Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 252 : Keldai yang keliru

 Dikatakan jika diberi pilihan keldai, ia akan memilih yang paling dekat. Maka seekor keldai yang lapar dan dahaga diletakkan di tengah-tengah antara jerami dan air . Keldai itu akhirnya mati kelaparan dan kehausan kerana tidak dapat membuat keputusan samaada hendak minum atau lapar. Jika anda tidak dapat memutuskan sesuatu dua perkara yang sama baik, lakukan saja. Sekurang-kurang anda mati kerana satu sebab sahaja. Untuk lebih lanjut sila google Burridan's Ass. Burridan'Ass

Entri 251 : Manipulasi

Saya menulis ini sebab banyak kali saya terdengar perkara yang sama dibahaskan. Kenapa perangai seseorang itu begitu; kenapa perangai suami atau isteri begitu begini. Maka banyaklah kajian yang dibuat untuk mengetahui mengapa perangai seseorang itu begitu dan begini. Beza otak lelaki dan perempuan, boleh jadi sebab emosi manusia dilahirkan berlainan warna, tarikh lahir dan pelbagai lagi. Saya langsung tak salahkan kajian-kajian kat atas. Banyak faendah mengetahui perangai manusia ini terutama dalam bidang pemasaran. Kalau anda perasan, setiap perkara yang anda sroll , bincang semua dianalisis oleh applikasi telefon bimbit anda. Maka jangan perasaan kalau apa yang ada fikir tiba-tiba saja terpapar di telefon bimbit. Eh macam faham-faham jer. Maaf, dia takkan faham kalau tak ada data. Ianya terpapar di telefon bimbit kerana mikrofon di telefon anda merakam perbincangan anda dan applikasi telefon anda juga menyimpan data data anda. Itulah yang orang panggil algorithm. Berbalik pada perang

Entri 250 : Lari

 27 Okt - Masuk tidur pukul 9.30 pukul 10 lebih masih belum boleh tidur 28 Okt- Pukul 11 lebih baru boleh masuk tidur Banyak perkara yang dirancang tak menjadi. Ada faktor dalaman dan juga luaran. Malam ini saya tak pasti saya boleh tidur pukul berapa. Hari ini hari Sabtu dan saya bekerja; pukul 6.40 petang baru log out. Sekarang dah nak pukul 8 tapi makan malam saya masih di tengah jalan. Baiklah mari kita raikan apa yang mampu kita buat hari ini. Ya, baju dah kering tapi belum berlipat. Okay, mohon doakan yang baik baik saja.

Entri 249 : Politik

 Semalam saya tidur lambat  10 lebih dan bangun awal pukul 4 pagi. Untuk pengetahuan saya bangun tanpa bantuan penggera. Saya pun tidak pasti mengapa setakat ini saya mampu bangun awal. Saya bersahur dan berniat untuk puasa akan tetapi puasa saya terbatal pada waktu Asar. Ya, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kebetulan saya berbual dengan rakan yang mempunyai perasaan yang sama. Kerja makan gaji jika tidak berniat untuk menaiki tangga korporate maka akan berakhir seperti saya dipergunakan. Antara perkara-perkara yang dikongsi; log masa dengan alasan untuk perancangan dan memastikan pekerja tidak overload. Tetapi login masa lebih atau hujung minggu tidak pula ditanya , yang ditanya eh kenapa masa yang dilog cuma dua atau tiga jam. Saya log masa secara detail kerana mereka nak guna untuk perancangan kononnya, malah saya lihat majoriti pekerja log hour mereka tetapi perancangan masih lagi ke laut. Bila ditanya, oh ya kerana segelintir orang masih tidak log masa. Adakah peran

Entri 248 : Mengamuk

 Hari yang super emosional buat saya. Baru jer lepas hempuk laptop.  Semalam masuk tidur pukul 10.40 dan bangun pukul 5 pagi. Good job at waking up early but kena kerja keras sikit untuk masuk tidur awal. Hari ini perancangan lari sedikit. Saya habis perbincangan pukul 7 lebih dan kemudian mendraft nota dan tiba-tiba Microsoft outlook saya tertutup dan tak ada auto save. Bukan hanya Outlook , Word juga menjadi gila. It keeps duplicate. Jadi selamat tinggallah pada nota saya yang hampir siap. Berang saya dibuatnya, ketakutan kucing-kucing saya bertempiaran bila saya mengamuk. Masa sudah menunjukkan pukul 7.20 . Saya boleh saja sambung esok tetapi ada perkara lain yang membuatkan saya fikir lebih baik saya siapkan sekarang. Hint *politik* Akhirnya dalam mengamuk-ngamuk tu, saya shutdown laptop. Solat dan makan roti sambil menangis. Nota tadi dah siap pun cuma tinggal nak touch up , letak recipient saja. Lesap dan tak boleh recover. Saya benci Window. Kan?!! Akhirnya saya turn on balik la

Entri 247 : Overwhelmed

 Saya google makna overwhelme yang keluar ialah 'terharu'. Jadi kita guna dulu perkataan overwhelme ini kerana hari ini saya tak berasa terharu. Semalam saya masuk tidur secara anggaran pukul 10.15 . Pada mulanya saya sudah masuk tidur pukul 9.30 tetapi saya terleka melihat handphone. Ya, bukan senang nak consistent kan. Pagi tadi saya bangun pukul 6 dan solat subuh. Pukul 9 saya perlu membawa Pandan ke klinik untuk vaksin tahunan, Hari pertama boleh solat, hari pertama bekerja. Keputusan sekecil seperti nak lipat baju sekarang nak masak apa untuk tengahari dan juga lampu UV flashlight yang saya beli online sampai. Lampu UV Flashlight sangat berguna untuk mengesan kucing saya maka teruja saya dibuatnya. Leka saya menyuluh sana sini.  Puas hati kalau boleh pastikan rumah betul-betul bersih. Sebenarnya walaupun overwhelme saya masih lagi positif kerana masih mencuri masa untuk menulis. Saya cuba memenuhkan poket masa saya seminit dua dengan melakukan perkara yang berfaedah sebelu