Semalam saya masuk tidur awal 9.30 begitu perancangannya. Bergolek-golek di atas katil, berzikir dan membaca buku selintas lalu. Dodol seperti biasa melompat ke atas katil dan mengurut kepala saya sehingga dia puas. Untuk pengetahuan, kucing urut kepala menyakitkan walaupun kukunya sudah ditrim. Saya pernah membaca tentang tabiat tersebut dan dikatakan kucing melakukan perkara tersebut apabila dia berasa selesa. Apabila Dodol mengurut kepala saya, saya rasa dia seolah-olah dia memberi amaran supaya saya sentiasa sedar bahawa dia adalah boss padahal tak perlu pun kerana memang mereka adalah tuan dan puan besar dalam rumah ini. Tahu-tahu sudah pukul 10 malam. Sebab itulah kena masuk tidur awal kerana terlelap adalah sesuatu yang luar kawalan kita. Saya harap saya tertidur sebelum pukul 12. Pagi ini saya terbangun pukul 5, saya terjaga apabila Dodol menguis-nguis sesuatu di tepi tong sampah. Saya boleh mengagak sebabnya. Ralat kerana baru semalam saya mop lantai dan pagi-pagi begini saya
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com