Langkau ke kandungan utama

Entri 60 : Penunggu Lif

Orang gila! Sudah berbulan-bulan menghantui Nurindah.Semuanya bermula apabila Nurindah terserempak dengan seorang lelaki tua berbadan besar di pintu lif.

“Duduk tingkat berapa?”

Nurindah gugup, mahu dijawab apa ya? Sebelum ini tak pernah pula dia memberitahu tingkat atau alamat rumah kepada lelaki yang tak dikenali.

”Tingkat 4.”Alamak , kenapalah dia menjadi jujur sangat.

Apabila lif terbuka, cepat-cepat Nurindah masuk dan orang tua itu  cuma berdiri di luar.
Maka setiap petang di waktu yang sama, orang tua tersebut menunggu di kerusi berdekatan lif.Dia tak buat apa-apa cuma merenung dengan cara menakutkan.

Maka Nurindah mengubah strategi, menggunakan lif yang lain.Maka selamatlah dia dari renungan yang pelik  untuk beberapa minggu.Cuma kadang-kadang Nurindah kembali menukar lif, orang tua itu masih lagi menunggu di situ etiap petang.Merenung tajam.Oh.. penunggu lif.Maka tak ada cara lain, melainkan menggunakan lif yang lagi satu walaupun terpaksa berjalan jauh sedikit.

Sehinggalah suatu hari, di bulan puasa.Nurindah menuju ke lif alternatif seperti biasa.Tiba-tiba orang tua itu menyapa.”Ada dua ringgit?”

Nurindah menggeletar, cara renungan cara meminta sangat menakutkan.Pintu lif terbuka, Nurindah mahu masuk, orang tua tersebut kelihatan mahu menurut tetapi seorang lelaki keluar dari lif mematikan langkahnya.Cepat-cepat Nurindah menekan butang Close.Kenapa dia menunggu di lif ini pula?Sudah ubah angin ke?

Habislah.Orang tua  itu sudah tahu lif alternatif yang digunakannya.Mana lagi mahu lari.Kenapa setiap kali Nurindah terserempak dengannya , terasa sangat takut.Orang asing memang selalu terserempak tapi yang ini seperti lain macam.

Mahu buat laporan kah? Sudah berapa banyak berita, wanita dicederakan selepas diekori.Adakah dia bakal menjadi salah seorang?Dia menelefon emak.Emak mula susah hati.”Biar emak temankan kamu di sana.”

Oh tidak.Tak sanggup membiarkan emak datang menemaninya di sini.Kerana kebanyakan harinya dia bekerja.Tak sanggup meninggalkan emak sendirian di rumahnya yang sempit.

Dia menelefon jiran yang dia tahu.

“Ohhh.. dia itu memang tak betul Dulu dia pernah tinggal di sini.Sekarang dia duduk dekat kampung berdekatan.” Wah, lajunya kakak ini menerangkan.Rupanya dia faham situasi sekarang.
 
“Jaga, jangan sekali beritahu dia adik tinggal di mana.Kadang-kadang waktu malam dia ketuk rumah orang minta duit.”

Habis, sudah terbongkar dia tinggal di tingkat berapa.Hati Nurindah berdebar.

“Takpa...takpa nanti akak bincang dengan yang lain ya.” Dia memberi jaminan.

Alhamdulillah.

Lega.Beberapa minggu tiada kemunculan orang tua itu.Lega...betul-betul lega.Maka selamatlah untuknya menggunakan lif yang lama.

Sehingga suatu hari orang tua itu muncul kembali di kala lewat senja.Saat itu memang itu tiada siapa-siapa di situ.Nurindah mula panik.

“Ada dua ringgit tak?”Orang tua berbadan besar itu menghampiri.

“Tak ada.”Jawab Nurindah segarang dan setegang yang mungkin.Aduh, kenapa tiada orang lain.Dia memikirkan apa yang patut dilakukan.Sepertinya orang tua itu menunggu di situ, jika lif terbuka kemungkinan besar dia akan mengekori Nurindah.Dalam kepala pelbagai andaian, yang pastinya tiada suatu pun yang baik.

Bagaikan doanya didengar-dengar, datang seorang lelaki berkopiah menuju ke lif.Lega.

“Ustat , ada dua ringgit tak?”

Oh, dia minta dengan ‘ustaz’ ni pula.

“Nak buat apa dengan duit?” Ustaz itu bertanya sambil senyum dan tenang.Tak pasti sama ada digelar ustaz kerana ustaz atau kerana dia berkopiah.

“Nak beli air.” Jawab orang tua tersebut.Lantas ustaz tersebut memberi.

“Terima kasih ustaz.Ustaz duduk tingkat berapa?”

Oh..hati Nuridah berdetik.Soalan bonus tu, jika ustaz itu memberitahunya dengan tepat, ditambah lagi dengan soal siasat dari orang gila ini, mungkin ada yang menerima ketukan di waktu malam.Nurindah menanti jawapan dari ustaz.

“Tingkat 16.”Ustaz itu menjawab pendek.

Tingkat 16?? Bukankah tingkat paling tingi sekali 11?Kepala Nurindah berpusing.

“Eh, bukan sampai 11 je ke?” Orang gila it bertanya.

“Dia orang baru tambah baru.”Ustaz itu menjawab.Mengarut, tak pernah flat buat ubahsuai tambah tingkat.Bijak betul jawapan ni.Orang tua itu seperti terkumat kamit sendirian.

Saat itu lif terbuka.Kami berdua sama-sama masuk meninggalkan orang tua itu berfikir bagaimana flat yang 11 tingkat menjadi 16 tingkat.Mujurlah dia tak menurut kami ke dalam lif..

“Dia dulu duduk sini, tapi sekarang tatau apa jadi.Dia dah ‘hilang’ tah ke mana.” Ustaz itu memberitahu Nurindah.

Semalaman Nurindah berfikir, merenung.Ya, dia memang panik.Jika dia bertenang mungkin segala kesusahan yang dialami sebelum ini tak adalah susah yang disangka.Ustaz itu kelihatan tenang sahaja.Tak ada muka takut langsung, mungkin kerana dia lelaki , atau kerana dia sudah biasa dengan orang gila.

Teringat pesan emak.

Jika orang itu gila, senang kita nak pujuk.Sebab akalnya seperti budak-budak.Tapi jika orang itu berakal tetapi jahat, itu memang lagi payah.

Bersyukurlah kerana Allah masih lagi mengurniakan kewarasan terhadap kita untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.Pilihlah yang baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba