yell to other who is left behind Some try their best not to reach first but wait for other Everyone choose but at the end it is not them for decide To the Neverland whether we like it or not 24122020

Entri 171 : Krismas

Krismas kali ini mungkin berbeza  Mungkin lebih baik dari perayaan-perayaan lain yang terdahulu Kali ini kita lebih jelas dengan Covid Makhluk yang tak jelas itu Emak kurang sunyi berbanding Aidilfitri Asal cuti tak kira hari apa, raya apa Emak akan buat makan-makan Asal anak balik dia akan buat makan Jadi asalkan ada perayaan mereka gembira Hari ini dia masih berkira-kira Nak balik atau tidak Terutama bila memikirkan pagi tadi emak telefon Bila ditanya kenapa telefon pagi pagi ini Emak  cuma mahu bertanya khabar Itu sahaja Dan semalam Nurindah bermimpi  Giginya patah Jika anda membaca entri  ini Mungkin Nurindah sedang dalam perjalanan pulang ke kampung Untuk mengubat rindu emak            24122020

Entri 170 : Lari

Baru-baru ini dia mendaftar untuk pertandingan larian secara maya. Suka-suka untuk memaksa dirinya bergerak. Bukannya dia tidak bergerak cuma seminggu sekali dan musim-musim covid begini makin jarang dia bersenam. Lagipun kesihatannya bertambah baik, rutin regangan semakin teratur jadi mengapa tidak keluar dan berjalan-jalan. Itu hematnya ketika mendaftar. Dia tidak berniat untuk berlari pecut kerana kesihatan tidak mengizinkan. Jika dia sihat sekalipun dia tidak mahu berlari pecut atau apa-apa melainkan melakukan sesuatu dengan  penuh timbang rasa ( mindful ). Dia tidak mahu berbuat sesuatu hanya mengikut-ngikut atau kerana memenuhi masa. Antara perkara yang dia mulakan adalah melakukan sesuatu dengan sebab dan timbang rasa terutama dalam dunia yang penuh pertandingan ini.  Maksimum jarak untuk mendapatkan hadiah utama ialah 21 km berupa jam digital. Jadi dia mengira-ngira dan membahagi tempoh masa lebih kurang 20 hari, jadi jika dia berjaya berjalan paling maksimum 1.5 km sehari maka

Entri 169 : Pointless

Dear Simon, I know you won't read this. But I think you will understand that if I say people tend to take 20% of us compared to 80%.  We can be completely loving, hardworking and being diligent in our 365 days in a year but let say maybe 73 days we screwed up and people will remember those days. Or maybe 73 days are huge enough, let say one day. I think if a person who is really bad for the whole year but saying 'I love you' for one day maybe peoples will remember that day and carve that down onto his funeral stone. Or someone that is really kind, full-hearted but one day he screwed up... people will just remember that day. Mostly only that ONE DAY. The day that they hope it's never going to happen. So when I come to think about it, what's the point? Pointless maybe.

Entri 168 : Orang Gila

 Ianya berlaku selalu tidak setiap hari. Dalam bayangannya dia membenci ayah sendiri. Ayahnya yang pentingkan diri sendiri.  Tidak mempedulikan anak-anak Baran. Bayangan air panas dan sambal belacan ke mukanya saat dia masih kecil dek kerana dia menyebal di meja makan. Ibu mengheretnya ke bilik air, mencuci dirinya. Bayangan dia dipukul dengan spring besi buaian sehingga terkencing singgah, tidak selalu. Tetapi kebelakangan ini makin kerap. Dia benci ayahnya. Tapi perasaan itu turun naik sebab orang kata Allah marah anak yang benci ibubapanya. Dia teringat-ingat ayah yang menyuruhnya membeli rokok. Dia pernah menipu dan membuang rokok itu, tetapi ayahnya marah kerana dia menipu. Jadi jika orang lain berkata, cinta pertama anak perempuan adalah bapa mereka, dia berdoa siang malam supaya dijauhkan dari lelaki seperti ayahnya. Ayah yang membuat ibu kerja macam nak mati. Ayah yang tidak ambil peduli sekolah atau yuran anak-anak. Jika ambil peduli pun disebabkan kepentingannya. Ayah yang be